Keropok, Gula-Gula & Aiskrim Makanan Ringan Yang Tidak Sihat, Boleh Lemahkan Daya Ingatan Anak

Makanan ringan seperti keropok atau gula-gula menjadi kegemaran ramai kanak-kanak. Jika pengambilnya tidak dikawal, boleh beri kesan buruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan kanak-kanak tertarik dan menyukai makanan ringan. Hal ini boleh menjadi tabiat apabila ada sesetengah ibu ayah menyimpan ‘stok’ snek atau gula-gula di dalam rumah.

Pembungkusan keropok jajan Malaysia berwarna-warni dan rasanya yang manis membuatkan ramai kanak-kanak ketagih makanan ringan. 

Kanak-kanak suka makan makanan ringan atau jajan Malaysia

Antara contoh makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak adalah keropok jajan Malaysia, snek, gula-gula, coklat, bertih jagung dan sebagainya.

Meskipun menyedari jajan malaysia adalah makanan yang tidak berkhasiat, ramai mengambil mudah dan hanya menutup mata. Dengan alasan ‘anak hanya mahu makan jajan sahaja’.

Kesannya, trend makanan ringan dalam kanak-kanak di Malaysia bermula seawal anak berusia 1 tahun. Pada awalnya si manja diberikan merasai aiskrim, coklat, biskut manis dan sebagainya.

Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, menjelaskan bahawa jajan adalah pilihan sajian yang mengandungi tinggi kalori, tetapi kandungan zat nutrien adalah rendah.

Sebenarnya ia bukan sahaja makanan tidak berkhasiat, tetapi tinggi kalori kerana mengandungi kadar garam monosodium glutamate (MSG), lemak, pewarna tiruan dan minyak yang tinggi.

”Makanan tidak sihat ini merangsang pelbagai deria rasa pada lidah sehingga membuatkan seseorang tertarik dan menginginkan makanan itu terutamanya kanak-kanak.” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faktor genetik menjadi punca anak menyukai makanan tidak berkhasiat

Kajian terbaru mendapati tabiat anak suka ambil keropok jajan atau makanan ringan viral, mungkin berpunca dari ibu bapa sendiri yang mempunyai cara pemakanan yang kurang sihat.

Kajian mendapati jika anak suka makanan ringan, ada kemungkinan besar ibu bapanya juga sama kerana faktor genetik boleh memberi kesan kepada pemakanan anak.

Kajian Universiti Guelph telah mendapati makanan ringan pilihan anak dipengaruhi oleh faktor genetik.

Kajian ini dilakukan ke atas 47 orang kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 5 tahun selama 3 hari, di mana pemakanan mereka telah dipantau oleh penyelidik.

Varian genetik deria rasa yang berkaitan dengan rasa manis, rasa lemak dan rasa pahit telah dikaji untuk kanak-kanak prasekolah. Varian genetik adalah perubahan dalam urutan DNA individu yang menjadikan seseorang itu, individu yang unik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyelidik terkejut mendapati hampir 80% kanak-kanak yang dikaji mempunyai sekurang-kurangnya satu kandungan genetik yang sama. Kesimpulannya, apabila anak suka makanan ringan atau makanan yang tidak berkhasiat, ini disebabkan faktor genetik yang sama.

Apabila tahu varian rasa anak boleh diwarisi, ibu bapa akan mempunyai pemahaman yang lebih baik sesuatu makanan yang boleh menarik perhatian anak dan menjadi kegemaran mereka.

Keburukan makanan ringan terhadap kanak-kanak

Pengambilan makanan seharian boleh memberi kesan baik dan kesan buruk bergantung kepada jenis makanan yang diambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anak yang memiliki tabiat menyukai makanan ringan jajan, pastinya mereka berdepan dengan beberapa masalah kesihatan sekiranya ibu ayah tidak mengawalnya.

#1. Kesan obesiti

Keburukan makanan ringan memang dipenuhi dengan bahan aditif dan juga gula, garam serta lemak yang tinggi. Jika anak sering mengambilnya berlebihan, ia boleh memberi kesan obesiti (kegemukan).

Obesiti yang tidak dibendung akan memudaratkan kesihatan yang mana boleh menganggu fungsi organ dalaman tubuh kerana dipenuhi lemak yang tidak perlu. 

Lebih membimbangkan apabila Malaysia menjadi negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7 peratus.

#2. Masalah diabetes

Pengambilan gula yang kerap pada usia awal mempunyai keutamaan kepada makanan manis apabila usia meningkat. Ini kerana deria rasa dirangsang oleh kandungan gula yang tinggi sejak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Garis Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan mengesyorkan kanak-kanak berumur kurang daripada tujuh tahun boleh mengambil tidak lebih daripada empat sudu besar gula.

Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi yang biasanya terdapat dalam makanan ringan.

Jika ibu ayah tidak memantau pemakanan si manja, ia boleh menyebabkan masalah diabetes.

#3. Melemahkan daya ingatan otak

Makanan ringan juga merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah dilakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini.

Mereka mendapati, makanan ringan yang sememangnya mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini disebabkan otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak menganggu perasan glukosa tersebut.

#4. Merosakkan gigi

Keropok jajan Malaysia merupakan makanan yang tidak baik untuk gigi. Hal ini kerana makanan manis turut menyumbang kepada karies gigi iaitu kerosakan gigi.

Gula yang berada di persekitaran gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mudah mereput atau rosak.

Anak selalu minta makanan ringan adalah tanda mereka stres

Kredit: Food Navigator

Bukan itu sahaja, tahukah anda jika anak selalu minta makanan ringan atau wang beli jajan adalah petanda mereka sedang mengalami stress?

Ahli psikologi berpendapat ketika anak selalu minta makanan ringan lebih, pastikan sama ada mereka mempunyai tekanan emosi? Anak yang stress atau mempunyai masalah, baik di rumah atau di sekolah selalunya akan bertindak sedemikian.

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang akan “online shopping” apabila stress, anak-anak juga akan berkelakuan begitu.

Contoh snek berkhasiat

Berbanding beri si kecil anda dengan keropok atau gula-gula, adalah lebih baik biasakan mereka dengan beberapa makanan ringan untuk diet.

Antaranya contoh snek berkhasiat ialah:

  • Epal
  • Kacang badam
  • Kacang gajus
  • Aiskrim homemade menggunakan buah segar
  • Biskut oat
  • Yogurt
  • Buah avokado
  • Anggur
  • Telur rebus

Elak ambil hati anak dengan beri duit jajan

Terdapat beberapa parents yang lebih selesa untuk memberi duit pada anak buat membeli makanan ringan. Tapi, jika selama ini anda biasa mengatakan “ini duit beli gula-gula adik ya” mungkin lebih baik anda mengubahnya kepada “ini wang saku adik.”

Kenapa duit beli makanan ringan atau jajan ini perlu diubah kepada duit saku?

Dalam program “Digital Financial Literacy for Children” di Jakarta, seorang ahli psikologi remaja dan kanak-kanak, Roslina Verauli menjelaskan perkataan “duit beli jajan” akan menimbulkan persepsi pada anak yang duit tersebut memang dikhususkan untuk beli makanan ringan (jajan) sahaja.

Ini bermaksud duit itu tidak perlu digunakan untuk menabung atau disimpan. Bukankah lebih baik duit itu tidak digunakan untuk beli makanan ringan (jajan) sahaja?

Adalah lebih baik mendidik anak menabung dengan duit yang diberikan kepada mereka

“Anak yang stress akan mempunyai kehendak berbelanja yang tinggi dan sesetengahnya mungkin berani mencuri daripada ibu bapa mereka” tegas Verauli.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Verauli memberikan beberapa tips untuk ibu bapa apabila anak minta jajan atau duit belanja lebih seperti:

  • Mengambil tahu perasaan anak

Perkara pertama sebagai ibu bapa adalah bertanya tentang perasaan anak itu. Anak yang gembira akan disenangi rakan-rakan.

“Anak yang tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan selalunya tidak mempunyai masalah perbelanjaan” kata Verauli.

  • Anak yang selalu minta makanan ringan atau duit belanja lebih diajarkan dengan pendekatan “kacamata kuda”

Latih anak anda untuk memakai “kacamata kuda”. Caranya bagaimana? Dengan melatih anak anda untuk tidak boros.

Pada cuti hujung minggu, jangan biasakan anak pergi ke pusat membeli-belah kerana banyak kemahuan yang tidak patut akan diminta di situ. Banyakkan mengajak anak-anak ke perpustakaan atau muzium atau tempat-tempat menarik lain.

  • Adakah anda role model yang baik?

Jika anda berasa susah untuk mengawal kehendak anak yang sering meminta duit belanja lebih, cuba lihat orang-orang yang berdekatan di dalam rumah.

Apakah sikap anda sebagai ibu bapa dalam isu perbelanjaan? Jika anda juga seorang yang boros, mungkin anda menjadi role model anak anda untuk menjadi yang sedemikian juga.

  • Latih anak suka menabung

Tindakan paling efektif adalah dengan melatih anak anda untuk suka menabung. Dengan menggunakan tabung syiling sebagai permulaan, biasakan anak anda untuk mengasingkan duit terlebih dahulu untuk dimasukkan ke dalam tabung.

  • Bersedekah atau menyumbang

Langkah terakhir yang perlu dilakukan adalah mengajak anak anda untuk bersedekah dari hasil tabungannya sendiri. Anak anda boleh sahaja menggunakan wang tersebut untuk membeli mainan yang mereka inginkan, namun ibu bapa juga perlu melatih sikap berkongsi.

Bukan sahaja anak-anak dilatih dengan sikap empati, bahkan boleh menimbulkan rasa bahagia dalam diri mereka apabila dapat membantu orang lain.

Anak-anak akan merasakan mereka berguna dan boleh membantu orang sekeliling mereka. Sifat ini yang perlu diterapkan di dalam diri anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bawa Balik Jajan Keropok & Gula-Gula, Ibu Kecewa Orang Bagi Doorgift Makanan Ringan

Baca juga: Mata Anak Buta Akibat Terlebih Makan Kentang, Sosej & Makanan Ringan Sejak Sekolah Rendah!

Baca juga: Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!