Kurang idea nak sediakan makanan si kecil? Ibu boleh cuba 4 gabungan makanan bernutrisi ini

Kelincahan dan kecerdasan anak dapat dilihat apabila ibu bapanya berjaya mempersiapkan makanan yang berkhasiat untuk mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila si kecil semakin membesar, pastinya ibu bapa ingin memberikan makanan sihat untuk anak supaya mereka membesar dengan baik, sihat dan cerdas. 

Makanan sihat untuk anak ini penting kerana dari anak-anak kecil, mereka harus dididik untuk mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Hal ini sebab, anak-anak perlu menjalani kehidupan dengan riang dan gembira sesuai dengan usia mereka yang masih kecil. 

Oleh sebab itu, theAsianparent Malaysia hari ini ingin berkongsi dengan anda 4 jenis makanan yang boleh dipasangkan malah ia mempunyai kadar nutrisi tinggi yang sangat diperlukan anak. 

Jom kita lihat 4 jenis makanan sihat untuk anak itu. Si kecil sihat ibu pasti gembira! 

4 jenis gandingan makanan sihat untuk anak 

1. Strawberi dan roti gandum 

Kredit: Lifestyle Okezone

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan sihat untuk anak yang pertama adalah gandingan buah strawberi atau jem strawberi dengan roti gandum. Dengar pun dah boleh membuka selera anak, betul tak?

Ketahui bahawa vitamin C yang terkandung dalam strawberi amat sesuai digandingkan dengan kandungan zat besi dalam roti gandum. Apatah lagi kedua-duanya mudah diterima oleh sel tubuh. 

Makanan sihat untuk anak ini anda boleh buat sebagai bekalan anak di sekolah dan rutin sarapan setiap hari. Anak-anak pasti suka! 

2. Oat dan susu 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Detik food

Nak tahu tak, magnesium yang terkandung dalam oats mampu meningkatkan jumlah kalsium dari susu? Hal ini sebab magnesium dan kalsium dapat bersatu dalam tubuh lalu menyerap nutrisi dengan baik. 

Untuk nampak lebih menyelerakan, ibu boleh buat hidangan ini dengan menggunakan susu coklat supaya anak-anak lebih teruja nak makan.

3. Minyak zaitun dan sayuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Fruits& Veggies More Matters

Minyak zaitun memang sesuai digandingkan dengan sayur-sayuran. Lemak sihat ini membantu menyerap antioksidan yang terkandung dalam sayuran. 

Banyak cara anda boleh masak sayuran hijau ini seperti membuat salad sayuran hijau dan sayur goreng dengan sedikit minyak zaitun.

Pasti anak-anak bersemangat untuk makan hidangan yang disediakan ibu tercinta. 

4. Ayam dan lobak merah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Land O’Lakes

Kalau ibu tahu ini, pasti esok anda lebih bersemangat nak masak untuk anak. Kenapa? Sebabnya sup ayam dan lobak mengandungi nutrisi tinggi untuk anak.

Hal ini sebab, kandungan zat besi pada ayam membantu tubuh anak dalam metabolisme kerana lobak mengandungi vitamin A yang sangat diperlukan si kecil. Pasti anak-anak lebih cerdas dan sihat selepas ini. 

Apa lagi ibu, mulai sekarang anda sudah nampak gambaran pasangan makanan anak yang sesuai. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan yang lain. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: BBC Good Food 

Sumber: theAsianparent IndonesiaParents.com

Baca juga

7 resepi enak untuk makanan bayi 1 tahun, ibu dah cuba belum resepi ini?