Makanan untuk hidup yang sihat adalah sumber tenaga terbaik untuk para ibu mahupun anak-anak. Pengambilan makanan sihat ini sangat penting terutama kepada anak yang baru mencecah umur 6 bulan yang baru menjinak=jinakkan diri dengan makanan pertama mereka.
Kuantiti makanan juga memainkan peranan penting. Sebagai seorang ibu dan suri rumah kita harus memilih pemakanan yang sihat untuk ahli keluarga kecil kita.
Selain itu, dalam setiap makanan yang kita ambil, kita perlu ikut piramid makanan sihat sebaik yang mungkin. Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrisi seperti protein, vitamin, kalsium dan sebagainya bagus untuk mengelakkan kitaran hidup tidak sihat.
Justeru itu, si ibu digalakkan untuk menyediakan makanan yang ada semua peringkat dalam piramid ini setiap hari jika berkemampuan.
Ibu juga perlu mengurangkan kuantiti minyak dalam setiap masakan untuk mengelakkan risiko obesiti. Malah, kuantiti garam juga perlu ada sukatan dan tidak boleh terlalu banyak. Lebih elok jika menggunakan garam bukit kerana ini lebih sihat.
Dengan penyediaan makanan sihat setiap hari, keluarga anda pasti akan membesar sebaik yang mungkin. Malah, ahli keluarga akan terhindar dari penyakit yang datang akibat pemakanan yg tidak sihat.
Ibu-ibu dapat menyediakan hidangan seperti roti bakar sebagai sarapan, nasi kukus ikan bakar pada waktu makan tengah hari, bubur ayam pada waktu petang dan nasi sup sayur ikan goreng pada waktu malam.
Selamat mencuba!
Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Nurul Amylia Shafinas bt Norhisam untuk theAsianparent Malaysia. Dia merupakan seorang pengasuh budak lebih dari 6 tahun.
Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anugerah Terindah Yang Telah Dihadiahkan OlehNya Untukku, Kisah Benar Menyayat Hati Ibu Ini!
Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil
Baca juga: Kajian: Suami Kacak Punca Wanita Makan Secara Tak Sihat Untuk Kurus