7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Makanan Tambahan!

Makanan tambahan membantu anak-anak mengekalkan kesihatan yang bagus dan sistem imun kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Strategi BIJAK Yang Boleh Dilakukan  Ibu Supaya Anak Mengambil Makanan Tambahan, Untuk Badan Sihat & Otak Cergas!

Ibu mana yang tidak risaukan tentang perkembangan anak mereka, lebih-lebih lagi terdapat banyak penyakit yang mudah menyerang. Jadi, badan anak mereka memerlukan makanan tambahan supaya lebih kuat untuk melawan sebarang bentuk penyakit.

Selain daripada badan, pengambilan makanan tambahan juga membantu memastikan sistem imun sentiasa sihat.

Adakah Ibu masih runsing? Cuba lakukan tujuh strategi bijak ini untuk menarik minat anak dalam mengambil makanan tambahan dengan lebih mudah. 

#1. Ibu perlu menunjukkan keenakan makanan tambahan, yang membuatkan anak ingin mencuba:

Young mum giving her little daughter the medicine

Pertama sekali, ibu boleh membuka botol Scott’s Emulsion sambil menunjukkan keenakan makanan tambahan itu. Kemudian, minta anak ikut sama mencuba. Pasti anak juga akan gembira kerana dapat menikmatinya. 

Makanan tambahan kanak-kanak biasanya dibuat berasaskan buah-buahan seperti limau dan anggur. Jadi tunjukkan pada mereka buah sebenar yang diproses sehingga terjadinya makanan tambahan. Beri mereka peluang untuk bau atau pegang tekstur makanan tambahan sekiranya ia berbentuk pil atau tablet. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian pendidikan pemakanan adalah bermula di rumah. Jadi ibu bapa sepatutnya menjadi role model untuk di contohi anak-anak mereka terutama dari segi mengamalkan gaya hidup sihat. Jadi sebagai role model, jika mahu anak sukakan makanan tambahan, ibu terlebih dulu perlu menjadikannya sebagai amalan. 

Ibu juga boleh mengambil makanan tambahan ibu bersekali dengan anak. Anak akan lebih bersemangat jika ibu melakukannya bersama-sama. Seperti ada orang yang menyokongnya!

#2. Berikan bintang jika anak berjaya makan

Close Up Of Child With Reward Chart

Lakukan pengambilan makanan tambahan ini dengan perasaan suka seperti ia sesuatu yang harus dicapai dengan baik.  Kemudian berikan pelekat bintang kepada mereka sebagai tanda mereka sudah berjaya melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian menunjukkan, pemberian hadiah atau reward diakui dalam dunia pendidikan. Hadiah adalah salah satu bentuk motivasi dan penghargaan ke atas perilaku yang sesuai. Pemberian reward ini adalah untuk menggalakkan lagi anak melakukan sesuatu yang baik dan memotivasikan mereka untuk terus menjadikan ia sebagai suatu amalan.

Reward adalah strategi yang ibu boleh gunakan untuk menambahkan semangat anak meneruskan tabiat menyukai makanan tambahan. 

Siapa saja yang tidak suka dapat hadiah dan di reward atas usaha mereka kan? Mungkin ibu boleh cuba cara ini. Mana tahu tanpa perlu disuruh, anak sendiri yang akan ingatkan ibu untuk berinya makan makanan tambahan. 

#3.  Luangkan lebih masa untuk aktiviti yang menyeronokkan

Credit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak kecil pasti tidak akan melepaskan peluang jika diberikan lebih masa untuk menonton televisyen dan bermain. 

Oleh itu, ibu boleh menggunakan cara ini yang mana jika mereka mengambil makanan tambahan secara teratur, mereka akan diberikan masa yang lebih untuk menonton televisyen dan bermain. 

Ini adalah salah satu bentuk reward yang boleh ibu lakukan untuk memotivasikan anak mengambil makanan tambahan. Mungkin ibu boleh tambah masa mereka bermain di taman permainan. 

Selalu kita lihat di taman permainan akan terjadinya ‘drama tak mahu balik’, mungkin selepas ini ibu ada penyelesaiannya. Jika anak berjaya makan makanan tambahan dengan teratur dan mengikut jadual, mungkin masa bermain di taman permainan boleh ditambah 30 minit? 

#4. Letakkan di dalam pinggan

Credit; iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa menghidangkan makanan untuk anak, letakkan makanan tambahan bersama hidangan dengan memberitahu bahawa ini juga merupakan salah satu lauk yang harus mereka ambil untuk kekal sihat. Cuba ya ibu, anak-anak mungkin akan percaya! 

Boleh juga terapkan konsep Pinggan Sihat Malaysia ke dalam cara pengambilan makanan anak-anak kita! 

Pinggan Sihat Malaysia adalah panduan untuk menyediakan hidangan makanan yang lengkap dengan menekankan jenis dan jumlah makanan yang dihidangkan.

Untuk membantu anak-anak mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan sederhana, Pinggan Sihat Malaysia adalah salah satu panduan yang sangat penting.

#5. Bawa anak membeli belah di bahagian makanan tambahan

Credit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambil membeli belah dengan anak, ibu boleh menerangkan kepada mereka tentang penggunaan makanan tambahan. Ibu juga boleh ambil satu botol Scott’s Emulsion dan tunjuk kepada anak serta menerangkan secara ringkas mengapa makanan tambahan itu perlu diambil setiap hari. 

Anak kecil lebih suka perkara yang nampak di hadapan mata mereka. Jika sudah tahu membaca, boleh tunjukkan label kandungan di botol kepada anak anda.

Mereka belajar berdasarkan bukti di depan mata. Jadi tunjukkan kepada mereka khasiat  Scott’s Emulsion yang tertera di label botol.

#6. Elakkan menukar jenis makanan tambahan

Jika boleh ibu perlu mengekalkan hanya satu jenis jenama sahaja. Jika anak menyukai Scott’s Emulsion, kekalkan jenama ini supaya anak lebih menyukainya sampai bila-bila. Kemudian ibu mungkin boleh pelbagaikan perisa (jika ada). 

Konsisten amat penting dalam menjayakan strategi pemberian makanan tambahan kepada anak-anak. Jika selalu tukar jenama, mungkin boleh buat mereka fed up. Deria rasa setiap individu pasti tidak sama, jadi ambil masa untuk mereka menyesuaikan diri. 

Jika ibu sering kali tukar jenama, setiap kali itulah mereka perlu belajar sesuaikan diri dengan perubahan. Gaya pemberian makan ini turut dikaitkan dengan tingkahlaku pemakanan anak-anak. Ibu bapa adalah agen penting dalam menentukan corak pemakanan anak-anak yang mana ia turut dipengaruhi oleh gaya pemberian makan oleh ibu bapa.

#7. Bernyanyi sambil mengambil makanan tambahan

Jika masa itu adalah masa untuk mengambil makanan tambahan, ibu boleh bernyanyi bersama anak dengan menggunakan lirik sendiri. Kemudian terus menyuapkan ke dalam mulut ketika mereka tidak menyedarinya. Malah, ini cara yang baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak-naka sambil memberikan mereka makanan tambahan.

Ini bagi anak yang sukar untuk makan makanan tambahan. Tapi pastikan ibu pupuk dulu perasaan suka, kerana pasti kita tidak mahu saat makan makanan tambahan adalah masa paling tidak disukai anak. 

Apakah cara TERBAIK untuk mengekalkan kesihatan anak dari tubuh hingga ke otak?

#1. Kelebihan pengambilan Scott’s Emulsion bagi kanak-kanak dan umur yang sesuai

  • DHA – Menyokong perkembangan otak normal dan memastikan otak berfungsi dengan baik.
  • Minyak Hati Ikan Kod & Vitamin A – Membantu membina perkembangan mata yang bagus dan sistem imun sihat.
  • Vitamin D – Menyokong pertumbuhan dan perkembangan tulang kuat anak-anak, dan memelihara tulang dan gigi yang sihat.
  • Kalsium – Memelihara pertumbuhan tulang dan gigi.

Scott’s Emulsion membantu menyempurnakan kesihatan dan sistem imun yang sihat.

Kesimpulannya, minyak ikan kod Scott’s Emulsion ini membantu tubuh badan mendapat keperluan harian seperti Vitamin A, Vitamin D, Kalsium dan Fosforus sebagai makanan tambahan bagi menyokong kesihatan anak anda.

Scott’s Emulsion boleh diambil seawal umur satu tahun mengikut dos yang disyorkan. 

#2. Jenis-jenis Scott’s Emulsion

 

  • Minyak Hati Ikan Kod Scott’s Emulsion

 

 Kebaikan/Nutrisi: 

  • Meningkatkan sistem imun dan daya tahan tubuh anak anda,membina tulang yang kuat, pertubuhan otak yang sihat

Kandungan: 

  • Minyak hati ikan kod, asid lemak Omega 3, DHA, EPA, kalsium, Vitamin A&D

Pengambilan harian yang disyorkan: 

  • 1-3 tahun (2 sudu teh sekali sehari), 4-6 tahun (1 sudu besar sekali sehari), 7-12 tahun (1 sudu besar dua kali sehari), atas 12 tahun dan dewasa (1 sudu besar tiga kali sehari)

Perisa: 

  • Original, oren

RUJUKAN:

  1. https://www.cochrane.org/ms/CD008552/VASC_intervensi-untuk-meningkatkan-pemakanan-buah-buahan-dan-sayur-sayuran-dalam-kanak-kanak-berumur-lima
  2. https://books.google.com.my/books?id=JwqaDwAAQBAJ&pg=PA8&lpg=PA8&dq=kajian+reward+anak&source=bl&ots=-lb5z9-gOj&sig=ACfU3U1XAjtv84itEJIkLBw6ZcgD2d0Mpw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiQlLu_1IzqAhUB8HMBHVG2BfUQ6AEwC3oECAsQAQ#v=onepage&q=kajian%20reward%20anak&f=false 
  3. https://www.facebook.com/nutritionistperak/posts/terapkan-konsep-pinggan-sihat-malaysia-ke-dalam-cara-pengambilan-makanan-anak-an/955241121514054/