12 Makanan Untuk Anak Sembelit, Bantu Lancarkan Penghadaman

Makanan untuk anak sembelit perlulah terdiri daripada makanan kaya serat untuk memudahkan pelawasan dan penghadaman.

Sembelit akan menyebabkan anak anda sukar untuk buang air besar. Mereka juga akan merengek akibat rasa tidak selesa di perut. Kami kongsikan beberapa makanan untuk anak sembelit yang sesuai diberikan kepada mereka. 

Makanan Untuk Anak Sembelit

Anda wajib berikan makanan ini kepada anak sembelit untuk membantu sistem penghadaman mereka.

1.Epal

Ia mengandungi pektin yang membantu memperbaiki kesimbangan bakteria dalam usus seterusnya memudahkan pergerakan najis dalam usus dan mengelak sembelit. 

2.Pir – Makanan Untuk Anak Sembelit

makanan untuk anak sembelit, susu untuk bayi sembelit

Pir mengandungi fruktosan dan sorbitol yang membantu penghadaman dan pelawasan untuk memudahkan anak membuang air besar. 

3.Kiwi

Enzim actinidin memainkan peranan dalam pergerakan usus supaya najis anak lawas dengan baik. 

4.Buah Tin – Makanan Untuk Anak Sembelit

Buah tin mengandungi enzim ficin yang menyihatkan usus dan melancarkan pembuangan najis. 

5.Buah-buahan sitrus

Buah-buahan sitrus seperti limau mengandungi serat pektin dan antioksida yang membantu melancarkan pelawasan dan mengelak sembelit berpanjangan. 

6.Bayam

Ia mengandungi serat yang mudah larut dan mudah diproses dalam usus untuk melembutkan najis.

7.Brokoli

Brokoli mempunyai serat yang membantu penghadaman anak anda.

8.Kacang pis

Ia sejenis kekacang yang tinggi serat dan mudah larut sekali gus mampu mengelakkan anak sembelit jika diberi dengan kerap.

9.Ubi Keledek – Makanan Untuk Anak Sembelit

Mengandungi serat cellulose, lignin dan pektin untuk melancarkan pergerakan keluar najis dengan lebih baik. 

10.Biji rami (flaxseed)

Flaxseed meningkatkan penyerapan air di usus yang membantu melembutkan najis. Ia sesuai dimakan bersama yogurt. 

11.Buah naga

makanan untuk anak sembelit, jus prune untuk sembelit bayi

Buah naga mempunyai kandungi probiotik yang sangat tinggi menyebabkannya sangat sesuai untuk diambil oleh anak yang mengalami sembelit. Ia juga mengandungi karbohidrat yang dikenali sebagai oligosaccharide yang berfungsi sebagai probiotik untuk meningkatkan fungsi pencernaan.

12.Betik

Betik mempunyai serat yang tinggi. Apabila betik diproses menjadi jus, ia akan membuatkan kandungan serat tidak larut di dalamnya diserap lebih baik badan manusia.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

Baca juga: Si Manja Kerap Mengalami Sembelit, Doktor Kongsi Petua Mudah Bagi Mengatasinya

Baca juga: Susahnya Hati Bila Bayi Sembelit, 5 Makanan Ibu Tak Sedar Buat Anak Susah Berak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!