Sesi Tanya Pakar: Makanan Untuk Bayi 6 Bulan Yang Terbaik, Perlu Beri Buah Atau Nasi Dulu?

Makanan untuk bayi 6 bulan yang pertama perlulah memiliki tekstur yang lembut, mudah dihadam, dan mempunyai risiko alahan rendah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang tertanya-tanya dan tidak pasti bagaimana cara untuk bagi makanan untuk bayi 6 bulan buat kali pertama, kan?Patutkah bagi buah-buahan dulu? Atau terus bagi bubur dan sayur-sayuran?

Bolehkah si kecil makan makanan yang ada minyak dan garam? Apakah makanan bayi 6 bulan yang paling ideal buat bayi yang pertama kali makan? Bagaimana nak ajar bayi makan dengan betul?

Makanan Untuk Bayi 6 Bulan

Pemberian makanan untuk bayi 6 bulan merupakan langkah penting dalam pengenalan makanan pejal. Sebelum si manja diberi makanan selain susu, ibu perlulah memastikan bayi menunjukkan tanda-tanda bersedia seperti boleh duduk dengan stabil dan menunjukkan minat pada makanan.

Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh membincangkan  di laman komuniti theAsianparent Malaysia.

Cara Memastikan Anak Cukup Makan Mengikut Usianya

Apabila bayi baru mula nak makan, bayi tidak akan makan banyak contohnya 1-2 sudu kecil pun cukup. Selepas bayi biasa dengan solid food, dia akan makan sebanyak 1-2 sudu besar, 3 meals shear dan satu masa untuk snack.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Sumber Protein Tinggi

Jawapan: Daging, taufu, sayuran kekacang, ayam, telur, produk tenusu dan kacang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada Buah Yang Tidak Sesuai Untuk Bayi 6-7 Bulan? 

Jawapan: Kebanyakan buah sesuai untuk bayi, tetapi untuk buah citrus seperti oren dan limau mungkin lebih baik diberi kepada bayi yang sudah besar sedikit.

Ada tak makanan untuk menaikkan berat badan anak? 

Jawapan: Makanan untuk menaikkan berat badan termasuk starchy vegetables seperti kentang, sweet potato, pumpkin dan keladi. Makanan lain termasuk pasta, nasi, roti, avocado, banana dan keju. Boleh cuba tambahkan full cream milk, keju atau mentega dalam sos pasta atau tambahkan dalam mashed potato atau mash sayuran.

Penggunaan fruit feeder, adakah okay?

Jawapan: Penggunaan feeder adalah okay asalkan anda bersih dan sterilkan food feeder. Mula dengan puri buah atau sayur.

Penggunaan oat dalam rutin pemakanan baby, any oat is okay? Atau kena guna certain oat contoh rolled oat?

Jawapan: Oat boleh diberi kepada bayi. Most of the oats boleh diberi kepada bayi. Ingat untuk baca label pada bungkusan terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Untuk Pikat Selera Makan Anak

Jawapan: Biarkan bayi anda mencuba makanan dengan warna dan tekstur yang berbeza. Berikan bayi masa untuk membiasakan diri dengan makanan pejal.

Anda boleh meletakkan makanan dalam mangkuk comel atau menggunakan peralatan berwarna-warni untuk menarik bayi anda makan. Beri bayi anda makanan dengan warna dan tekstur yang berbeza.

Ia adalah normal untuk bayi bermula dengan 1-2 sudu kemudian akan meningkatkan jumlah dan kekerapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Tidak Menunjukkan Minat Untuk Makan, Apakah Cadangan Makanan Untuk Bayi?

Jawapan: Bayi anda baru mula bercerai susu, jadi adalah perkara biasa untuk bayi anda hanya makan 1-2 sudu. Apabila si manja terbiasa dengan makanan pejal, anda boleh meningkatkan kekerapan dan jumlah makanan.

Anda boleh memberi sayur-sayuran atau buah-buahan hancur dan apabila ia lebih besar, anda boleh mula memberi mereka sayur-sayuran bersaiz gigitan.

Jangan paksa bayi makan atau mereka akan enggan makan kemudian hari. Beri masa kepada kanak-kanak dan cuba lagi pada keesokan harinya.

Jenis Buah Untuk Bayi Yang Boleh Dicampur Bersama

Jawapan: Kebanyakan buah boleh diberi kepada bayi dan ia boleh mix sekali. Tetapi, untuk buah citrus contohnya oren dan limau, lebih baik beri bila bayi lebih besar sebab buah citrus mungkin menyebabkan perut sakit.

Adakah Bayi Wajib Minum Air Masak Setiap Kali Makan

Jawapan: Selepas umur 6 bulan, bayi anda memerlukan sebanyak 2-4 oz air dalam satu hari. Apabila anak semakin besar dan makan lebih banyak, susu pun akan berkurang. Sekiranya jumlah susu berkurang, anak mungkin perlu minum lebih air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baby 6 bulan 27 hari Makan Dua Sudu Makan, 2 kali sehari 1 kali snacking is it okay?

Jawapan: Kalau baby baru mula makan, adalah normal untuk bayi makan 1-2 sudu 2 kali sehari. Apabila bayi menjadi biasa dengan solid food, kita boleh tambahkan jumlah dań kekerapan untuk makan.

Jangan memaksa bayi untuk makan. Beri bayi sedikit masa nutuk biasakan diri dengan solid food.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan