Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah adalah 1) Makanan Laut, 2) Makanan Berlemak dan Bergoreng, 3) Makanan Manis, 4) Makanan Pedas
Selepas bersalin secara pembedahan caesarean (czer), penjagaan luka adalah sangat penting. Ramai ibu yang sudah melalui pengalaman ini tahu betapa sukarnya menjaga luka agar cepat sembuh. Justeru adalah penting untuk anda mengetahui beberapa jenis makanan yang menyebabkan luka czer bernanah.
▼Isi Kandungan
Apa Maksud Luka Czer Bernanah?
Luka czer bernanah adalah jangkitan pada kawasan pembedahan caesarean yang menyebabkan luka menjadi merah, bengkak, panas, dan mengeluarkan nanah.
Kadangkala ia disertai dengan demam, sakit melampau di kawasan luka, dan bau yang tidak menyenangkan.
Kalau luka czer bernanah tidak dirawat segera, ia boleh merebak menjadi jangkitan serius seperti abses atau sepsis. Jadi penting sangat untuk elak makanan yang boleh memburukkan keadaan luka, lebih-lebih lagi ketika dalam tempoh berpantang.
Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah
Berikut beberapa jenis makanan yang menyebabkan luka czer bernanah yang perlu ibu elakkan sewaktu berpantang:
1. Makanan Laut
Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah adalah makanan laut terutamanya udang, sotong dan kerang. Meskipun makanan laut kaya dengan protein dan zink, ia juga tinggi histamin yang boleh mencetuskan reaksi alahan pada sesetengah orang.
Kalau anda sensitif, ia boleh menyebabkan gatal-gatal di kawasan luka, dan akhirnya luka jadi luka bernanah kerana digaru atau dijangkiti bakteria.
Tip: Elak dulu makanan laut semasa awal pantang (2 minggu pertama), terutamanya jenis bercengkerang.
2. Makanan Berlemak & Bergoreng
Makanan seperti ayam goreng, sambal tumis, makanan segera dan bergoreng banyak mengandungi lemak tepu dan minyak teroksida. Lemak jenis ini boleh menyebabkan keradangan dalaman, sekaligus memperlahankan penyembuhan luka.
Lebih teruk, ia menurunkan imun badan dan memudahkan jangkitan kuman di kawasan luka.
3. Makanan Manis Berlebihan
Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah yang lain adalah makanan manis. Makanan tinggi gula seperti kuih muih manis, air gas, kek dan coklat boleh menyebabkan paras gula darah naik mendadak.
Bila gula darah tinggi, sistem imun kita jadi lemah. Ini menjadikan tubuh sukar melawan kuman, menyebabkan luka czer mudah bernanah.
Tambahan pula, gula juga mengganggu penghasilan kolagen – nutrien penting untuk regenerasi kulit dan luka.
4. Makanan Terlalu Pedas
Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah seterusnya adalah makanan terlalu pedas.
Sambal belacan, kari pedas, dan makanan berasaskan cili yang kuat boleh menyebabkan perut memulas dan sembelit. Bila sembelit, tekanan pada perut dan bahagian luka meningkat – risiko luka terbuka dan dijangkiti bakteria juga lebih tinggi.
Sesetengah orang juga alami cirit-birit akibat makanan pedas, yang menyebabkan badan kehilangan nutrien penting untuk proses penyembuhan luka.
5. Telur
Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah yang lain adalah telur.
Meskipun kaya protein, ada kepercayaan bahawa telur boleh menyebabkan luka gatal dan bernanah, terutama jika dimakan terlalu awal selepas bersalin. Ini mungkin disebabkan alahan ringan atau tindak balas tubuh terhadap protein dalam telur.
Namun, ini bergantung kepada tubuh individu. Kalau anda perasan luka gatal selepas makan telur, elak sementara waktu.
6. Ikan Kembung, Tongkol dan Sardin
Ikan jenis ini dikatakan ‘gatal’ dan boleh menyebabkan keradangan kulit serta rasa tak selesa di kawasan luka. Walaupun belum terbukti secara saintifik, ramai ibu berpantang mengadu luka jadi makin lambat sembuh selepas makan ikan jenis ini.
Lebih selamat pilih ikan seperti ikan haruan, ikan selar dan ikan merah untuk bantu luka cepat sembuh.
7. Makanan Bersifat Sejuk
Makanan sejuk juga salah satu makanan yang menyebabkan luka czer bernanah. Contoh makanan sejuk adalah:
-
Air batu / air sejuk
-
Timun
-
Buah tembikai
-
Air kelapa
Makanan dan minuman sejuk dipercayai melemahkan badan selepas bersalin dan menyebabkan darah beku terkumpul. Ia juga boleh menyebabkan peredaran darah terganggu, menjadikan luka lebih lambat sembuh dan mudah dijangkiti.
Tempoh Penyembuhan Luka Czer
Tempoh penyembuhan luka pembedahan caesarean (czer) berbeza bagi setiap wanita, bergantung pada faktor seperti kesihatan umum, jenis pembedahan, dan penjagaan selepas bersalin.
Namun, secara umum, berikut anggaran tempoh penyembuhan luka czer:
1-2 Minggu Pertama: Fasa Awal Penyembuhan
Luka masih baru dan mungkin terasa sakit, tegang atau pedih, terutama bila batuk, bersin atau bangun dari katil.
Kebanyakan wanita memerlukan bantuan bergerak dalam tempoh ini. Luka mula kering dan menutup tetapi masih perlu penjagaan rapi. Elakkan mengangkat benda berat dan bergerak secara perlahan.
3-6 Minggu: Fasa Pemulihan Aktif
Luka biasanya sudah tertutup sepenuhnya dan kurang rasa sakit. Aktiviti harian boleh dilakukan, tetapi masih perlu berhati-hati.
Ibu boleh mula berjalan perlahan-lahan, tetapi elakkan senaman berat atau aktiviti yang memberi tekanan kepada perut.
6-12 Minggu: Hampir Pulih Sepenuhnya
Kebanyakan ibu sudah boleh kembali kepada rutin harian biasa. Senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis (Kegel) boleh dimulakan jika doktor izinkan.
Luka dalaman masih dalam proses penyembuhan, tidak nampak, tapi masih wujud.
3 Bulan Ke Atas: Pemulihan Penuh (secara umum)
Ramai ibu bersalin czer sudah pulih sepenuhnya, tapi luka dalaman boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya.
Jika mahu hamil semula, doktor biasanya nasihatkan tunggu 18 hingga 24 bulan sebelum kehamilan berikutnya bagi mengelakkan risiko luka rahim terbuka semula (rupture).
Tanda-Tanda Luka Bernanah
-
Kemerahan atau bengkak di sekitar luka
-
Rasa panas apabila disentuh
-
Kesakitan yang berterusan atau semakin teruk
-
Luka berair atau keluar cecair kekuningan/hijau
-
Bau yang tidak menyenangkan dari luka
-
Demam melebihi 38°C
-
Badan terasa lemah dan menggigil
Jangkitan ini boleh berlaku sekiranya sistem imun tubuh lemah, penjagaan luka tidak dilakukan dengan baik, atau disebabkan oleh pemakanan yang mempercepat keradangan atau mengganggu proses penyembuhan luka.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda luka bernanah, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Kenapa Pemakanan Penting Selepas Bersalin Czer?
Pemakanan selepas bersalin bukan sekadar untuk bertenaga atau banyakkan susu. Ia juga mempengaruhi:
-
Proses pembekuan darah
-
Tahap keradangan dalam badan
-
Sistem imun ibu
-
Penyembuhan tisu luka
Kalau kita makan makanan yang mengganggu proses ini, luka bukan saja lambat sembuh, malah boleh dijangkiti kuman dan bernanah.
Petua Tradisional Untuk Elak Luka Czer Bernanah
Ramai ibu dulu-dulu amalkan petua ini – dan ada yang terbukti membantu!
-
Minum air rebusan daun inai atau daun sireh: dipercayai bersifat antibakteria
-
Tungku herba atau tuam halia: bantu lancarkan darah & kurangkan bengkak
-
Bengkung: bukan sekadar untuk bentuk badan, tapi juga sokong kawasan luka agar tak tertarik
Namun, pastikan berbincang dengan doktor atau bidan sebelum amalkan apa-apa petua. Jangan main cuba je, ya!
Cara Mencegah Luka Czer Bernanah
Berikut cara mencegah luka czer bernanah yang perlu ibu amalkan di rumah:
1. Cuci Tangan Sebelum Sentuh Kawasan Luka
Sebelum menyentuh luka czer, pastikan tangan dibasuh dengan sabun dan air bersih. Ini bagi mengelakkan perpindahan kuman atau bakteria dari tangan ke kawasan luka yang sedang dalam proses penyembuhan.
2. Pemakanan Sihat Selepas Bersalin Czer
Pemakanan selepas pembedahan caesarean bukan sahaja memberi tenaga kepada ibu, malah sangat penting dalam memastikan luka pembedahan sembuh dengan cepat dan bebas daripada jangkitan.
Makanan yang menyebabkan keradangan, alergi atau menurunkan sistem imun perlu dielakkan, sekurang-kurangnya dalam 30 hari pertama selepas bersalin.
Mengetahui makanan yang perlu dielakkan dan makanan yang disarankan akan membantu ibu bukan sahaja sembuh fizikal, malah lebih kuat emosi dan mampu menjaga bayi dengan baik.
3. Pastikan Luka Sentiasa Bersih
Gunakan air suam dan sabun lembut (jika disarankan oleh doktor) untuk membersihkan kawasan luka setiap hari. Elakkan menggunakan sabun berpewangi atau antiseptik kuat yang boleh merengsakan kulit.
4. Keringkan Luka Dengan Betul
Selepas mencuci, lap luka dengan tuala bersih atau tisu secara perlahan – jangan digosok. Pastikan luka betul-betul kering sebelum memakai pakaian untuk elakkan lembapan yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria.
5. Elakkan Sapuan Ubat Tanpa Nasihat Doktor
Minyak gamat, krim herba, bedak atau minyak urut tidak seharusnya disapu pada luka pembedahan tanpa nasihat pakar kerana boleh mencetuskan jangkitan atau reaksi alahan.
6. Tukar Pad Luka Atau Balutan Dengan Kerap
Jika luka ditutup dengan balutan atau pad, pastikan ia ditukar mengikut arahan doktor atau bila terasa basah. Pad yang lembap atau kotor boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.
7. Jangan Garu Kawasan Luka Walaupun Terasa Gatal
Luka yang sedang sembuh kadang-kadang terasa gatal. Jangan digaru! Gunakan tuala sejuk untuk melegakan rasa gatal, atau beritahu doktor jika tidak tahan. Menggaru boleh membawa bakteria masuk ke luka.
Medical News Today, NHS University Hospital
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Bersalin Czer: Prosedur, Berapa Lama Pantang Czer & Perbezaan Czer Vs Normal
Baca juga: Ibu Yang Bersalin Czer Perlu ELAK Buat 23 Perkara Ini Agar Luka Jahitan Tidak Terbuka
Baca juga: Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Czer Berbanding Normal, 7 Perkara Ini Ibu Ayah Perlu Tahu