Ketahui Maksud Hisab, Hati-Hati Barang Yang Disimpan Lama Yang Tak Dipakai Akan Dihisab Di Akhirat

Maksud hisab adalah kiraan bagi setiap amalan manusia di dunia sama ada baik atau buruk, daripada amalan besar hinggalah kepada yang kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membeli dan menyimpan barangan yang disayangi sebagai koleksi menjadi kebiasaan segelintir daripada kita. Sebagai Muslim, perlu diketahui bahawa segalanya akan dihisab. Tahukah anda, apakah maksud hisab?

Hisab merupakan kiraan bagi setiap amalan manusia semasa di dunia sama ada baik atau buruk, daripada sebesar-besar amalan hinggalah kepada yang kecil. Ini juga termasuklah dengan barang yang disimpan dan tidak digunakan turut akan dihisab di akhirat kelak.

Ketahuilah hisab adalah waktu yang paling menggerunkan di Padang Mahsyar.

Menurut perkongsian dari Aishah Hasnah Arifin di laman Facebooknya menceritakan kembali tentang amalan orang ramai yang suka menyimpan harta benda yang tidak digunakan. Amalan ini sebenarnya ditegah dalam Islam kerana sifat bersedekah diutamakan.

Barang Tidak Digunakan Tidak Elok Disimpan

Sahabat,

Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama. Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela. Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada yang tak tahu, Semoga ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun dahulu sama-sama kita dapat manfaatnya. Jangan lupa untuk check collection kita.

Keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun untuk hiasan, pakaian, tudung-tudung yang penuh dalam almari, koleksi telekung yang kita sayang,kasut- kasut, periuk belanga, tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang pelbagai saiz.

Langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang, mana yang dah lama kita tak pakai jangan disimpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat..Astaghfirullahal’adzim…Sedekahkan. Perlu ada limit untuk start beli barang baru.

Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan, disedekahkan pada yang memerlukan. Jangan simpan lama-lama tak guna ataupun boleh jual preloved dan duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbelanjaan Perlu Seimbang

Membeli barang baru dan menyimpan barang tertentu adalah halal di sisi syariat. Namun begitu, perbelanjaan harta benda perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab di dunia selaku seorang muslim.

Duit yang digunakan untuk suatu pembelian juga akan dihisab, sama ada untuk perkara tidak bermanfaat atau atas sedekah yang dilakukan.

Hadis oleh Abu Barzah Al-Aslamiy RA berkata Rasulullah SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, tentang ilmunya, iaitu apa yang telah ia perbuat dan tentang hartanya, dari mana ia dapatkannya dan ke mana ia belanjakannya serta mengenai anggota badannya yang telah digunakan.” – Hadis Riwayat Muaz bin Jabal, 4/298.

Berdasarkan penerangan tentang maksud hisab ke atas harta di atas, jelas bahawa barang yang tidak digunakan tidak elok disimpan. Sebaliknya, lebih baik jika barang tersebut diberi kepada orang yang memerlukan sekaligus memberikan ganjaran bersedekah. 

Allah S.W.T juga berfirman bahawa bersedekah tidak akan merugikan seseorang, sebaliknya akan mendatangkan lebih rezeki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki.”- Surah Saba’ (39)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Bukan Mudah Nak Beristeri Dua, Ini Syarat Poligami Menurut Islam Lelaki Wajib Tahu!

Baca juga : Bolehkah Memakai Perhiasan Daun Clover Atau Daun Semanggi? Ini Penjelasan Pejabat Mufti

Baca juga : Contohilah 21 Sikap Rasulullah SAW Dalam Mendidik Anak Ini, Ia Sangat Relevan Sehingga Kini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi