Anda Sering Bermimpi Dukung Bayi Orang Lain? Ini Maksud di Sebalik Mimpi Itu!

Ramai yang percaya mimpi bukanlah sekadar mainan tidur, jadi apa kata kita semak apa petanda dan maksud mimpi bayi atau mimpi dukung bayi ini.

Jika anda membuka artikel ini sudah tentu anda salah seorang yang pernah bermimpi mendukung bayi bukan? Ingin tahu apa maksud mimpi bayi?

Ada yang mimpi dukung bayi lelaki, mimpi dukung bayi perempuan, ada juga yang mimpi dukung bayi kembar. Tapi adakah setiap mimpi hadir dengan petanda? 

Ramai yang percaya mimpi bukanlah sekadar mainan tidur, jadi apa kata kita semak apa petanda dan maksud mimpi bayi ini.

Mimpi dukung bayi

#1. Murah rezeki 

Bagi anda yang sering bermimpi mendukung bayi lelaki, tandanya akan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Sejauh mana kebenarannya? Wallahualam. 

Ini semua berdasarkan kepercayaan sahaja, tidak perlulah kita terlalu percaya bahkan jangan terus mengharap ya. Ini juga memberi petanda untuk si ibu lebih bersyukur dengan rezeki yang mendatang, jangan lupa diri dan sentiasalah bersedekah. 

#2. Menjadi lebih berani

Maksud mimpi bayi dan dukung bayi lelaki juga seolah memberi petanda untuk si ibu menjadi lebih berani dalam hidup. Tidak kira apa jua masalah yang dihadapi ibu-ibu perlu tanganinya dengan sabar dan berfikiran bijak. 

Jangan sentiasa mengikut emosi, tenangkan hati dalam membuat keputusan dan jangan sesekali dalam keadaan terburu-buru. 

#3. Mendapat keredhaan 

Mimpi dukung bayi perempuan ini sama saja tandanya dengan mendukung bayi lelaki. Keduanya akan dilimpahi rezeki malah mendapat keredhaan daripadanya.

Ada kemungkinan juga anda terlalu menginginkan kehadiran seorang bayi dalam hidup lantas Allah kurniakan satu mimpi yang indah-indah buat anda sebelum anda menimang cahaya mata yang sebenar jika dimurahkan rezeki. Ada juga kemungkinan anda dinaikkan pangkat, mendapat pekerjaan baru ataupun menerima rezeki yang tidak diduga.  

#4. Inginkan perhatian

Dengar cerita mimpi seperti ini bermakna anda inginkan perhatian. Samalah seperti bayi yang memerlukan sepenuh perhatian daripada ibu-bapanya. 

Mungkin selama ini si ibu mendapat kurang perhatian daripada pasangan, keluarga atau rakan-rakan. Jadi ibu-ibu sendiri perlulah pandai bersosial dengan hubungi kembali teman-teman lama. Tidak perlu menunggu tema-teman yang memulakan dulu.

Sentiasa rancakkan jadual anda, ini bermakna apabila tiba hujung minggu rancang aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga atau rakan-rakan. 

#5. Ada orang cemburu

Mimpi juga cenderung untuk memberi petanda yang tidak baik. Dalam konteks ini ada kemungkinan mendukung bayi menjadi petanda orang luar rasa iri hati bersama anda.

Semak semula kiriman anda di sosial media baru-baru ini, ada tak yang mengundang iri hati daripada teman-teman atau orang asing?

#6. Bakal memiliki tanggungjawab yang berat

Mimpi yang sering bertandang ini kemungkinan juga memberi erti anda bakal memikul satu tanggungjawab baru. Baik dalam kerjaya atau dalam keluarga. Latih diri anda untuk menjadi lebih kuat secara emosi, kerana bimbang jika satu-satu tanggungjawab itu hadir dalam keadaan yang tidak disangka akan memberi impak kepada anda. 

#7. Emosi yang tidak stabil

Sekiranya mimpi anda melibatkan anda sedang mendukung anak yang sedang menangis, itu tandanya anda sendiri dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Mungkin baru-baru ini anda baru hilang pekerjaan atau memulakan pekerjaan baru. Baru saja menyambut ketibaan cahaya mata dan sebagainya.

Emosi anda kadang kala berasa gembira dan kadang kala cepat gelisah. Ambil masa untuk relaks, pergilah bercuti seketika dan tenangkan minda dan hati. Mungkin saja anda risau pada keadaan yang tidak penting atau tidak terjadi pun lagi. Jadi janganlah anda membuang tenaga anda begitu sahaja. 

Jadi ibu-ibu ada mimpi dukung bayi baru-baru ini dan terjadinya salah satu petanda di atas? Janganlah terlalu bimbang ya, ini cuma kepercayaan orang sahaja, bukanlah seratus peratusnya benar.

Jika terjadi mungkin satu kebetulan jika tidak terjadi janganlah disalahkan pula ya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Hanya Lelaki, Wanita Juga Alami Mimpi Basah Ketika Tidur! Adakah Ia Normal?