"Saya Nak Namakan Anak Saya Balqis Tapi Betul Ke Nama Balqis Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Nama Anak Jin?" - Ini Penjelasan Ustaz

Peringatan untuk ibu bapa supaya memilih nama anak dengan maksud yang baik. Kedua, pastikan pandangan berkaitan maksud nama anak itu mengikut dalil yang betul supaya tak ada kekeliruan dalam masyarakat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isu maksud nama Balqis pernah tular lapan tahun yang lalu apabila ada sesetengah pihak mendakwa maksud nama tersebut ada kena-mengena dengan Jin. Betul ke?

Ramai rasanya ibu bapa yang meletakkan nama anak mereka sama ada di awal atau di hujung nama dengan Balqis. 

Mengulas kembali berkaitan persoalan maksud nama Balqis ini, ibu bapa diingatkan berhati-hati dan membuatkan rujukan yang lebih banyak sebelum memberi nama anak. Nanti tak pasal-pasal maksudnya mengundang perkara yang tidak baik. 

Kredit: Freepik

Kesahihan isu maksud nama Balqis ini dirungkai apabila Ustaz Sharhan Shafie — seorang Pengamal Perubatan Islam yang berkongsi pandangannya di program Tanyalah Ustaz di TV9.

Menerusi program tersebut, Ustaz Sharhan menyatakan ada beberapa nama berikut yang merupakan nama anak Jin. Walaupun maksudnya bagus, namun ia boleh mendatangkan penyakit misteri. 

Antaranya seperti…

  • Balqis
  • Qistina/Kristina 
  • Najwa
  • Zakuan/Zaquan 
  • Batrisya 
  • Erisya 

Menurut beliau lagi, jangan sesekali memberi nama anak seperti nama yang dinyatakan di atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 50 Nama Klasik Perempuan Popular Untuk Bayi 2021

Namun jika sudah diberi nama seperti yang disebut itu, ia tak perlu ditukar. Akan tetapi, ibu bapa boleh menukar panggilan kepada yang lain.

Contohnya jika nama anak Nur Ain Batrisya, panggil namanya dengan Ain. 

Maksud nama Balqis, netizen mula bertelagah 

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, isu maksud nama Balqis ini juga tidak kurang menerima kritikan dan kecaman umum. Petikan dari Facebook Page, Realiti Alam Perkahwinan mendedahkan 

“Kenyataaan Ustaz tersebut mendatangkan kekeliruan dan kegusaran kepada pemilik nama berkenaan.

Apatah lagi saya memilih nama tersebut kerana makna yang baik bukan kerana nama anak Jin yang sedap didengar dan disebut. 

Saya ada search di google berkaitan nama-nama baik menurut Islam. Jadi bagaimana Ustaz ini boleh cakap sebegitu? Kalau ikut secara logik memang tak masuk akal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terutama bila ia membabitkan penyakit sedangkan penyakit datang dengan Izin Allah bukan sebab nama anak. Saya faham, sebagai ibu bapa kita harus mencari nama dengan maksud yang baik. 

Maksud nama Balqis: Pandangan Ustaz Dr Haron Din dan Ustaz Zaharuddin 

 

Menurut Ustaz Zaharuddin, tiada sebarang dalil yang sahih berkenaam nama anak yang ada kaitan dengan nama anak Jin. Kemudian, jika dipanggil, anak akan ditimpa penyakit misteri.

Hal ini, TAK BOLEH DIPERCAYAI. Malah ia bercanggah dengan firman Allah dari Surah Al-Naml ayat 65. 

Nabi bersabda: 

“Ertinya, Sial menyial itu syirik, sial menyial tu syirik.” Riwayat, Abu Daud dan Tirmidzi

Menurut perkongsian Ustaz Zaharuddin pula, beliau sendiri bertanyakan pada Dato’ Dr Haron Din berkaitan isu ini dan beliau menolak sangkaan tersebut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa nama yang disebut dalam hadis TIDAK BAGUS DIGUNAKAN seperti.. 

  • Azazil 
  • Wiswas
  • Khannas
  • Murrah 
  • Harb
  • Soba 

Namun, ia tidak sahih jika digunakan mendapat penyakit misteri dan sama sekali bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Kesimpulannya, beri nama anak dengan maksud yang baik dan tiada perasaan ragu terhadap makna nama tersebut.  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: All about Islam 

Sumber: Hazeira Blogspot 

Baca juga: Ingin Kelainan Pada Nama Anak? Cuba Gabung Nama Jepun Ini, Mesti Cun Habis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan