Elakkan 5 Perkara Ini Ketika Mandikan Bayi! No.3 Paling Bahaya

Memang ibu-bapa perlu tahu beberapa perkara sebelum memandikan bayi anda dengan selamat. Dan penting juga untuk ibu bapa tahu CPR sebelum memandikan bayi, ini sebagai langkah keselamatan awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mandi bayi baru lahir menjadi salah satu concern ibu bapa sebaik menimang cahaya mata. Ya, mengikut pengalaman saya sendiri memang kekok untuk memandikan bayi, bukan apa, rasa takut dan tidak yakin masih ada. 

Memang ibu-bapa perlu tahu beberapa perkara sebelum memandikan bayi anda dengan selamat. Dan penting juga untuk ibu bapa tahu CPR sebelum memandikan bayi, ini sebagai langkah keselamatan awal. Malah ia adalah benda penting untuk dipelajari sebaik menimang cahaya mata!

Untuk memulakan sesi mandian anak, pertama sekali, sediakan sabun mandian khusus untuk bayi, tab mandian dan tuala bersih!

Elak lakukan 5 perkara ini ketika mandi bayi baru lahir

Penting untuk anda semua tahu kesilapan yang tak patut dilakukan ketika mandi bayi baru lahir. Antaranya adalah: 

#1. Elak guna tab yang besar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Agak sukar untuk anda kendalikan bayi yang kecil jika tab mandian terlalu besar. Malah dengan tab kecil anda boleh kawal suhu air dengan mudah! Air pun tidak akan menyejuk dengan cepat. Dan untuk memudahkan lagi, anda patut dapatkan net untuk diletakkan atas tab agar mudah baringkan bayi anda di situ sambil dicurahkan air dengan perlahan-lahan. Bayi pun akan berasa lebih rileks. 

#2. Jangan mandikan bayi terlalu lama

Cukup sekadar membersih apa yang patut, bayi sebenarnya tidaklah berpeluh yang meninggalkan daki pada badan pun. Jadi cukup memandikan bayi selama lima minit (tolak masa penyediaan, sebab penyediaan tu yang lama).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan apabila mengangkat bayi cepat-cepat keringkan bayi anda, dan bahagian kepala perlu dipastikan betul-betul kering, jika tidak bayi memang mudah berasa sejuk. Ketika mandi bayi anda patut mulakan dengan bahagian badan terlebih dahulu dan akhiri di kepala. Balut bayi anda dengan tuala sebelum anda meletakkan dia di atas meja menukar lampin. 

#3. Jangan tinggalkan bayi sendirian ketika mandi

Ini bukan saja untuk bayi baru lahir ya, mereka memanglah tidak pandai mengangkat leher sendiri, jadi tidak kira air cetek atau penuh di dalam tab ia tetap merbahaya untuk bayi. Ini juga perlu diingat untuk bayi yang berusia lapan bulan ke satu tahun.

Ya memang mereka sudah pandai duduk, merangkak dan berjalan tetapi jika mereka cuba berdiri dan tergelincir ketika anda lari sebentar untuk ambil telefon bimbit, buruh padahnya! Walaupun seketika, ibu-bapa janganlah sesekali tinggalkan anak sendirian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Jangan gunakan terlalu banyak air

Sekiranya bayi anda berusia bawah tiga bulan anda boleh mandikan dia selang sehari. Ada hari lap saja bayi anda dengan tuala suam, dan keesokannya mandi dengan sempurna. Gilir-gilir, ini kerana bayi mudah demam jika dalam keadaan terlalu sejuk atau terlalu panas.

Dan paling penting elakkan mengisi tab mandian dengan air yang penuh, ia akan membuat bayi rasa lemas, dan anda pun sememangnya akan berasa tidak selesa. 

#5. Air jangan masuk telinga atau hidung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan cuci hidung atau dalam telinga bayi dengan air atau putik kapas yang basah, cuci bahagian yang anda nampak saja ketika bayi baru lahir. Dan jika boleh tunggulah selepas tali pusat bayi gugur atau betul-betul kering sebelum anda memandikan bayi anda. Ia untuk mengelakkan apa-apa jangkitan pada tali pusat.

5 tips berguna cara memandikan bayi 2 bulan ke atas

  • Masa nak keringkan bayi, elak guna kain tuala yang bersifat kasar. Kulit bayi ini sensitif, jadi, guna kain tuala yang halus.
  • Sebelum memandikan bayi, ibu boleh masukkan baby oil dalam air mandian bayi.
  • Sekiranya bayi anda mempunyai eczema, sapukan krim pelembap terlebih dahulu pada seluruh badan sebelum memandikan bayi. Ia dapat melindungi kulit bayi dari kering selepas mandi. Malah kulit selepas mandi terasa lembap sepanjang hari. 
  • Tak semua bayi sesuai pakai sabun akti bakteria. Jadi, pilih sabun biasa untuk bayi pun sudah mencukupi.
  • Ibu boleh guna losyen untuk pastikan kulit bayi kekal lembap.
  • Iritasi pada kulit bayi (contohnya ruam) biasanya disebabkan antibiotik atau pewangi. Jadi, cuba elak benda-benda ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Times Of India

Baca juga: 

Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk, Betul Ke Ia Bagus Untuk Si Manja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan