Mandi Bunga Untuk Wanita: Kebaikan, Cara Mandi Bunga & Pantang Larang

Mandi bunga merupakan antara amalan tradisional orang Melayu dahulu untuk menaikkan seri wajah dan membuang aura negatif

Orang selalu ingat mandi bunga hanya untuk bakal pengantin semata, padahal kita sendiri pun boleh amalkan untuk menyegarkan tubuh badan dan meningkatkan mood menjadi lebih baik.

Asal Usul Mandi Bunga

Mandi bunga merupakan ritual masyarakat Melayu zaman dahulu yang dipercayai mempunyai unsur-unsur keagamaan.

Di kalangan orang Melayu, mandi bunga bertujuan untuk menaikkan aura semangat dan seri bagi raja-raja yang dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’.

Manakala, bagi kaum Cina dan India pula mengamalkan mandi bunga untuk memperoleh kesihatan dan nasib yang baik.

Biasanya mengikut unsur Islam, mandian ini dimulai dengan bacaan lafaz ‘Basmalah dan diakhiri dengan syahadah.

Ada juga yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema yang mana perbuatan ini boleh mendatangkan khuarafat jika salah niat dan tujuan asal.

Ramuan Mandi Bunga

Antara ramuan mandi bunga yang sering digunakan untuk mandian ialah:

  • Bunga-bunga terpilih seperti kenanga. mawar. bunga kesidang, bunga tanjung, bunga cempaka.
  • Air bersih (air mutlak)/Air mawar
  • Limau nipis/Limau purut
  • Daun sireh
  • Daun pandan
  • Daun bidara
  • Serai
  • Dan macam-macam lagi

Sebab Guna Bunga

Dari segi saintifik, setiap tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga mempunyai khasiat dan penawar yang dapat memulihkan kesihatan dalaman supaya kembali segar dan bertenaga.

Ia mempunyai sifat terapeutik yang membantu menenangkan hati, meredakan stress dan menyeimbangkan aura tubuh badan ke tahap normal.

Sebab itu, kita akan merasai perubahan yang ketara setelah mengamalkan mandi bunga ternyata memang sangat berbeza dengan mandi biasa.

Dalam pada yang sama, ia merawat luaran dan dalaman diri kita secara keseluruhan.

Cara Mandi Bunga Dengan Betul

Kami kongsikan cara mandi bunga dengan betul supaya tubuh badan anda menyerap segala khasiat yang diperlukan untuk kembali bertenaga.

Bahan-bahan:

  • 7 atau 9 jenis bunga yang tidak berduri, mekar dan segar.
  • Sebotol air mawar
  • 2 biji limau purut

Cara Penyediaan:

  1. Guna 7 jenis bunga dan jumlahnya mestilah angka ganjil.
  2. Asingkan bunga dengan daun dan dahan.
  3. Rendam bunga-bunga tersebut di dalam besen yang berisi air.
  4. Campurkan dengan air mawar. Kacau rata.
  5. Belah limau purut dan rendam sekali.
  6. Rendam semalaman.

Pastikan warna bunga itu bukan hitam. Kalau boleh cari bunga dalam pelbagai warna dan segar dan berbau wangi.

Langkah-Langkah:

  • Sebaiknya mandi pada waktu pagi untuk menyegarkan badan dan menyerap tenaga.
  • Mandi biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga,
  • Sebelum mandi, baca niat dan berdoa.
  • Semasa mula mandi, siram air di sebelah kiri sebanyak 3 kali.
  • Diikuti dengan belah kanan sebanyak 3 kali.
  • Siram di kepala sebanyak 3 kali.
  • Siram ke seluruh badan sehingga air rendaman tadi habis.
  • Baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sehingga selesai mandi bunga.
  • Biarkan air di badan kering sendiri supaya khasiat bunga-bungaan dapat diserap sepenuhnya ke dalam badan.

Pantang Larang Mandi Bunga

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti supaya tidak tersalah langkah, antaranya:

  • Sebaiknya dilakukan pada malam Jumaat atau malam Khamis ATAU pada awal pagi, hari Jumaat atau Khamis.
  • Sebelum air dijadikan mandian, iringi dengan ayat suci al-Quran agar lebih berkat.
  • Semasa mandi, fikirkan perkara positif dan niat dalam hati untuk pulihkan dalaman.
  • Tidak boleh bertelanjang bulat atau boleh ditutupi sebahagian tubuh badan.
  • Garam bukit dan minyak wangi Attar boleh digunakan jika ada.
  • Bunga yang sudah dipilih untuk mandian dilarang hidu. Ini akan menghilangkan seri dan khasiat jika dihidu.
  • Jangan gunakan bunga kertas, bunga yang beracun dan bunga yang tumbuh di tanah kubur.
  • Jumlah bunga tidak perlu terlalu banyak cukup sekadar memadai.
  • Sebaik sahaja selesai mandi, hanyutkan air mandian ke sungai atau air yang mengalir. Jangan dibiarkan sisa bahan tersebut berada di tempat mandian.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Begini Cara Mandi Bunga Bagi Menguatkan Semangat & Keyakinan Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Tak Boleh Keluar Rumah Selepas Bersalin Adakah Ia Cara Berpantang 44 Hari Yang Betul?

Baca juga: Ini Sebab Janin Anak Sulung Dari Ibu Bapa Sulung 'Laris' Dalam Ilmu Hitam, Jadi Pilihan Tok Bomoh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!