Anak kerak merupakan salah satu sihir yang popular di negara jiran iaitu Thailand. Ramai melakukan perbuatan khurafat ini untuk kepentingan peribadi seperti pendinding diri, pelaris dan tujuan bomoh.
Untuk pengetahuan anda yang mungkin masih belum mengetahui tentang fakta ini, anak kerak adalah tidak sama dengan toyol terutamanya dari segi fungsi walaupun ia dihasilkan dari bahan sama iaitu janin bayi yang sudah meninggal dunia.
Apa Itu Anak Kerak?
Sekadar info, anak kerak artinya sejenis hantu dalam kebudayaan Melayu yang hampir sama dengan hantu toyol tetapi mempunyai asal yang lebih spesifik serta keupayaan yang lebih lagi. Sihir ini dikatakan berasal dari janin ataupun bayi dalam kandungan yang telah dibunuh sebelum sempat dilahirkan.
Paling Kuat Dari Janin Sulung
credit to sources
Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi anak sulung dan ibu bapanya juga anak sulung, berusia 6 hingga 7 bulan dalam kandungan serta diambil pada hari selasa.
Mayat bayi ini dikecutkan (disalai) oleh bomoh terlebih dahulu bagi tujuan amalan perubatan atau melakukan perkara-perkara jahat. Bagi mereka yang memelihara, anak kerak perlulah dilayan dan dijaga dengan baik kerana jika dibiarkan boleh memakan tuannya sendiri.
Oleh itu semua perkakas seperti kelambu nyamuk, buaian, bantal, tilam dan hidangan susu hendaklah disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
Semakin Kuat Anak Kerak, Harganya Semakin Mahal
Anak kerak ini kebiasaannya diperoleh dari Tok Cha siam atau tok bomoh. Antara negeri yang popular di Malaysia ialah Kelantan dan Kedah. Terdapat beberapa gred yang ditawarkan (semakin kuat, semakin mahal).
credit to sources
Mengapakah Wujudnya Sihir Anak Kerak Ini?
Sihir ini wujud kerana segelintir individu akan menggunakannya untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan khianat orang lain.
Bukan itu sahaja orang menggunakannya untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya. Gred paling rendah diambil dari janin, dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan, dibentukkan ke dalam acuan patung kecil.
Lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada gred-gred yang lebih kecil supaya ramai orang mampu memilikinya. Manakala gred yang paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan (dipuja) dan dibalut dengan kain kuning.
Kebiasaannya, orang yang guna-guna sihir ini adalah untuk menganiaya orang lain. Bagi mereka yang terkena sihir anak kerak ini, akan automatik berperangai seperti anak kecil. Merengek, minta dibelai, dimanja, dan paling kerap akan minta susu.
Kadangkala, kalau lelaki yang terkena rasukan sihir ini, isterinya pun dipanggil ‘ibu’, Macam jadi bayi yang mengada-ngada dan begitu manja dengan ibunya. Cuma apa yang merbahaya adalah sifatnya akan menjadi lebih agresif juga permintaannya tidak dipenuhi.
Toyol Dan Anak Kerak Adalah Berbeza
Untuk pengetahuan anda, dua jenis yang hampir sama tetapi tidak serupa tugasannya adalah toyol dan juga anak kerak. Toyol ditugaskan untuk mencuri duit, manakala anak kerak tidak akan membuat kerja-kerja tersebut.
Anak kerak ini lebih kepada kerja ala-ala ‘James Bond’ dan berprofil tinggi.
Ia juga sukar untuk dikesan dek kelicikkannya. Hanya perawat/individu yang benar-benar mengetahui punca, barulah anak kerak ini akan muncul. Tanpa mengetahui punca sebenar, maka berulang kalilah perawat akan ruqyah pesakit dengan muka ‘tidak tahu apa-apa’.
Toyol pula boleh dikesan serta dihalang dengan mudah daripada menganggu seseorang itu.
Walau bagaimanapun, setiap umat Islam perlu diingatkan bahawa memiliki kedua-dua mahkluk ini sangatlah bertentang dengan hukum Islam. Malah, pengamal ilmu sihir ataupun ilmu sesat ini merupakan satu perbuatan syirik dalam agama Islam.
Oleh itu, jauhilah perkara syirik dan dimurkai oleh Allah SWT ini.
Proses Pemilikan Sihir Ini Ada Syaratnya
Orang yang beli sihir ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya perlu diberikan ‘makan’, jika tidak maka akan mengamuklah ia kepada tuannya.
Anak kerak yang paling kuat dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh. Mereka menggunakan beberapa anggota janin yang ditapakan sebagai sihir untuk melihat dan mendengar jarak jauh.
Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, tok bomoh boleh tahu dengan menggunakan anggota janin seperti mata disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, telinga janin juga digunakan untuk mendengar.
AWAS, jika sihir ini dibiarkan, si pembela akan merana sebab ia sebenarnya boleh makan tuan juga ya. Jadi, janganlah cari pasal membela sihir ini. Ia akan lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.
Tanda-tanda Seseorang Itu Diganggu Oleh Sihir Ini
credit to sources
Pada yang boleh melihat alam ghaib, biasanya ia boleh mengenal pasti tanda gangguan ilmu hitam ini. Biasanya kulit menjadi kekuningan, kepala botak, mulut keluar air liur yang meleleh-leleh dan mata kemerahan.
Terdapat dua jenis gangguan iaitu:
- Tanda gangguan dalam sedar: Seperti sihir biasa, ia sukar dikesan. Kadangkala hanya perasan di hujung mata kelibat paras lutut melintas.
- Tanda ketika tidak sedar: Berlaku rasukan yang keras dan adakalanya ia menyebut susu, ibu, emak apabila anak kerak hampir tewas.
Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Para pembaca adalah dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana apabila mati esok-esok susah!
Benda ini perlu diwariskan dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah anda, usah mementingkan diri kerana silap sekali sahaja boleh membuatkan anda menderita sampai bila-bila sehinggalah ia menganggu anak cucu yang lain.
Salah seorang pengamal perubatan Islam berkongsikan mengenai lelaki separuh abad terkena perbuatan sihir ini berkelakuan seperti kanak-kanak.
Malah proses membuang sihir berkenaan dalam badan individu terkena sihir sedemikian bukanlah mudah sehingga memamakan masa lebih tiga jam. Hal ini kerana jin jahat ini tidak mahu keluar, sifat liciknya memerlukan teknik betul agar tidak muncul semula.
Seperti perubatan Islam yang lain, rawatan menggunakan Ruqyah dan berdoa kepada Allah SWT adalah senjata utama dalam menumpaskan benda syirik tersebut.
Semoga informasi yang diberikan di atas bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Surat Terbuka Dari Seorang Ibu Suri Rumah Yang Hampir Menghadapi Kemurungan
Baca juga: Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini
Baca juga: Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!