Kandungan saya masuk 5 minggu - bayi sekarang besar mana?

Tahukah anda salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah otak dan saraf tulang belakang janin sedang berkembang? Sebab itu anda harus elak aktiviti bahaya!
Tahniah kerana sudah hamil hingga ke tahap ini! Kandungan anda sekarang sudah masuk 5 minggu. Anda tahu tak apa perkembangan janin 5 minggu ini?
Jom kita selidik apa yang terjadi ketika kehamilan mencecah usia 5 minggu.
Perkembangan janin 5 minggu: Berapa besar bayi anda sekarang?
Sebenarnya, saiz janin dalam perut itu sudah boleh diukur apabila masuk 5 minggu. Walaupun begitu, janin ini masih terlalu kecil.
Menurut sains, perkembangan janin 5 minggu sebesar berudu.
Apa perkembangan janin 5 minggu yang lain?
- Janin sedang bekerja kuat kini. Kebanyakan organ pentingnya (seperti buah pinggang dan hati) sedang berkembang
- Jantung janin sedang membahagikan laluan dan akan mula mengepam darah kelak
- Usus janin juga sedang berkembang dengan apendiks kini di tempat yang sepatutnya
- Tiub saraf di mana otak, saraf tunjang, saraf dan tulang belakang bayi juga sedang berkembang
- Akan ada empat isi kecil yang mula tumbuh dan ia akan jadi kaki dan tangan janin
Perkembangan janin 5 minggu: Simptom kehamilan pada ibu
Walaupun perut anda masih belum membesar, tapi salah satu perkembangan janin 5 minggu ialah badan anda akan mula menghantar signal ada sesuatu yang "berubah".
Contohnya seperti
- Payudara anda mula sakit dan anda mengalami morning sickness
- Anda akan kerap kencing
Perkembangan janin 5 minggu: Penjagaan penting
Jangan stresskan diri. Anda perlu banyak berehat dan bertenang.
Bawa berbincang dengan suami jika kalian ingin berkongsi berita gembira tentang kehamilan ini dengan keluarga atau sahabat.
Checklist penting
- Dapatkan sejarah perubatan anda dan suami. Doktor akan tanya jika ada sebarang penyakit kronik dalam keluarga yang boleh menjejaskan bayi atau anda
- Anda juga perlu lebih teliti dengan gaya hidup dan kerja anda sekarang
- Jangan buat aktiviti yang mampu membawa bahaya
Minggu sebelumnya: Minggu ke - 4
Minggu seterusnya: Minggu ke - 6