X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Berkahwin Itu Mudah Tetapi Untuk Mengekalkannya Itu Tidak Senang, Seeloknya Baca Doa Pengantin Baru Ini Untuk Kesejahteraan Perkahwinan Berpanjangan

5 min bacaan
Berkahwin Itu Mudah Tetapi Untuk Mengekalkannya Itu Tidak Senang, Seeloknya Baca Doa Pengantin Baru Ini Untuk Kesejahteraan Perkahwinan Berpanjangan

Doa pengantin baru ini boleh diamalkan oleh pasangan mempelai dan dibaca oleh tetamu yang terdekat agar perkahwinan diberkati oleh Allah SWT.

Debaran ketika melangkah ke alam perkahwinan pasti dirasai oleh setiap pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Dalam kesibukan membuat persediaan pernikahan, ada baiknya sekiranya kita amalkan doa pengantin baru minta dipermudahkan segala urusan supaya diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Doa pengantin baru bukan sahaja boleh diamalkan oleh bakal pengantin, malah mereka yang terdekat seperti keluarga dan sahabat handai serta kenalan rapat boleh sama-sama berdoa mohon kelancaran majlis.

Berikut adalah antara doa majlis perkahwinan yang boleh diamalkan oleh pengantin dan juga tetamu yang bakal menghadiri majlis perkahwinan dalam masa yang terdekat. 

Isi Kandungan

  • Doa Untuk Pengantin Baru
    • 1. Doa Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah
    • 2. Doa Pengantin Baru Yang Ringkas
    • 3. Doa Untuk Pengantin Baru Untuk Memohon Terhindar Dari Kejahatan
    • 4. Doa Selamat Pengantin Baru Dalam Bahasa Melayu
    • 5. Doa Perkahwinan Selepas Majlis
    • 6. Doa Ketika Diundang Ke Majlis Perkahwinan  
  • Doa Yang Boleh Dibaca Oleh Pasangan Suami Isteri
    • 1. Doa Untuk Suami Ketika Selesai Akad Nikah
    • 2. Doa Berjimak (Sebelum Bersetubuh)
    • 3. Doa Memohon Keturunan Yang Soleh Dan Solehah

Doa Untuk Pengantin Baru

doa pengantin

1. Doa Untuk Pasangan Yang Baru Bernikah

بَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Bacaan Rumi: Barakallahu laka wa ‘alaika. Wajama’a bainakuma fii khair

Maksudnya:  “Semoga Allah memberkati pernikahan ini dalam segala hal yang baik dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”

2. Doa Pengantin Baru Yang Ringkas

doa pengantin baru

Bacaan Rumi: Barakallahu likulli waahidin minnaa fii soohibihi

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati setiap daripada kita pada temannya.”

3. Doa Untuk Pengantin Baru Untuk Memohon Terhindar Dari Kejahatan

doa pengantin baru

Bacaan Rumi: Allahumma inni as aluka khairoha. Wa khairo Maa Jabaltaha ‘Alaihi. Wa a’uzububika min syarriha. Wa syarri maa jabaltaha ‘alaihi

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada Mu kebajikan dan kebaikan yang terdapat didalamnya dan aku berlindung dengan Mu dari segala kejahatan yang ada padanya.”

4. Doa Selamat Pengantin Baru Dalam Bahasa Melayu

“Ya Allah Ya Rahman, Semaikanlah di atas kedua pasangan pengantin dengan perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur kedua-duanya di dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan berlapang dada. Dan, himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa qana’ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah mereka keturunan yang soleh dan solehah dan limpahkanlah Ya Allah kepada mereka nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari segala fitnah. Jauhilah keduanya dari perangai buruk dan kurniakanlah keduanya dalam peliharaan Mu dan keredhaan Mu Ya Allah.”

“Ya Allah, satukanlah hati. Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu. Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin.”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”

“Ya Allah, Ya Tuhan Ku, Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Andainya Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”

5. Doa Perkahwinan Selepas Majlis

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ، وَبَاِرِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ

Bacaan Rumi: Allahummaghfirlahum, war hamhum, wa bariklahum, fi ma rozaqtahum

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berkatilah mereka dengan limpahan rezeki-Mu.”

6. Doa Ketika Diundang Ke Majlis Perkahwinan  

اَللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي، وَاسْقِ مَنْ سَقَانِي

Bacaan Rumi: Allahumma at’im man at’amani, was ki man sakani

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah makan kepada orang yang telah memberi makan kepadaku, dan berkahilah minum kepada orang yang telah memberi minum kepadaku.”

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Doa Yang Boleh Dibaca Oleh Pasangan Suami Isteri

doa

1. Doa Untuk Suami Ketika Selesai Akad Nikah

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Bacaan Rumi: Allaahumma innii as’aluka khairahaa wa khaira maa jabaltahaa ‘alaihi, wa a’uudzubika min syarrihaa wa syarri maa jabaltahaa ‘alaihi

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya (isteri) serta kebaikan apa yang telah Engkau berikan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan (isteri) serta keburukan apa yang Engkau timpakan kepadanya.” 

2. Doa Berjimak (Sebelum Bersetubuh)

بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Bacaan Rumi: Bismillah, allahumma jannibnaasy syaithoona wa jannibisy syaithoona maa rozaqtanaa

Maksudnya: “Ya Allah, Ya tuhanku, hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”

3. Doa Memohon Keturunan Yang Soleh Dan Solehah

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

Bacaan Rumi: Robbi hab lii mil ladungka zurriyyatang thoyyibah, innaka samii’ud du’aaa`

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar .”

 

Taqwa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik

Baca juga: Selalu Dipanggil Untuk Baca Doa Di Depan Orang Ramai?Ini Doa Majlis Ringkas Untuk Dibacakan

Baca juga: 5 Doa Selamat Ringkas Dalam Bahasa Rumi Berserta Maksud

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Berkahwin Itu Mudah Tetapi Untuk Mengekalkannya Itu Tidak Senang, Seeloknya Baca Doa Pengantin Baru Ini Untuk Kesejahteraan Perkahwinan Berpanjangan
Kongsikan:
  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

    Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

    Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham