Setiap ibu bapa tentunya ingin memiliki anak yang pintar dan cerdas bukan? Sebab itu ramai ibu bapa menyedari tentang manfaat belajar bahasa asing kepada anak terutama dalam dunia yang serba moden kini.
Walaupun anda tahu manfaat belajar bahasa asing tapi bilakah waktu yang sesuai untuk mengajar mereka bahasa kedua ini?
Kalau nak tahu sebernarnya belajar bahasa asing sejak masih kecil boleh memberikan banyak kelebihan kepada anak seperti di bawah:
- Kajian menunjukkan anak yang belajar lebih dari satu bahasa cenderung memiliki sifat kreativiti dan fleksibel dalam berfikiran.
- Mendengar dengan lebih baik
- Biarkan anak mengenali budaya baru
- Meningkatkan kerja otak dengan lebih baik
Manfaat belajar bahasa asing, bila patut ajar anak bahasa kedua?
Walaubagaimanapun, setiap anak dilahirkan dengan kemampuan untuk mengenali
suara yang didengari pada persekitarannya.
Oleh itu, jika anda ingin anak fasih berbahasa asing semasa dewasa, maka bahasa ini perlu diajar pada mereka semasa di usia masih kecil lagi.
Apatah lagi, jika keluarga berasal daripada bilingual, perkara ini mungkin jadi lebih mudah untuk anak mempelajari sesuatu yang baru kerana sudah terbiasa dengan bahasa tersebut sampai besar.
Jadinya, bilakah waktu yang sesuai untuk ajar mereka bahasa asing? Jawapannya adalah semasa di usia pra sekolah iaitu tiga tahun pertama dalam kehidupan anak yang dipercayai merupakan waktu sesuai untuk si kecil mempelajari bahasa kedua ini.
Fasa ini dinilai disebabkan otak anak akan membentuk pemikiran dan perilaku hingga boleh mempelajari sesuatu bahasa yang didengari yang ada di sekitarnya.
Selain daripada itu, dalam meniti usia 3 hingga 4 tahun ini anak akan memiliki kemampuan semulajadi untuk belajar sehingga membuatkan bahasa asing adalah keputusan terbaik untuk diperkenalkan kepada mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Harvard University telah membuktikan bahawa mengajar anak bahasa asing sejak dari awal mungkin mendorong mereka berfikiran lebih kreatif dan kritis.
Sebab itulah, kemampuan mendengar perkataan dalam bahasa yag berbeza boleh dimulai sejak 3 tahun yang merupakan masa yang paling terbaik.
Berikut merupakan cara tepat untuk ajar anak bahasa asing seperti di bawah:
#1. Bermula dari rumah
Ibu bapa menjadi tonggak utama untuk anak mempelajari sesuatu termasuklah penguasaan dalam bahasa asing.
Jika diajar sejak dari kecil, ia lebih memudahkan mereka menyerap bahasa tersebut apabila mendengarnya daripada ibu bapa.
Antara cara yang boleh dilakukan seperti melalui buku berwarna yang menarik, menonton kartun dalam bahasa inggeris dan membacakan buku cerita dongeng dalam bahasa tersebut sebelum tibanya waktu tidur.
Ini sekaligus dapat membantu anak belajar bahasa asing dengan lebih mudah.
#2. Satu perkataan setiap waktu
Cara lain yang boleh dilakukan seperti menempelkan kertas berwarna warni di setiap penjuru rumah dengan bahasa asing tersebut supaya mudah dilihat oleh anak.
Selain itu, anak akan belajar sambil melakukan aktiviti yang menyenangkan misalnya bermain atau bergambar.
Tanpa sedari, kosa kata dalam bahasa asing itu bertambah baik dan meningkat setiap hari.
#3. Mengikuti kursus bahasa asing untuk anak
Boleh dikatakan sekarang banyak kursus bahasa asing yang menyediakan program belajar bahasa untuk anak.
Jika anak telah menunjukkan tarikannya pada bahasa asing tersebut tidak ada salahnya untuk mendaftarkan mereka dengan bahasa kedua itu.
Buat pilihan kelas untuk anak seperti belajar melalui lagu, seni, permainan atau aktiviti yang menyenangkan hingga menghindari mereka dari berasa bosan.
#4. Nikmati proses belajar
Walaubagaimanapun jangan terlalu obses untuk anak belajar atau menguasai semua bahasa dengan cepat.
Biarkan mereka belajar secara perlahan-lahan tanpa ada sebarang paksaan dan ugutan.
Selain itu, hindari memarahi anak jika mereka melakukan kesalahan semasa mempelajari bahasa asing tersebut dan jangan lupa berikan pujian jika mereka berjaya melakukan sesuatu pencapaian semasa proses belajar itu.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.combelajar-bahasa-inggeris-untuk-kanak-kanak