Pertumbuhan dan perkembangan anak sangatlah penting kerana ia bergantung pada usaha yang dilakukan oleh ibu bapanya. Sebab itu ada banyak manfaat bermain bersama anak ini yang boleh mengembangkan perkembangan mereka dengan lebih sempurna.
Seperti yang kita sedia maklum, usia anak semasa kanak-kanak ini lebih mudah terkena berbagai masalah baik dari segi kesihatan ataupun kecederaan fizikal yang muncul semasa mereka bermain.
Meskipun itu, masalah ini dapat diatasi sekiranya ibu ayah memberi ruang dan waktu untuk manfaat bermain bersama-sama anak.
Dalam membesarkan anak, ibu bapa harus memerhatikan aktiviti dan tingkah laku si kecil agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik juga sihat.
Salah satu aktiviti utama yang boleh dilakukan adalah bermain bersama mereka dan bukan setakat membelikan alat mainan baru sahaja. Gunakan apa yang sedia ada sudah memadai, yang pasti anda main bersama.
Mainan bagi anak menjadi peranan yang cukup penting bagi proses pertumbuhan yang tidak boleh diabaikan.
Apatah lagi jika anda bermain bersama mereka lebih banyak mendatangkan manfaat kepada anak berbanding membiarkan si kecil bermain seorang diri.
Nak tahu apa manfaat bermain bersama anak? Ini huraian lanjut untuk anda.
Manfaat bermain bersama ibu bapa
Penjelasan pertama ini akan menguraikan tentang manfaat ibu bapa bermain dengan anak seperti :
#1. Boleh menjaga anak
Manfaat bermain bersama ibu bapa adalah membantu dalam menjaga anak-anak. Ini kerana dalam usia sebegitu si kecil kekadang belum dapat membezakan mana satu aktiviti yang berbahaya dan mana yang tidak.
Sebab itu, dengan bermain bersama anak, maka ibu bapa dapat menjaga mereka dari sebarang risiko berbahaya di sekitar anak ketika bermain seperti terjatuh dan sebagainya.
#2. Fahami perilaku anak
Manfaat lain adalah membantu memahami perilaku anak dengan lebih mendalam.
Pemahaman terhadap kebiasaan sikap yang dimiliki oleh anak sangat penting dan berguna bagi ibu bapa untuk menjaga perkembangan si kecil dalam kondisi yang sihat.
Mengajak anak bermain juga membantu dalam cara mendidik anak dengan lebih baik.
#3. Perkembangan bakat si kecil
Setelah ibu bapa bermain bersama anak, anda berpeluang mengetahui bakat yang dimiliki anak tersebut.
Dengan mengetahui bakat pada anak maka ibu bapa dapat membantu mengembangkan kemampuan yang dimiliki supaya menjadi lebih baik.
Contohnya bermain bola, lukis-lukis, main cikgu-cikgu dan sebagainya.
#4. Meningkatkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak
Manfaat lain dari aktiviti bermain bersama anak adalah membantu membangunkan hubungan kekeluargaan yang baik antara ibu bapa dengan anak.
Bermain juga meningkatkan hormon bahagia pada anak-anak sehingga membantu menjaga anak supaya gembira dan ceria.
Bahkan, mengajak anak bermain merupakan salah satu usaha dalam mengatasi anak hiperaktif.
Manfaat anak bermain dengan rakan seusia
Selain bermain bersama ibu bapa, anda juga boleh menggalakkan mereka bermain dengan teman seusianya. Berikut manfaat yang boleh diperolehi.
#5. Melatih komunikasi
Manfaat pertama adalah dapat melatih kemampuan komunikasi anak sehingga membantu mengatasi anak lambat bertutur dan sebagainya.
#6. Dapat bersosial dengan rakan sebaya
Apabila selalu bertemu dan bermain bersama rakan-rakannya, maka secara tidak langsung anak mudah bergaul dan memahami bagaimana cara bersosialisasi yang betul termasuklah bagaimana cara mengenalkan diri pada orang lain.
#7. Kaya dengan pengalaman
Pengalaman merupakan salah satu yang berharga bagi kehidupan anak kerana dapat membantu menjadikan mereka mempunyai kemampuan yang lebih dari pelbagai sudut.
Ini kerana aktiviti bermain bersama rakan sebaya dapat mengajarkan anak menemui perkara baru jika dibandingkan bermain seorang diri.
Apatah lagi, dengan bermain bersama rakan sebaya dapat menghindari anak dengan bahaya gadjet.
Inilah antara manfaat yang mereka boleh perolehi, semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hamil.Co
Gambar: Edu Center
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hati-Hati Sebelum Beli Permainan Anak, Semak 6 Perkara Ini Dulu