Ada banyak manfaat bersyukur yang harus diterangkan pada anak-anak. Sebab itu mereka harus dididik dengan rasa bersyukur sejak kecil.
Nasihat orang-orang tua dahulu selalu mengatakan agar kita tidak terlalu manjakan anak supaya mereka tahu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan.
Malah cabaran ibu bapa masa kini membesar dan mendidik anak sangat hebat kerana kita perlu berdepan dengan perkembangan teknologi yang kian canggih seperti gajet yang banyak mempengaruhi pemikiran anak.
Untuk itu, ibu bapa harus berfikir secara kreatif dan sentiasa menambah ilmu bagi merangka kaedah mendidik anak bersyukur yang selaras dengan perkembangan zaman kini.
Menurut Pengerusi Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) Dayang Lily Maznah Abang Muas, kasih sayang dan rasa syukur adalah dua nilai yang sangat penting untuk disemai dalam diri anak.
Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik kanak-kanak agar bersemangat untuk melakukan kebaikan serta belas kasihan kepada rakan lain yang kurang bernasib baik.
Sifat belas kasihan boleh dipupuk dengan mengajar anak untuk bersatu dan saling menyokong melalui perpaduan.
Manfaat bersyukur – 7 tips ajar cara bersyukur pada anak
Sebagai orang tua, ada ketikanya muncul keinginan untuk memanjakan anak. Tapi penting untuk mengajar anak manfaat bersyukur supaya mereka lebih menghargai.
Ini antara 7 tips mengajar anak-anak bersyukur agar mereka tahu apa itu manfaat bersyukur kelak:
#1. Beri contoh bersyukur
Anak-anak lebih mudah faham manfaat bersyukur ini apabila melihat contoh daripada kedua ibu bapanya. Contohnya seperti ibu bapa berterima kasih di atas pemberian orang dan tahu berkongsi sesuatu dengan yang lain.
#2. Ungkap hal yang disyukuri selama seminggu
Ketika berkumpul sekeluarga, cuba bermain untuk ucapkan rasa syukur dengan mengingati setiap perkara yang disyukuri selama seminggu.
Secara tak langsung, anda dapat ajar anak erti dan manfaat bersyukur yang sebenar dengan cara yang tidak terlalu serius.
#3. Fokus pada perkara yang buat kita bersyukur
Ucapkan rasa syukur pada sesuatu atau seseorang yang membuatkan anda rasa bahagia dalam hidup.
#4. Jangan bersyukur hanya untuk perkara yang baik saja
Jangan lupa ajar anak melihat hikmat atas kejadian yang kurang menyenangkan juga.
Contohnya dapat markah ujian yang kurang memuaskan tapi ucapkan juga rasa syukur kerana anak masih berpeluang memperbaiki kesilapan dalam ujian peperiksaan itu.
#5. Tulis perkara yang disyukuri
Minta anak tulis apa perkara yang disyukuri setiap hari dalam satu kertas dan bacanya di hadapan anda.
#6. Bantu orang lain
Cara ajar anak bersyukur yang lain adalah dengan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Misalnya menghadiri majlis amal tertentu dengan mengajak anak-anak sekali. Mereka sekaligus dapat membuka mata mereka untuk menghulurkan bantuan pada insan lain.
#7. Dedahkan sifat prihatin dan bersyukur
Kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan sifat prihatin dan bersyukur dengan apa yang mereka ada dalam kehidupan seharian supaya sentiasa ingat nasib kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Semoga bermanfaat dan tag anak anda yang ada FB!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Berita satu, Harian Metro, theAsianparent Indonesia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commendidik-anak-sebelum-usia-5-tahun/