5 Manfaat Bulu Kemaluan Untuk Kesihatan Yang Anda TAK TAHU Selama Ini

Tahukah anda bulu kemaluan sebenarnya memberi beberapa kelebihan kepada anda? Semak artikel bagi mengetahui 5 manfaat bulu kemaluan.

Manfaat bulu kemaluan pada kesihatan wanita sememangnya satu perkara yang jarang diperkatakan!

Kebanyakkan iklan menonjolkan bahagian sulit yang bersih dari bulu, berbau wangi dan cerah adalah penting dalam kehidupan. Tetapi tahukah bulu yang tumbuh di sekitar kawasan intim sebenarnya mempunyai manfaat bagi kesihatan anda?

Manfaat Bulu Kemaluan: Bulu Kemaluan Ada Fungsi Tertentu

Ada wanita yang memilih untuk mencukur keseluruhan bulu kemaluan, namun ada yang sekadar trim untuk mengemaskan bulu sahaja.

Menurut petikan dari Glamour, Jacqueline M. Walters, M.D., seorang dokter OB/GYN, adanya bulu di kawasan sulit memang mempunyai tujuan tertentu.

“Bulu di kawasan vagina memberikan perlindungan terhadap gesekan yang dapat menyebabkan kerengsaan dan cedera kulit sekitar kemaluan, melindungi dari bakteri dan patogen yang tidak diingini, dan paling utama, ia merupakan tanda bahwa seorang remaja wanita sudah akil baligh, jadi tidak usah malu,” jelasnya.

Manfaat Bulu Kemaluan Yang Perlu Anda Tahu

Apakah manfaat bulu kemaluan kepada wanita? Jom tengok senarai di bawah.

Manfaat Bulu Kemaluan #1: Penarik Daya Seksual

“Wujudnya bulu kemaluan ada 2 sebab,” jelas Alyssa Dweck, M.D., seorang ahli ginekologi di Westchester County, N.Y., dan juga merupakan  pembantu profesor klinik di Hospital Mount Sinai. “Pertama, bulu kemaluan dapat memainkan peranan dalam mengawal suhu, tetapi yang lebih penting, bertujuan untuk memerangkap aroma feromon dari keringat alami kita, untuk daya tarikan seksual anda untuk pasangan anda,” jelasnya.

Manfaat Bulu Kemaluan #2: Memastikan Vagina Dalam Keadaan Bersih

Bulu kemaluan mencegah kotoran dan kuman daripada memasuki vagina. Selain itu, bulu kemaluan membuat alat sulit kita sentiasa dalam keadaan ‘hangat’.

“Bulu kemaluan juga dapat mewujudkan ‘bantal’ yang melegakan ketika melakukan hubungan intim, semasa memakai seluar dalam, serta ketika anda melakukan aktiviti lain yang menekan bahagian sulit anda. ” kata Dr. Sherry Ross, M.D., seorang pakar ob-gyn dan wanita.

Manfaat Bulu Kemaluan #3 Mengurangkan Risiko Penyakit Seksual

Bulu  kemaluan yang bersih akan membantu menurunkan kemungkinan jangkitan keputihan dan risiko jangkitan penyakit seksual.

National Library of Medicine di Amerika Syarikat melaporkan, satu kajian telah membuktikan orang yang mencukur atau mencabut bulu kemaluan memiliki risiko penyakit seksual yang tinggi.

Ini mungkin disebabkan fakta yang mengatakan mencukur atau mencabut bulu kemaluan boleh menyebabkan luka terbuka yang sangat kecil di kulit, namun boleh memudahkan jangkitan.

Secara fizikalnya, bulu kemaluan juga dilihat dapat menghalang penularan jangkitan.

Manfaat Bulu Kemaluan #4: Mengurangi Peluh dan Bau

Kita semua akan melakukan yang terbaik untuk menjaga diri kita tetap berbau wangi atau setidaknya tidak berbau di hadapan orang lain.

Bagi mengelakkan badan dari berbau, salah satu caranya adalah membiarkan tubuh kita dalam keadaan kering dan ini termasuklah di bahagian vagina.

Bulu kemaluan adalah cara semulajadi untuk menjaga bahagian kemaluan untuk tetap kering.  Bagi menjaga bahagian intim anda dari berpeluh, biarkan bulu kemaluan anda tumbuh untuk menyerap peluh dan keringat.

Manfaat Bulu Kemaluan #5: Menjaga Suhu Tubuh

Manusia mempunyai bulu di bahagian tubuh dengan fungsi yang tertentu. Ini bermaksud setiap bahagian manusia yang mempunyai bulu atau rambut sebenarnya mempunyai tujuan yang khusus dalam menjaga tubuh anda.

Menurut Universiti Dartmouth, salah satu fungsi ini adalah pengaturan suhu tubuh. Bahagian celah kangkang sebenarnya lebih hangat dari bahagian tubuh yang lain maka pada suhu terlalu panas, bulu vagina dapat membantu menyeimbangkan lonjakan suhu tubuh.

Wah, ternyata bulu kemaluan mempunyai kelebihan kepada kita ya! Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Penulis

Beto Rahman