Ciuman Bibir Bukan Hanya Hilangkan Stres Tapi Bantu Hindari Gigi Berlubang!

Bercumbu adalah aktiviti yang sangat disukai oleh suami isteri sebelum memulakan posisi yang lebih ghairah. Apatah lagi dengan berciuman ini memiliki banyak manfaat pada anda, Ketahuinya di sini....

Berciuman memang menjadi aktiviti pertama yang selalu dilakukan suami isteri sebagai pemanas badan sebelum aktiviti ranjang dimulakan. Malah, manfaat ciuman bibir ini boleh menambahkan rasa ghairah pada isteri untuk memulakan sentuhan yang seterusnya.

Namun, ramai juga yang kata berciuman boleh menularkan pelbagai penyakit. Akan tetapi kalau anda nak tahu dengan bercium juga memberi banyak manfaat kepada pasangan suami isteri.

Manfaat ciuman bibir dapat mencegah kerosakan gigi, benarkah?

Banyak penelitian membuktikan bahawa berciuman memiliki kesan yang baik pada kesihatan. Malah ia tidak hanya menghilangkan stres dan membakar kalori tapi ciuman juga dipercayai dapat mencegah kerosakan gigi termasuklah gigi berlubang.

Walaupun menggosok gigi secara teratur adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan gigi namun dengan ciuman juga dapat membantu kesihatan di bahagian tersebut.

Air liur sebagai pelindung semulajadi

Sebenarnya air liur adalah pelindung semulajadi atau alami yang baik kerana semasa sekresi dan kontak dengan gigi, air liur akan menghasikan asid yang terbentuk dari partikel makanan di mulut dan di antara gigi. Tapi asam ini
berpotesi mendatangkan bahaya pada enamel gigi.

Dalam pada itu, air liur juga mengandungi senyawa yang membunuh bakteria dalam mulut. Ini kerana bakteria yang tertinggal di celahan gigi akan merosakan enamel gigi sekaligus menyebabkan gigi berlubang.

Selain daripada itu, air liur juga kaya dengan kalsium dan fosfat. Di mana kalsium ini adalah bahan utama dalam pembentukan gigi.

Manakala, kombinasi kalsium dan fosfat dalam air liur dapat membangunkan kembali celahan gigi yang enamelnya telah memudar.

Justeru, untuk menjaga air liur yang sihat, anda perlu menjaga mulut dengan baik dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat dan tinggi nutrisi.

Sekaligus ia membantu nafas menjadi segar dan ghairah untuk berciuman dengan pasangan lebih nikmat.

Manfaat ciuman bibir - 9 fakta menarik yang anda patut tahu!

Maklumat ini dikongsikan sendiri oleh doktor gigi yang ternama di New York, Dr Jeff Golub- Evans, Dr Emanuel Layliev dan Dr Mickey Bernstein.

#1. Para ilmuwan menjelaskan ciuman ini sudah dilakukan sejak manusia lahir ke dunia lagi seperti seorang ibu yang mencium bayi yang baru dilahirkan. Kemudian, raja sehari akan mula berciuman pada saat malam pertama mereka. 

#2. Bercium juga menjadi salah satu budaya yang diamalkan di seluruh dunia bagi menunjukkan kasih sayang, ucapan terima kasih, menghargai seseorang dan sebagainya. Semuanya demi menjaga ukhwah sesama manusia. 

#3. Ciuman membuatkan sistem kekebalan tubuh menjadi lebih baik. Dalam kajian oleh ahli biologi evolusi, Claus Wedekind dari University of Lausanne di Swiss melaporkan bahawa ciuman boleh mencampurkan gen yang dapat
menghasilkan keturunan dengan sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat.

#4. Saat berciuman, seseorang individu itu akan mengeluarkan hormon dopamin yang berkaitan dengan perasaan bahagia, dihargai dan istimewa.

#5. Dengan melakukan aktiviti bercium dapat mengurangkan stres, menurunkan tekanan darah dan menstabilkan respon imun badan.

#6. Lelaki lebih suka bereksplorasi ciuman dengan menggunakan lidah berbanding wanita. Pendek kata, semasa bercium lelaki suka bermain dengan lidah dengan pasangannya. 

#7. Pertukaran air liur dapat memberikan keuntungan reproduksi kepada lelaki. Malah mereka lebih mudah ghairah terhadap seks dan ingat cepat melakukan hubungan badan. 

#8. Wanita pula lebih suka fokus kepada bau dan mulut lelaki semasa berciuman. Menurut ahli psikologi, wanita akan memutuskan untuk berciuman selepas memastikan mulut, nafas dan gigi pasangan tidak berbau.

#9. Namun begitu, dengan ciuman juga dapat meningkatkan penyakit berjangkit yang berada dalam air liur yang mengandungi bakteria.

Kesimpulannya, sebelum melakukan ciuman dengan pasangan sebaiknya anda menggosok gigi terlebih dahulu, menghindari makanan yang berbau seperti jering, petai, budu, durian dan sebagainya. 

Semuanya agar dapat mengelak bau mulut sekaligus aura untuk melakukan seks lebih ghairah dan menggiurkan perasaan anda. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Kepoid

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ciuman Mulut Ke Mulut Dapat Bantu Rapatkan Hubungan Suami Isteri Agar Lebih Mesra