DHA Untuk Anak – Bagus Atau Tidak? Adakah Anak Benar-Benar Memerlukannya?
DHA adalah salah satu asid lemak omega-3 yang paling aktif secara biologi dan ia juga merupakan lipid utama di otak yang diakui penting untuk fungsi otak normal.
90 peratus perkembangan otak berlaku sebelum usia lima tahun, yang mana ini adalah tempoh keemasan untuk otak anak anda tumbuh dan berkembang pesat.
Oleh itu, Asid dokosaheksaenoik (DHA)1, memainkan peranan sebagai bahan yang sangat penting untuk menyokong perkembangan otak anak-anak dalam tempoh ini.
DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum. Kajian aktiviti otak melaporkan manfaat suplemen DHA berkait rapat dengan perkembangan kognitif, tingkah laku dan prestasi anak di sekolah.
3 mitos mengenai DHA yang perlu anda tahu
Walaupun ramai yang tahu mengenai kepentingan DHA dalam perkembangan otak anak, tetapi ada juga yang mungkin tidak tahu kepentingannya.
Malah, mungkin ada yang biasa dengar mitos berkaitan DHA sekaligus membuatkan mereka takut sekiranya anak mendapat DHA berlebihan.
#1. Mitos 1: Mungkin ada segelintir ibu bapa yang pernah mendengar bahawa pengambilan DHA berlebihan akan menyebabkan hiperaktif bagi anak. Adakah itu benar?
Kajian menunjukkan bahawa tahap DHA2 yang lebih rendah dikaitkan dengan risiko autisme dan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Itulah sebab utama mengapa DHA penting dalam pemakanan kanak-kanak dan mengapa anda selalu melihatnya disebut sebagai salah satu kandungan dalam kebanyakan susu formula kanak-kanak.
90 peratus perkembangan otak anak berlaku pada usia 1 hingga 5 tahun. Oleh sebab itu, ini adalah masa yang terbaik untuk ibu bapa fokus dalam menyokong perkembangan otak mereka.
#2. Mitos 2: Adakah ini bermakna bahawa semakin tinggi tahap DHA, semakin baik perkembangan otak anak?
Lebih banyak tidak semestinya bermaksud yang terbaik, tetapi kuncinya adalah mendapatkan jumlah yang secukupnya antara 100-150 mg sehari untuk anak yang disyorkan oleh pakar global^.
Tahap DHA yang disarankan ini penting untuk perkembangan optimum otak anak.
Ikan berlemak seperti ikan salmon, sardin, trout, tenggiri dan tuna, merupakan sumber DHA yang sangat baik. Anda digalakkan untuk memberi jenis-jenis ikan ini dalam diet anak anda untuk meningkatkan pengambilan DHA mereka.
Pertimbangkan makanan tambahan seperti susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan DHA mengikut saranan pakar global jika anak anda tidak selalu makan ikan atau makanan lain yang tinggi dengan DHA.
#3. Mitos 3: ibu bapa juga mungkin pernah mendengar tentang pelbagai jenis omega-3 seperti ALA, EPA dan DHA. Adakah semua omega-3 ini sama?
Tidak semua omega-3 sama. Asid alfa linolenik (ALA) adalah asid lemak omega-3 yang paling biasa dalam makanan anda.
Kebanyakannya terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan dan merupakan pelopor penting EPA atau DHA3 . Walau bagaimanapun, proses penukaran ini tidak cekap dalam tubuh manusia. Hanya sebilangan kecil ALA yang ditukar menjadi EPA – dan lebih sedikit lagi menjadi DHA.
Kanak-kanak di Malaysia mungkin tidak mendapat cukup DHA dalam diet mereka untuk perkembangan otak yang optimum
Pilihan makanan yang kaya dengan DHA adalah terhad dan hanya banyak terdapat pada ikan berlemak seperti ikan salmon, tuna, dan ikan kod, yang kurang diambil oleh kanak-kanak Malaysia dalam diet harian mereka.
Ada pelbagai jenis ikan yang biasa dimakan oleh anak-anak Malaysia seperti kembung, siakap, dan tenggiri4. Namun ikan-ikan ini hanya dapat menyediakan 5-8% dari keperluan DHA harian mereka5.
Jadi, susu formula kanak-kanak yang memenuhi tahap DHA^ disyorkan oleh pakar global mungkin perlu dipertimbangkan dalam membantu menyediakan DHA yang mencukupi untuk perkembangan otak yang optimum. Dengan cara itu, ibu bapa juga dapat menarik nafas lega kerana anak-anak sentiasa dilengkapkan dengan pemakanan berkhasiat yang menpunyai DHA mencukupi.
Nutrien lain seperti MFGM (membran globul lemak susu) yang terdapat dalam otak juga penting. Kajian mendapati bahawa MFGM mampu mengurangkan bilangan hari yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang demam*. Semua ibu bapa tahu bahawa jika anak-anak yang sihat akan lebih banyak belajar.
Oleh sebab itu, ibu bapa disarankan untuk meneliti tahap DHA dan kandungan utama pembinaan otak dalam susu formula kanak-kanak sebelum membeli. Agar anda akan lebih tenang dan yakin anak anda mendapat tahap DHA^ yang disyorkan oleh pakar peringkat global bagi menyokong perkembangan otak yang optimum.
Enfagrow A+ MindPro – Satu-satunya susu formula kanak-kanak yang menepati saranan pakar global▲
Kami mempunyai formula yang dapat menyokong keperluan nutrisinya, dan pelbagai rangkaian produk Enfagrow A+ MindPro yang diformulasi secara saintifik mengikut keperluan di setiap peringkat perkembangan anak anda.
Enfagrow A+ MindPro, jenama #1 yang disarankan oleh pakar Malaysia** merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi MFGM dan tahap DHA▲ yang disarankan oleh pakar global^.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa MFGM dan DHA membantu mengurangkan hari sakit* dan memberikan manfaat dua kali manfaat kepada hubungan sel otak#. Apabila anak anda sihat dan kuat, dia dapat menikmati lebih hari pembelajaran. Enfagrow A+ MindPro boleh didapati untuk anak 1 tahun dan ke atas.
Pilih nutrisi yang tepat untuk anak anda hari ini bagi menyokong si manja dengan badan yang sihat dan minda yang cerdas. Anda juga boleh dapatkan Enfagrow A+ MindPro hari ini yang boleh didapati di pasar raya besar, pusat perubatan Cina & kedai barangan bayi dan juga laman rasmi Enfagrow A+ MindPro (Lazada atau Shopee). Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web rasmi: https://www.enfagrow.com.my/
Lazada Official Stores: di sini
Shopee Official Stores: di sini
Rujukan:
- US National Library of Medicine, National Institute of Health (2013, July 19). The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/
- SpringerLink. (2012). Brain Development During the Preschool Years. https://link.springer.com/article/10.1007/s11065-012-9214-1
- National Library of Medicine, National Center for Biotechnology Information (2007, January). The protective effects of omega-3 fatty acids against MK-801-induced neurotoxicity in prefrontal cortex of rat. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16971021/
- Siti Aminah, Zailina, Fatimah. Health Risk Assessment of Adolescence and Children Consuming Commercial Fish Contaminated with Formaldehyde. Asia Pacific Environmental and Occupational Health Journal (ISSN 2462-2214); Vol 2 (2): 31 -42, 2016
- Wan Rosli W. I., Rohana, A. J. Et al. Fat content and EPA and DHA levels of selected marine, freshwater fish and shellfish species from the east coast of Peninsular Malaysia. International Food Research Journal,19 (3): 815-821 (2012)
^FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA diet harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA + EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun. Rujukan: FAO 2010. Lemak dan asid lemak dalam pemakanan manusia. Laporan perundingan pakar. Kertas Makanan dan Pemakanan FAO No.91. FAO: Rome. Enfagrow A+ Mindpro memberikan 120mg DHA dengan setiap 3 hidangan sehari (Hanya Langkah 3 dan Langkah 4)
▲Berbanding dengan jenama susu pertumbuhan utama di pasaran pada July 2021. Enfagrow A+ MindPro (S3 dan S4 sahaja), Enfagrow A+ MindPro Gentlease dan Enfagrow All MindPro membekalkan 120mg, 105mg dan 105mg DHA dalam 3 hidangan sehari.
#Hussain, G et al. Lipids Health Dis 18, 26 (2019) & Kuratko CN, et al. Nutrients. 2013;5(7):2777-2810
*Veereman-Wauters G, et al. Nutrition. 2012;28:749–752.
**Berdasarkan 2020 MJN HCP Brand Health Tracker – Wave 1 Report.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain