Manfaat Menggunakan Cloth Diaper Yang Ramai Tak Tahu

Ramai ibu bapa zaman sekarang sudah mula bertukar kepada cloth diaper yang mempunyai banyak manfaat untuk mereka dan anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa zaman sekarang sudah mula bertukar kepada cloth diaper yang mempunyai banyak manfaat untuk mereka dan anak mereka.

Selain daripada menyumbang kepada pengurangan sisa buangan dan tempat pelupusan sampah, kos penggunaan cloth diaper jauh lebih menjimatkan berbanding dengan kos penggunaan lampin pakai buang.

Mesra Alam

Pengerusi Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia D.L.Ho telah memberitahu StarMetro bahawa kira-kira3.5 bilion lampin pakai buang, dibuang setiap tahun ke tapak pelupusan sampah di Malaysia.
 
Sebagai pengguna cloth diaper, keluarga anda tidak akan menyumbang ke statistik ini. Tahukah anda lampin pakai buang mengambil masa lebih daripada 200 tahun untuk mereka mengurai?

Kulit Bayi Yang Lebih Sihat

Sebab yang paling biasa untuk ruam lampin adalah kelembapan yang berlebihan pada kulit. Lampin bayi sepatutnya perlu ditukar setiap 3-4 jam, tidak kira apa jenis lampin mereka pakai untuk mengelak dari mendapat ruam lampin [Shin, H.T. 2005. Diaper dermatitis that does not quit. Dermatologic Therapy, 18: 124-135.].

Lampin pakai buang selalu dipasarkan sebagai produk yang lebih baik kerana ia boleh tahan lebih lama. Tetapi tanpa disedari, kerana ingatkan ia tahan lebih lama, ibu bapa membuat kesilapan dengan hanya menukarkan lampin anak selepas ia sudah penuh. Cloth diaper tidak mempunyai SAP (super absorbent polymer) gel seperti lampin pakai buang dan ibu bapa digalakkan untuk kerapkan tukar cloth diaper anak mereka. 

Selesa dan cantik!

Sumber : Moosh in Indy

Lampin pakai buang dibuat daripada bahan sintetik, dan kain lampin dibuat daripada gentian semulajadi seperti buluh dan kapas yang lembut serta selesa. Bahkan fabrik buluh mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang semulajadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Corak pada pelapik kain lampin moden juga jauh lebih cantik. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan dari segi warna dan corak-corak yang comel. 

Senang untuk dicuci

Zaman dulu-dulu memang kena rendam dulu kain lampin. Tetapi zaman sekarang pakai mesin pun boleh. Kesan najis serta air kencing juga mudah hilang dan hanya perlu digosok sedikit sahaja dengan berus.

Sesetengah ibu bapa hanya perlu gunakan bidet tandas untuk menanggalkan najis dari cloth diaper dan terus ke dalam tandas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: moomookow.com

Saiz boleh laras

Ibu dengan senang boleh mengubah saiz cloth diaper mengikut saiz badan bayi dan tidak seperti lampin pakai buang yang satu size sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara untuk memilih Cloth Diaper yang paling sesuai

Sumber: Buzzfeed

Sebenarnya ibu bapa tidak perlu beli cloth diaper dengan banyak, tetapi macam mana hati tak gatal apabila coraknya comel-comel semua. Tunggu apa lagi? Bertukarlah ke cloth diaper. Lambat laun, ibu akan tewas juga dan mula mengumpul koleksi yang cantik dan banyak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Real Diapers, The Humbled Homemaker

Penulis

Rosanna Chio