Manfaat "Sensory Play" dan Resipi DIY Pasir Kinetic

Anda boleh DIY mainan seperti “flubber”, slime, kinetic sand, instant snow ataupun quicksand di rumah sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sensory play” bermaksud aktiviti yang meransang perkembangan deria sentuh, bau, rasa, penglihatan dan pendengaran. Aktiviti deria memudahkan penerokaan secara semula jadi dan menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan proses saintifik semasa mereka bermain, membuat, atau menyiasat.

“Sensory play” merangsang deria mereka dan membantu perkembangan kognitif, linguistik, sosial dan emosi, fizikal dan kreativiti anak anda.

“Sensory play” seperti bermain kinetic sand meransangkan deria sentuh dan penglihatan anak anda. ia juga boleh memupuk kreativiti dan daya imaginasi mereka.

Sensory play amat murah dan boleh dibuat sendiri (DIY), mainan seperti “flubber”, slime, kinetic sand, instant snow ataupun quicksand. Anda boleh DIY kesemuanya di rumah sendiri.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kelebihan “sensory play”, seperti disenaraikan di bawah:

Meningkatkan keyakinan

Sensory play berupaya mencabar anak anda untuk membantunya menyelesaikan masalah dan berupaya untuk menambah keyakinan mereka untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengajar anak-anak “self-control”

Walaupun kaedah “sensory play” kelihatan senang dan tidak menarik kalau dibandingkan dengan gadget tetapi ia boleh membantu anak supaya lebih tenang dan boleh mengajar mereka untuk mengawal perasaan and pemikiran mereka.

Mencetus kreativiti

Sensory play adalah cara yang baik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Hanya kanak-kanak sahaja boleh bayangkan apa yang boleh dibina dengan kinetic sand ataupun Play Doh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melatih skil sosial

Galakkan anak anda untuk bermain dengan rakan supaya ia dapat membantu anak anda untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi mereka. Ajarlah mereka bagaimana untuk bermain dengan rakan, ataupun kepentingan kesopanan bila berhadapan dengan orang yang lebih tua.

Membina kemahiran fizikal

Bermain dengan “doh” atau pasir dapat membantu perkembangan fizikal seperti koordinasi, stability dan juga “motor skills” anak anda. Mengguli doh menggunakan alatan, atau melukis dengan tapak tangan atau sayuran adalah sangat bagus untuk anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kinetic sand DIY 

1 cawan Pasir halus

1.5 tbsp tepung jagung

1tsp pencuci pinggan mangkuk

Seperti perlu Air

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perwarna makanan (jika perlu)

Cara-cara

Gaulkan semua bahan bahan.

Biarkan kering selama 1-2 jam.

MAIN!!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resipi untuk flubber/slime dari Craft For kids

Rencana dipetik dari Shaznur Stationery

Penulis

Michelle Goh