Minggu lalu, seorang wanita hamil telah dirompak oleh seorang pemandu Uber dan rakannya, berhampiran dengan pusat perniagaan One Puchong.
Mengikut laporan polis, wanita itu yang bernama Wong Mei Yan telah memesan perkhidmatan Uber dari Midvalley untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Pada mulanya, Wong tidak sedar terdapat penumpang lain di bahagian hadapan kereta itu, sehingga pemandu mula berbual dengan lelaki tersebut.
Apabila mereka berhampiran dengan One Puchong, lelaki itu telah tiba-tiba mengacu pisau ke arah Wong dan meminta barangan berharga daripadanya.
“Saya berasa takut dan mula menangis. Saya merayu kepada mereka untuk tidak mengapa-apakan saya, kerana saya mengandung,” kata Wong.
Disebabkan bimbang untuk keselamatan diri dan kandungannya, Wong telah menyerahkan semua barang kepunyaannya dan merayu untuk dilepaskan.
Kedua-dua suspek itu telah meninggalkan Wong ditepi jalan selepas mendapatkan semua barangan berharga.
Wong kemudian telah mendapat bantuan dari seorang pengguna jalan raya yang turut telah membawanya ke balai Polis untuk membuat laporan.
Polis cawangan Serdang berjaya menahan suspek yang dipercayai pemandu Uber pada malam itu dan mereka masih mencari suspek kedua yang telah dikenalpasti.
Tetapi pengalaman pahit ini tidak berakhir begitu sahaja. Dalam sidang akhbar pada hari Sabtu, 27 Mei, Wong mengumumkan yang dia telah mengalami keguguran, seminggu selepas kejadian samun itu.
Dia juga telah menyatakan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber atas tekanan emosi dan kerugian akibat kejadian itu.
Bolehkah ibu hamil keguguran akibat stress?
- rahim yang tidak normal
- tindak balas imun yang mengganggu implantasi
- ketidakseimbangan hormon
- masalah pembekuan darah
Tanggapan Salah Mengenai Keguguran
Peningkatan risiko keguguran tidak dikaitkan dengan:
- keadaan emosi ibu mengandung, contohnya stress atau kemurungan
- mengalami kejutan atau ketakutan semasa mengandung
- senaman semasa mengandung – tetapi bincang dulu dengan pakar tentang jenis dan jumlah senaman yang sesuai semasa mengandung
- mengangkat barang atau berkerja keras semasa mengandung
- pekerjaan yang melibatkan ibu hamil duduk atau berdiri untuk jangka masa yang panjang
- melakukan hubungan seks semasa hamil
- menaiki kapal terbang
- makan makanan pedas