Penggal kepala kerana memperkosa

Seorang remaja perempuan telah memenggal kepala ayahnya sendiri kerana memperkosanya beberapa kali. Ikuti kisahnya dan beberapa panduan jika anda atau orang yang anda kenali menjadi mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Membaca permulaan tajuk berita ini membuatkan hati saya berdebar-debar dan tertanya mengapa perkara ini tergamak dilakukan, namun di pertengahannya saya hanya berbisik – hmmm … patutlah!

Bukan maksud saya membenarkan perbuatan seorang anak memenggal kepala seorang ayah kerana marah. Tetapi jika dia sanggup merogol anak sendiri, berulang kali, maka itu adalah akibat daripada perbuatan jahatnya.

BERKAIT: Warn your kids about sexual predators!

Penggal kepala ayah

Seorang remaja 18 tahun memenggal kepala ayah dengan parang setelah dia diperkosa olehnya dalam rumah mereka, di tanah tinggi Papua New Guinea.

Tiada siapapun menyalahkan remaja itu di kampungnya. Malahan mereka melindunginya dan enggan menyerahkan remaja tersebut kepada pihak polis kerana beranggapan ayah remaja tersebut sememangnya layak untuk mati.

Bukan itu saja, menurut ketua gereja tempatan, pastor Lucas Kumi daripada kampung Rang, seluruh penduduk tidak mahu remaja itu disiasat.

Diperkosa beberapa kali

Seorang penduduk dan ketua kawasan telah menemui badan tanpa kepala itu selepas anak remajanya melaporkan kejadian tersebut dan menjelaskan mengapa dia melakukannya.

Menurut remaja tersebut, ayahnya telah datang ke biliknya malam itu dan memperkosanya beberapa kali. Dan pagi yang sama, dia cuba untuk memperkosanya lagi apabila remaja tersebut mengambil parang dan memenggal kepalanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Kami semua bersetuju yang dia boleh tinggal dalam komuniti ini kerana ayahnya memang layak untuk mati. Dia lakukakannya kerana trauma dan perbuatan jahat ayahnya. Itulah sebabnya kami bersetuju untuk membiarkan dia tinggal di sini.

Komuniti itu juga bersetuju untuk tidak melakukan pengkebumian formal untuk ayah remaja itu.

Jika menjadi mangsa

Dalam lima tahun antara 2006 dan 2010 sebanyak 1,823 kes penderaan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak telah dilaporkan di Malaysia. 60% daripadanya dilakukan oleh ahli keluarga terdekat termasuk bapa kandung, bapa tiri dan saudara mara (PDRM).

BERKAIT: Increase of rape cases in Malaysia

Jika anda menjadi mangsa, pastikan langkah berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

• Jangan salahkan diri
• Pergi ke tempat yang selamat, sama ada rumah anda, rumah rakan, balai polis atau hospital. Jika anda tinggal dengan pemerkosa, beritahu seseorang tentangnya dan rancang pelan keselamatan untuk meninggalkan rumah.
• Jangan mandi atau basuh mana-mana bahagian badan walaupun anda merasa diri ‘kotor’
• Beritahu seseorang yang anda percayai
• Pergi ke Pusat Krisis Sehenti atau Once Stop Crisis Centre (OSCC) di bahagian Kecemasan mana-mana Hospital Kerajaan.
• Hubungi mana-mana NGO untuk sokongan dan nasihat.

Pusat Krisis Sehenti (PKS)

Pusat Krisis Sehenti ditempatkan di bahagian Kecemasan di hampir semua Hospital kerajaan. Pusat ini khas diadakan untuk menangani kes-kes sebegini. Tidak perlu membuat laporan polis sebelum ke sini.

PKS bukan sahaja akan memberikan rawatan fizikal, malah sesi kaunseling turut dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Semua urusan berkaitan akan dilakukan hanya disatu tempat. Ia juga memberikan perlindungan dan bantuan perundangan melalui jaringan NGO dan agensi kerajaan yang terlibat seperti Polis.

Kaunseling

Setiap mangsa memberi reaksi berbeza kepada trauma ini, namun apa juga yang dirasakan oleh mangsa adalah perasaan yang benar. Antara perasaan dan trauma yang seringkali dilaporkan termasuk merasa terkejut, bersalah, sentiasa dihantui kejadian yang dapat dihidupkan semula dengan bau atau bunyi, hilang keyakinan diri, hilang kepercayaan, rasa tidak bernilai, merasa marah terhadap mereka yang hampir dengan anda, takut dengan orang lain atau tempat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Mangsa harus mendapatkan kaunseling. Jika kesemua perasaan ini tidak ditangani dengan betul dan tidak dibantu untuk menghadapinya, ia boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk.

Kepada keluarga, saudara dan rakan mangsa, ketahuilah mereka amat-amat memerlukan sokongan. Buangkan rasa malu dan rasa ingin menyalahkan kerana perkara telahpun berlaku.

Kepada mangsa, jangan sekali-kali berputus asa. Ingatlah, ini semua bukan salah anda. Carilah ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan dan sentiasa menyebut-nyebut nama-Nya. Sesungguhnya dengan mengingati Tuhan, hati pasti menjadi tenang.

Hubungi bantuan

Antara NGO dan agensi kerajaan yang boleh dihubungi sama ada ingin melaporkan kes atau mendapatkan kaunseling termasuk:

Women Crisis Centre (WCC, Penang) ~ 04-228 0342
Women’s Aid Organisation (WAO) ~ 03-7956 3488
All Women Action Society of Malaysia (AWAM) ~ 03-7597 0224
BEFRIENDERS ~ 03-7956 8144
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ~ 03-8323 1000
Talian NUR ~ 15999

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

BERKAIT: Does marriage make rape okay?

BERKAIT: Malaysian rapist to marry his 13-year-old victim

Rujukan:

Daughter, 18, cuts off her father’s head after he raped her in their Papua New Guinea village home
Kes dera seksual serius
OSCC bantu mangsa dera dan rogol
Rape @ AWAM
Flyer @ WCC: Rogol bukan salah anda!

Apa pandangan anda tentang isu ini di Malaysia? Kongsikan buah fikiran anda di ruangan komen di bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement