Mangsa rogol akui alami trauma dahsyat sepanjang hidup!

Serangan seksual atau rogol pasti meninggalkan kesan negatif yang begitu mendalam dalam kehidupan seorang wanita. Namun anda perlu bangkit meneruskan kehidupan demi masa depan anda dan orang-orang yang anda sayang. Kuatkan semangat anda dan teruskan membaca.

Tiba-tiba sebuah van putih berhenti di hadapan Ana memaksanya berhenti.

Seorang lelaki turun dari van dan bertanyakan arah jalan kepada Ana.

Sedang Ana menunjukkan arah, tidak semena-mena dia ditarik masuk ke dalam van dan dibawa pergi.

Kisah di atas sudah lali kita baca dan dengar. Akhbar NST pada 31 Mei 2013 melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun dirogol dengan kejam oleh sekumpulan lelaki sewaktu dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Klang.

Mangsa, seorang ibu beranak tujuh, sama sekali tidak menyangka yang harinya itu akan berakhir dengan kejadian tragis yang meninggalkan kesan trauma yang amat dahsyat dalam hidupnya.

Dia dirogol, dipaksa melakukan seks oral, dan yang paling dahsyat alat sulitnya disumbat dengan ranting kayu sebelum ditinggalkan di tempat kejadian.

Peristiwa hitam itu menjadikan seluruh kehidupan si mangsa menjadi berantakan lantaran hidup dalam ketakutan selama setahun dan hubungan perkahwinannya terjejas kerana dia berasa takut untuk berhubungan intim bersama suaminya.

Dia juga mengalami kesukaran untuk makan dan minum selama dua minggu selepas kejadian.

“Saya tidak boleh tidur selama enam bulan dan saya masih mengambil ubat anti kemurungan (anti depression) hingga sekarang” ujarnya kesedihan.

Menangani trauma

Memang sukar untuk menelan perisitiwa pahit yang pernah berlaku di dalam hidup kita. Namun, dengan hanya duduk mengenangkan perkara yang sudah berlaku tidak akan membantu kita mengatasi trauma yang kita alami.

Trauma adalah sejenis penyakit mental dan perlu dirawat.

Lakukan sesuatu agar hidup anda kembali pulih. Tip-tip di bawah ini mungkin dapat membantu anda mengharungi kesan trauma dengan lebih yakin.

~ Bagi yang beragama Islam, anda perlu redha dengan ketentuanNya dan banyakkan bertaubat serta solat sunat memohon agar diberi kekuatan dalaman bagi meneruskan kehidupan.

~ Berjumpa dengan kaunselor berdaftar atau ahli terapi bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Anda boleh layari portal MyWanita atau Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAObagi mendapatkan khidmat kaunseling percuma daripada pakar-pakar kaunseling berdaftar.

~ Sertai kumpulan sokongan. Terdapat banyak kumpulan sokongan yang boleh anda sertai seperti Persatuan Kumpulan Sokongan Pesakit Mental Klang, Pandora’s Project, Befrienders, dan After Silence.

~ Tambah ilmu pengetahuan tentang kesihatan mental agar anda lebih faham keadaan sebenar diri anda, dan membantu anda menjawab persoalan “bagaimana dan di mana harus saya bermula?”. Klik di sini sebagai permulaan.

BERKAIT: Does marriage make rape okay?

Laporkan kejadian

Menurut statistik, 9 daripada 10 kes rogol tidak dilaporkan. Perkara ini adalah tidak sihat bagi keselamatan kaum wanita kerana ianya memberi ruang kepada pesalah untuk terus melakukan jenayah.

Anda mungkin merasakan tiada gunanya membuat laporan kerana nasi sudah menjadi bubur. Namun, tindakan anda itu sebenarnya telah menafikan hak anda sebagai seorang wanita yang patut dilindungi.

Anda telah diperkosa, dan sekarang tiba masa untuk anda menuntut keadilan ke atas apa yang telah berlaku.

Sekiranya anda dirogol:

~ Laporkan segera kepada pihak polis. Jangan lakukan apa-apa pada diri anda (jangan cuci, mandi, gosok gigi, makan atau merokok) dan jangan ubah apa-apa terhadap tempat kejadian (jangan alihkan barang-barang yang berselerak, jangan kemaskan katil/tilam di mana anda dirogol, jangan bersihkan sebarang kesan yang tertinggal) bagi mengekalkan segala bahan bukti seperti cairan badan, kotoran, kesan tapak kasut, rambut dan sebagainya.

Kesemua bahan bukti ini akan digunakan pihak polis dalam menjejaki pesalah.

~ Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera bagi mengesan sebarang risiko penyakit jangkitan seks (STD) atau kemungkinan hamil. Laporan perubatan juga penting bagi tujuan pendakwaan pesalah.

~ Kongsi maklumat hanya dengan individu-individu yang berkenaan dan perlu sahaja bagi mengelakkan kes anda disalahtafsir dan diperbesar-besarkan.

BERKAIT: Warn your kids about sexual predators

 

Rujukan:

Gang Rape Victim Says She’s Brutally Scarred For Life

Rapists get 28 years each

Mangsa cabul, rogol perlu diberi kaunseling

Coping with Traumatic Memories Of Sexual Abuse – Traumatic Memories of Sexual Abuse

What should I do if I am sexually assaulted?

Rape – The Malaysian Context