AWAS! Sindiket Penipuan Makin Berleluasa, Ini Scam Terbaru Di KLCC Guna "Wanita Hamil"!

Seorang wanita menjadi mangsa scammer apabila dia ditipu oleh seorang wanita mengandung yang kononnya cedera untuk mendapatkan wang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ini, sindiket penipuan semakin berleluasa dan menggunakan bermacam-macam cara untuk menipu.

Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang berniat baik untuk menolong seorang perempuan mengandung lalu telah menjadi mangsa scammer baru-baru ini di KLCC.

Wanita jadi mangsa scammer kerana kesian dengan wanita mengandung yang “cedera”

Seorang pengguna Facebook, Lee Wen Lin mengatakan yang dia telah menjadi mangsa penipuan seorang wanita mengandung yang cedera di KLCC pada hari Ahad, 19 Oktober lalu.

Wen Lin berkata, semasa dalam lif, dia didatangi seorang wanita mengandung yang mengatakan dia telah dirompak di kawasan parkir kereta dan dia sedang mengalami pendarahan dalaman dan dalam kesakitan.

“Saya meminjamkan telefon saya supaya dia boleh menghubungi suaminya dan 999. Tangannya menggigil dan menangis keluar air mata sambil cuba menghubungi suaminya. Wanita itu berkata suaminya tak angkat telefon,” kata tulis Wen Lin menambah yang wanita ini mengatakan yang 999 menyuruhnya untuk pergi ke hospital dengan kereta peribadi.

Wen Lin juga berkata yang wanita ini mengatakan tak ada seorang pun termasuk pengawal keselamatan yang mahu menolongnya.

“Saya menawarkan diri untuk membantunya menelefon Grab untuk membawanya ke hospital berhampiran. Tapi wanita ini mengatakan yang dia perlu ke Subang Jaya Medical Centre kerana itu adalah hospitalnya.

“Saya mahu memesan GrabCar dan menggunakan GrabPay tapi dia berkeras untuk menggunakan GrabTaxi dengan bayaran tunai kerana kerusi kulit tak akan meninggalkan kesan darah dari bajunya.” katanya lagi.

Wen Lin berkata, sebelum wanita ini naik teksi tersebut, dia telah memberikan wanita ini RM120 untuk membayar tambang yang dianggarkan berjumlah RM50-80 dan duit lebih sebagai tanda simpati.

“Tak sampai lima minit selepas teksi bergerak, perjalanan tamat. Teksi tersebut hanya berjumlah RM1, selepas saya melihat resit Grab yang saya terima. “Apabila saya melihat semula log panggilan, saya sedar yang 999 tak menjawab panggilan wanita ini dan wanita ini hanya berpura-pura bercakap dalam telefon,” tulisnya.

Lee mengatakan yang ini mungkin modus operandi baru scammer yang digunakan untuk menipu orang.

“Berhati-hati dengan wanita mengandung yang meminta duit. Saya sepatutnya membawa wanita ini ke pejabat atau meminta bantuan dari orang berdekatan atau menelefon 999 sendiri,” dia menambah.

Wen Lin juga berkata yang beberapa rakan lainnya juga telah ditipu dengan cara yang sama dengan menggunakan teknik mengandung dan dirompak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Netizen puji niat baik mangsa scammer ini

Perkongsian Lee Wen Lin ini telah dikongsi oleh ramai pengguna Facebook dan rata-rata dari mereka memuji tindakan baik Wen Lin ini.

“Anda telah melakukan perkara yang baik walaupun ditipu. Tuhan tahu niat baik anda dan akan membalasnya semula,” kata salah seorang pengguna Facebook Jenny Lau.

Teknik penipuan scammer ini semakin lama semakin bijak dan semua orang boleh menjadi mangsa mereka.

Tapi, jangan jadikan ini sebagai penghalang untuk kita terus membantu orang lain yang dalam kesusahan dan pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati dengan penipuan sebegini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Star

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenculikan-anak/

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penulis

Nadia Ghafar