"Mannequin Challenge” dibuat seperti aksi tembak-menembak membawa kepada tangkapan polis

'Mannequin Challenge' yang sedang viral pada masa ini telah membawa kepada tangkapan yang berkaitan dengan dadah dan senjata merbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemungkinan besar, anda telah melihat dan mendengar tentang ‘Mannequin Challenge’ yang sedang viral pada masa ini. Satu video baru-baru ini yang dipentaskan untuk kelihatan seperti aksi tembak-menembak telah membawa kepada tangkapan yang berkaitan dengan dadah dan senjata merbahaya.

Pihak berkuasa membuat tangkapan selepas video itu diviralkan

Video satu minit itu menunjukkan beberapa orang yang sedang menujukan senapang ke arah satu sama lain, simulasi adegan tembak-menembak di tempat kediaman. Selepas video itu menjadi viral, pihak berkuasa tempatan terus bertindak dan membuat tangkapan di rumah itu. Di sana, mereka merampas 2 pistol dan sepucuk senapang. Mereka turut merampas 2 beg ganja dan sebuah komputer.

Madison County Sheriff Capt. Mike Salomonsky berkongsi bahawa salinan video itu dihantar ke pejabat sheriff yang akhirnya mendorong siasatan dengan segera. Dia berkongsi, “Melalui siasatan unit siasatan jenayah/ narkotik, mereka mampu untuk mendapatkan sebab kemungkinan yang cukup untuk mendapatkan waran geledah untuk alamat ini.”

Pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang terkejut

Kenneth Fennel White, 49, dan Terry Brown, 23, ditahan dalam serbuan itu. White menghadapi tuduhan memiliki ganja darjah pertama dan memiliki senjata api. Brown pula menghadapi tuduhan memiliki alatan dadah, melepak dan menggalakkan penyeludupan di penjara.

Pegawai penguatkuasa undang-undang di Pejabat Madison County Sheriff berkata mereka terkejut ada juga manusia yang berfikir untuk mencipta video “Mannequin challenge” di tempat yang sama di mana mereka menjual dadah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua mereka sedang ditahan dengan ikat jamin.

Tontonilah video tersebut di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Halaman seterusnya: Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral di internet

Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral di internet

Pada masa dahulu, trend kebiasaannya adalah tentang langkah tarian yang baru, fesyen baru atau perkataan yang baru digunakan di dalam perbualan. Tetapi sekarang dengan kuasa internet, trend datang dalam pelbagai bentuk dan bentuk, termasuk trend viral video.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ada beberapa trend yang menyeronokkan dan bertujuan baik, terdapat beberapa trend yang boleh menjadi sangat berisiko untuk anak anda. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu sentiasa anda ingat supaya anak-anak anda sentiasa selamat:

  1. Ketahui trend yang terkini. Terdapat banyak trend yang berlaku dalam talian dan ia adalah mudah untuk terjebak dalam semua itu. Berhati-hati dengan trend terbaru supaya anda tahu trend yang anak anda sedang minati.
  2. Pastikan anda tahu apa yang anak-anak anda lakukan. Walaupun kami tidak menasihati untuk sentiasa memantau aktiviti talian anak anda, anda perlu melakukan yang terbaik untuk tahu apa yang mereka hantar, lakukan dan layari dalam talian. Ia adalah tugas anda sebagai ibu bapa untuk memastikan anak anda selamat, dan dengan internet, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah untuk mengetahui apa yang anak anda lakukan.
  3. Minta mereka untuk berfikir dua kali sebelum melakukan cabaran online. Jika anda mendengar anak-anak anda bercakap tentang berminat untuk melakukan suatu cabaran online, beritahu mereka untuk fikirkan dahulu akibatnya dan berfikir tentang sama ada ia adalah sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Sifat impulsif kadang-kadang adalah sesuatu yang baik, tetapi dalam sesetengah kes, ia sentiasa lebih baik untuk berfikir dua kali.
  4. Ingatkan anak anda supaya tidak tunduk kepada tekanan rakan sebaya. Kebiasaannya, ia adalah tekanan rakan sebaya yang menjadikan kanak-kanak untuk melakukan banyak aksi berani dan trend viral lain. Jika anak anda memberitahu anda bahawa rakan atau salah satu daripada rakan-rakan mereka yang membuatkan mereka melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu, beritahu mereka bahawa ia adalah okay untuk mengatakan tidak.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Philippines

Penulis

Michelle Goh