Adakah Benar Pengambilan Maple Syrup Kurangkan Risiko Kencing Manis Ketika Hamil?

Pasti ramai ibu hamil yang tertanya-tanya adakah selamat maple syrup untuk ibu hamil? Adakah kandungan gula di dalamnya berisiko menyebabkan ibu hamil GDM?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai ibu hamil yang tertanya-tanya akan keselamatan pengambilan maple syrup untuk ibu hamil? Adakah kandungan gula di dalamnya berisiko menyebabkan ibu hamil mendapat kencing manis?

Sebenarnya, menurut artikel dikongsikan eat-pregnant.com, tiada masalah sebenarnya untuk mengambil  maple syrup ketika hamil, namun perlulah peka kepada beberapa perkara.

Ramai ibu hamil yang takut dengan pengambilan gula ketika kehamilan dan cuba menggantikannya dengan alternatif lain tetapi ramai juga yang khuatir sama ada ia selamat atau sebaliknya.

Baca juga: Ibu ada diabetes (GDM) ketika hamil, adakah ia mengancam nyawa bayi?

Maple syrup untuk ibu hamil 

Tidaklah sampai tidak boleh diambil langsung. Tetapi mungkin perlu berpada-pada kerana di dalamnya terdapat kandungan gula juga.

Maple syrup adalah pemanis semula jadi dan sihat yang digunakan sebagai pengganti gula. Warna sirap maple ini sangat mirip dengan madu, berwarna sedikit coklat dan agak likat.

Secara amnya, sirap maple digunakan sebagai sirap untuk pancake yang mana ia dituangkan di atas makanan itu yang kadangkala dinikmati bersama buah-buahan.

Khasiat maple syrup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maple syrup mempunyai kelebihannya tersendiri, disebabkan itu ia sering dijadikan pengganti gula untuk sesetengah ibu hamil.

#1. Mengandungi mineral

Maple syrup mengandungi mineral seperti mangan dan zinc. Ia membantu menguatkan sistem imun ibu mengandung yang diketahui sering terganggu akibat perubahan hormon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, ia juga manis, jadi anda perlu mengambilnya dalam kadar yang sederhana bagi mengelak sebarang penyakit lain menyerang seperti kencing manis. 

#2. Mencegah kanser

Maple syrup mengandungi kadar antioksidan yang tinggi yang mampu mencegah badan manusia daripada kanser. Menurut kajian yang dikongsikan dalam merdeka.com, jika maple syrup ini ditambah dalam pengambilan makanan menu sarapan ia akan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser, osteoporosis dan alzheimer. 

Ia mengandungi polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Anti penuaan

Sifat antioksidan dalam maple syrup bermanfaat untuk membantu melawan tanda penuaan, terutama disebabkan terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas. 

Ada ibu mengandung yang kadang kala mempunyai masalah kulit kering dan sebagainya kerana perubahan hormon. Mereka ini kadang kala jadi buntu kerana sebelum mengandung tidak pernah mempunyai masalah kulit.

Jadi, anda juga boleh jadikan maple syrup ini sebagai scrub wajah yang mana boleh gunakan campuran maple syrup dan gandum. Cubalah!Mana tahu serasi dengan anda!

#4. Sistem pencernaan yang sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu mengandung dan diserang sembelit dalah perkara biasa. Ada juga yang terpaksa makan ubat pelembut najis untuk melembutkan najis. Ada yang terpaksa mennderita diserang buasir dari awal mengandung hingga trimester terakhir kerana sembelit.

Maple syrup dikatakan mampu mengurangkan sembelit, kembung perut dan bloated yang sering dihadapi ibu hamil. Jadi bolehlah anda cuba gantikan maple syrup dengan gula. 

Mungkin ia sangat serasi dengan anda dan boleh mengurangkan sembelit dan perut kembung.

Diabetes ketika hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut portal myhealth, diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri yang dikenali sebagai rintangan insulin.

Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

Pulih selepas lahirkan anak

Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

Biasanya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku.

Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: myhealth, eat-pregnant.com

Penulis

Lala Annuar