Suami YouTuber Terkenal Direman Bantu Siasatan Dakwaan Pukul Isteri?

Kerana marah nama tidak disebut, suami YouTuber terkenal direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas dakwaan mencederakan isterinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana marah nama tidak disebut, suami YouTuber terkenal direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas dakwaan mencederakan isterinya. 

Menurut laporan Harian Metro, suspek direman bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya  mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Marah nama tak disebut punca cederakan isteri?

Turut dilaporkan perbuatan itu dipercayai dilakukan kerana suspek tidak berpuas hati namanya tidak disebut oleh isterinya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, sumber memaklumkan difahamkan pasangan itu bertengkar di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan ia berlarutan.

Sumber itu turut memaklumkan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan turut membawa sebilah sabit ke hospital berkenaan. 

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dan mengesahkan siasatan lanjut masih dijalankan dan polis percaya ia berkaitan masalah keluarga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang berlaku bila anda marah?

Mahu tahu apa yang berlaku bila anda marah? 

  • Degupan jantung meningkat – Perasan atau tidak bila kita rasa marah jantung berdebar-debar dan berdegup laju. Badan pun mula berpeluh, ini kerana kadar degupan jantung yang tiba-tiba meningkat. Disebabkan itu ada yang kena heart attack bila sedang marah.
  • Tekanan darah meningkat – Kadang kala bila terlalu marah kita tiba-tiba akan rasa peningkan? Ini kerana tekanan darah meningkat bila anda marah
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek – Pernafasan juga jadi cepat, tersekat-sekat malah rasa bernafas pendek.
  • Mengalami ketegangan otot-otot – Anda akan rasa tegang di beberapa bahagian badan terutama leher
  • Paras hormon (adrenalin dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan bertenaga – Sebab itu bila marah segalanya mungkin terjadi, yang lembut pun tiba-tiba boleh jadi sekuat-kuat manusia ini kerana bila marah badan anda akan tiba-tiba bertenaga.

Kalau rasa nak marah kena buat apa? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita semua adalah manusia biasa dan tidak boleh lari daripada sifat marah. Semua orang berhak marah tetapi jangan sampai ia membawa mudarat.

Marah boleh tetapi jangan sampai terbawa-bawa emosi itu hingga mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.

#1. Berikan masa untuk diri sendiri

Tunda kemarahan. Sebagai contoh, kira nombor pada jam tangan. Mengira dari nombor 1 hingga 10. Jangan ingat hanya untuk kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, mengira 1 hingga 10 adalah untuk mencari ketenangan sebelum memberi reaksi pada sitiuasi yang menaikkan kemarahan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambil masa untuk berehat dari bertemu dengan orang dan situasi sehingga kekecewaan anda reda.

#2. Relakskan badan untuk legakan otot-otot anda

Jika anda sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, cari tempat untuk berbaring atau menyandar. Asalkan berada dalam keadaan relaks, otot-otot akan kendur dan membuatkan anda lega.

#3. Lepaskan kemarahan setelah tenang

Sebaik sahaja emosi sudah stabil dan boleh berfikir dengan waras, nyatakan kekecewaan atau kemarahan anda dengan tegas tetapi bukan konfrontasi.

#4. Beralih dari persekitaran, sumber marah anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan tunggu. Beralih dari tempat atau persekitaran yang menjadi sumber kepada marah anda. Buat apa tunggu di tempat yang negatif kan? Jadi cuba beralih jauh dari persekitaran itu. Apabila segalanya reda, boleh kembali untuk berbincang semula.

Hargai pasangan sebelum terlambat

Ramai pasangan suami isteri kadangkala tidak ambil cakna mengenai cara menghargai pasangan masing-masing. Pada mereka sudah jadi hak milik dianggap selesai. Jangan anggap begitu ya. Menyesal tak sudah nanti.

#1. Ucapkan terima kasih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini wajib dan tidak boleh lupa. Ringankan mulut ucapkan terima kasih atas apa juga yang pasangan lakukan pada kita. 

#2. Cari penyelesaian bila minda stabil

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Jika terjadinya perselisihan faham, cari penyelesaian secepat mungkin. Tapi jangan pula buat keputusan dalam keadaan marah.

#3. Sentiasa berterus terang

Jika ada tidak puas hati, berterus teranglah. Jangan disimpan dalam hati kerana kelak akan merana diri.

#4. Ingat baik dia

Jika marah, ingatkan kebaikannya. Jangan hanya keburukannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, The Star

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comisteri-garang

Penulis

Lala Annuar