Pengasas Facebook Mark Zuckerberg Tegaskan Betapa Penting Cuti Bersalin Untuk Bapa

Mark Zuckerberg pengasas Facebook jelaskan pentingnya paternity leave. Jom ketahui bagaimana cuti bersalin diberikan di negara & syarikat lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lama dulu, pengasas Facebook , Mark Zuckerberg ada berkongsi satu post menarik di profil peribadinya. Dan ia berkenaan cuti bersalin buat bapa yang diambil olehnya, kerana ia penting untuk perkembangan bayi baru lahirnya itu.

Cuti bersalin untuk bapa, yang juga dikenali sebagai paternity leave, adalah sama penting seperti maternity leave (cuti bersalin) kerana ia bagus untuk seluruh keluarga. 

Cuti bersalin penting juga buat bapa- Pengasas Facebook

Post tentang cuti bersalin Mark Zuckerberg

Malah Zuckerberg telah mengambil cuti bersalin untuk bapa selama 2 bulan, sama seperti ketika anak perempuannya yang pertama lahir dahulu!

Menurutnya lagi, dia telah membahagikan cuti paternity leave kepada 2 bahagian iaitu sebulan untuk berada bersama isteri dan anak-anak.

Sebulan lagi dihabiskan sepanjang bulan Disember di mana ia merupakan bulan perayaan bagi masyarakat Amerika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Priscilla dan anak lelaki mereka, Max.

Kemudahan cuti bersalin di negara lain

Dengan followers seramai 95 juta orang di profil Facebook beliau, sudah pasti semua orang ingin berkongsi pendapat dan pandangan mereka tentang cuti bersalin yang bakal diambil oleh Mark itu.

Antara yang menarik, kita dapat mengetahui tentang cuti bersalin yang ditawarkan di pelbagai negara lain!

  • Negara Jerman menyediakan kemudahan cuti bersalin buat ibu selama 12 bulan dan ia dibayar sepenuhnya!
  • Negara Sweden juga turut memberikan maternity leave buat ibu yang baru melahirkan anak selama setahun dan bergaji penuh. Ia turut diikuti dengan kemudahan pendidikan secara percuma buat anak tersebut dari tadika sehinggalah ke universiti!
  • Di Kanada pula, cuti bersalin boleh mula diambil 12 minggu sebelum bayi mereka lahir dan disambung selama 12 bulan (sedang dirangka oleh kerajaan Kanada supaya ia boleh dilanjutkan selama 18 bulan!)

Facebook sebagai syarikat US dengan polisi cuti bersalin yang terbaik!

Anda mungkin menyangka yang Mark dapat bercuti selama itu hanya kerana dia boss di Facebook. Tidak juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, syarikat Facebook adalah antara syarikat yang mempunyai polisi cuti bersalin terbaik di Amerika Syarikat, seperti yang dilaporkan dalam Business Insider.

 b 
Sumber: Rappler.com

Menurut Mark, syarikatnya menawarkan 4 bulan maternity leave serta paternity leave kerana kajian telah menunjukkan apabila ibu bapa yang bekerja menghabiskan banyak masa dengan bayi yang baru dilahirkan, ia akan memberikan kesan positif pada seluruh ahli keluarga.

Secara amnya, di Amerika Syarikat, ibu yang baru melahirkan anak boleh mengambil cuti bersalin selama 3 bulan menurut Akta Keluarga dan Cuti Sakit.

Tapi, ia adalah cuti tanpa gaji dan ibu ini juga perlu mendapatkan kebenaran dari majikan mereka sebelum memperolehi cuti tersebut!

9 syarikat di US yang menawarkan polisi cuti bersalin terbaik kepada pekerja

Kalau anda hendak tahu, selain Facebook, ada beberapa syarikat besar lain di Amerika Syarikat yang memberikan cuti bersalin yang panjang buat pekerja mereka; lebih panjang daripada yang ditawarkan secara am oleh kerajaan US.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Realitywives.net

Antara syarikat tersebut adalah:

  • Ikea – 4 bulan cuti bersalin bergaji untuk ibu ayah
  • Paypal – 4 bulan maternity leave bergaji & 2 bulan paternity leave bergaji
  • Apple – 4 bulan setengah maternity leave bergaji & sebulan setengah paternity leave bergaji
  • Google – 4 bulan setengah maternity leave bergaji & 3 bulan paternity leave bergaji
  • Amazon – 5 bulan maternity leave bergaji & sebulan setengah paternity leave bergaji
  • Microsoft – 5 bulan maternity leave bergaji & 3 bulan paternity leave bergaji
  • Twitter – 5 bulan cuti bersalin bergaji untuk ibu ayah

Yang paling best adalah badan organisasi The Bill & Melinda Gates Foundation dan syarikat Netflix.

Badan kebajikan yang dibentuk oleh pengasas Microsoft, Bill Gates, ini memberikan kemudahan cuti bersalin buat kedua-dua ibu ayah selama setahun dan bergaji penuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga syarikat hiburan dan TV Internet gergasi Netflix.

Bagaimana pula dengan kemudahan cuti bersalin di Malaysia?

Secara amnya, kerajaan kita menyediakan cuti bersalin selama 3 bulan buat ibu dan 3 hari untuk ayah.

Tetapi kini, semakin banyak syarikat korporat yang telah menyertai misi untuk memperbaiki kemudahan cuti bersalin dan sekaligus meningkatkan hubungan kekeluargaan di Malaysia.

Antaranya seperti CIMB yang memberikan cuti bersalin sebulan bergaji buat bapa yang baru mendapat anak sulung. Kami ada kupas tentangnya di sini.

Sumber: Freemalaysiatoday.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maybank juga turut memberikan cuti bersalin selama setahun (daripada polisi asal iaitu 3 bulan) di mana 6 bulan pertama, pekerja wanita yang layak akan menerima gaji penuh. Baca artikel penuh kami di sini.

Harapnya, dalam beberapa tahun mendatang, akan ada lebih banyak syarikat besar lain di Malaysia yang mengikut jejak langkah CIMB dan Maybank.

Diharapkan juga, kerajaan Malaysia akan menyemak semula polisi sebulan maternity leave untuk ibu dan seminggu paternity leave buat para bapa yang berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Seperti kata Mark Zuckerberg:

“I’m pretty sure the office will be standing when I get back.”

Memang benar! Takkan hancurnya sesebuah syarikat jika seseorang ibu atau ayah itu mengambil cuti bersalin yang lama demi manfaat sekeluarga!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bapa Perlu Diberi Cuti Sebulan Untuk Menjaga Isteri Bersalin

Penulis

Noor