Tamak Mas Kahwin, Bapa Paksa Anak 12 Tahun Kahwin Dengan DUA Lelaki Sekaligus

Mungkinkah dia bapa dari neraka? Perbuatan durjana bapa ini sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati. Hanya kerana mas kahwin anaknya umpama dijual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak tahulah dari mana munculnya lelaki bergelar bapa ini. Mungkinkah dia bapa dari neraka? Perbuatan durjana bapa ini sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati. Hanya kerana mas kahwin anaknya umpama dijual.

Sungguh tak berhati perut, anak yang sepatutnya dilindungi dari perbuatan durjana rupanya ‘dijual’ oleh bapanya sendiri. 

Hanya kerana mahukan mas kahwin, dia tergamak kahwinkan anaknya yang baru berusia 12 tahun dengan dua lelaki berusia 35 dan 51 tahun dalam tempoh sebulan. Benar-benar tidak masuk akal!

Bukan satu, malah anaknya turut membongkarkan lelaki berkenaan turut memaksa kakaknya berkahwin.

Mas kahwin punca bapa kahwinkan anak umur 12 tahun

Difahamkan, lelaki yang mahu mengahwini kanak-kanak itu menawarkan mas kahwin tinggi iaitu empat ekor lembut sekiraya kanak-kanak itu bersetuju untuk menjadi isteri keduanya.

Mangsa memberitahu, lelaki durjana itu membuat keputusan mengahwinkan anaknya kerana menganggap ia adalah waktu terbaik mengahwinkan anak perempuannya susulan penutupan sekolah akibat perintah berkurung susulan wabak Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Perempuan dilahirkan supaya orang lain boleh makan”

Selepas menolak untuk dikahwinkan dan memberitahu bapanya bahawa dia ingin sambung belajar, dia dipukul oeh sepupu lelakinya dan dituduh tidak menghormati keluarga!

“Perempuan dilahirkan supaya orang lain boleh makan. Apa yang saya mahu adalah mas kahwin,” kata lelaki itu kepada anaknya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak itu berjaya dikahwinkan dengan lelaki berkenaan bagaimanapun dapat melarikan diri selepas dua minggu dikahwinkan secara paksa.

Selain itu, dia pula dipaksa kahwin lari dengan lelaki berumur 35 tahun yang sudah pun mendirikan rumah tangga untuk melarikan diri dari suaminya yang terdahulu.

Bapanya berjaya mencarinya dan mengembalikan kanak-kanak itu kepada lelaki berkenaan. 

Persatuan hak kanak-kanak mengetahui mengenai hal itu ketika menyelamatkan anak lain di kawasan berkenaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Polis sedang buru 

Difahamkan, polis kini sedang memburu bapa mangsa yang dikatakan berasal dari suku Maasai dari Narok County, yang terletak kira-kira 70 batu dari barat Nairobi dan juga dua suaminya yang dipercayai menyembunyikan diri. 

Dilaporkan, kemiskinan dan perintah berkurung akibat Covid-19, menyebabkan peningkatan kes perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak di negara itu.

4 sebab utama berlaku perkahwinan kanak-kanak di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: AFP

Perkahwinan bawah umur ibarat isu yang tidak berkesudahan berlaku di mana-mana saja negara di seluruh dunia.

Ibaratnya perkahwinan bawah umur ini perkara biasa dan isu biasa di dengar tidak kira di mana-mana saja.

Langsung tidak mengambil kira hak kanak-kanak, nasib mereka bagai sering tidak terbela bila mana dalam keadaan dunia yang semakin moden dikejar arus globalisasi dan kemodenan, masih wujud perkahwinan bawah umur. 

Menurut laporan Bernama yang dipetik Malaysiakini, ada empat sebab utama mengapa berlakunya perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Ia adalah hasil kajian yang ditauliahkan oleh UNICEF Malaysia dan disediakan oleh Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Mohd Al Adib Samuri, pensyarah dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM.

#1. Pendapatan rendah isi rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluarga berpendapatan rendah dan tiada pendapatan untuk membayar yuran persekolahan. Jadi kahwin saja jalan penyelesaiannya kerana beban keluarga bakal berkurang.

#2. Kurangnya intervensi sokongan ibu bapa

Sokongan daripada ibu bapa terutama daripada segi kejayaan seimbang dalam bidang akademik dan bukan akademik mempengeruhi perkara ini.

Mungkin ada yang menganggapnya perkara biasa, tetapi sebenarnya memberi impak dan kesan yang sangat besar dalam kehidupan.

#3. Kurang akses pendidikan

Kurangnya akses pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak menjadi salah satu punca berlakunya perkahwinan bawah umur. Mereka ini perlu diberikan pendidikan yang berkualiti selain penggubakan dasar yang efektif dalam memperkasakan kanak-kanak.

#4. Kurang akses kepada pendidikan seksual dan  kesihatan kesihatan reproduktif (SRH)

Pentingnya penjagaan kanak-kanak di sekolah, memastikan kanak-kanak mempunyai akses kepada maklumat dan perkhidmatan berhubung isu-isu SRH dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menghadapi masalah Seksual dan Kesihatan Reproduktif.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: dailymail, malaysiakini

Baca juga: 

Tular imam kahwin budak 11 tahun – Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

Penulis

Lala Annuar