‘Masa Lahir Ayash Tak Bernafas 8 Saat, Oksigen Lambat Sampai Otak,'' Shuib Dedah Punca Anak Kerap Genggam Tangan

Ayash Affan iaitu anak keempat Shuib bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap bayi ajaib

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PETALING JAYA – Pelawak dan usahawan Shuib menjelaskan tangan kanan anak bongsunya dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan kurang berfungsi disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan.

Menyedari ramai yang bertanya, Shuib, 40, berkata, selain tidak cukup bulan, Ayash yang kini berusia empat tahun juga tidak bernafas selama lapan saat ketika dilahirkan.

Ayash Affan Bayi Ajaib

“Ramai yang bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash ini, sebenarnya disebabkan dia dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

“Doktor yang sambut ketika Ayash dilahirkan beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru.

“Disebabkan itu, oksigen lambat sampai otak selain ada kesan calar di belakang otak, jadi pada awalnya sebelah tangan tidak begitu berfungsi,” katanya salam siaran langsung TikTok.

Tambahnya, hal tersebut turut memberi kesan kepada pergerakan Ayash termasuk caranya berjalan namun bersyukur anaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu Genggam Tangan

“Alhamdulillah, sekarang tangan kanan dia sudah kerap bergerak. Dulu tangan dia asyik genggam sekarang sudah mula terbuka sedikit.

“Masa usia dua tahun pun, cara berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.

@shuibsepahtu Ayash Affan ❤️ Dah nak masok 3 tahun dah anak daddy dan Ibu ni.Semoga menjadi anak hebat,dunia dan akhirat. #ayashaffan ♬ instrument sad – Yuda pratama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

“Walaupun dilahirkan tak cukup bulan, Ayash memiliki otak yang sangat bijak dan tidak menyusahkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, ramai kerap bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash kerana sering dilihat menggenggam jarinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan