Sekuat Mana Kita Memeluk Anak, Kehidupan Akan Membuat Mereka Pergi

Si ibu ini berkongsi dengan theAsianparent Malaysia perasaannya apabila memikir anak-anak yang bakal membesar dan meninggalkan dia suatu hari nanti. Ala... Sedihnya ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pagi ini saya terjaga dari lena. Sedikit awal dari kebiasaan. Mungkin kerana kelainan yang saya rasai pada tempat tidur. Tidak betah dengan tilam berbeza.

Mungkin juga kerana suasana bilik yang berbeza. Ibu, ayah dan adik-adik perempuan pulang ke kampung di Pantai Timur sementara saya dan keluarga saya sendiri pulang ke rumah ibu kerana perlu ‘babysit’ adik lelaki yang berumur 20 tahun.

Kebetulan dia tidak sihat sejak malam tadi, jadi saya dan suami buat keputusan untuk temankan adik di rumah.

Kredit: Shutterstock

“Bosannya… sunyi, hening!”

Pagi ini saya bangun awal. Selepas menyiapkan sarapan saya duduk keseorangan di meja makan di bahagian dapur, menanti suami, adik dan hero kecil kami bangun dari tidur.

Sambil menunggu, saya membelek kandungan sosial media di handphone. Saluran siaran di kaca tv saya tukar berkali-kali. Sudahnya saya tutup sahaja TV, kandungan siarannya tidak menarik hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

Saya mula mundar-mandir. Sekejap ke sinki sekejap ke ruang tamu. Sekejap-sekejap masuk ke bilik semula, hanya untuk memerhati insan-insan kesayangan berguling nyenyak, enak lena terbuai oleh mimpi.

Entah apalah yang patut dibuat. Semua saya sudah bereskan sejak pagi. Bosannya… sunyi, hening! Saya lalui bermacam perasaan hanya dalam masa beberapa jam.

Jarum jam sudah menginjak ke angka 11 pagi dan seorang pun masih belum bangkit dari tidur. Lepas subuh semuanya kembali lena kerana keletihan berjaga malam (kami keluar lewat malam tadi untuk bawa adik ke klinik). Sudahnya saya melangut semula di meja makan. Hanya bertemankan kopi O panas dan telefon di tangan.

Tiba-tiba Fikiran Jauh Menerawang ke Usia Tua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika saya dipanjangkan umur dengan izin Tuhan, mungkin inilah perasaan yang akan menemani saya ketika usia senja saya. Sedih. Sayu. Betul-betul sayu.

Mungkin ketika itu, anak yang saya tatang tak lagi berada di sisi. Mereka juga punya komitmen sendiri. Mungkin ketika itu, suami yang setia menemani mungkin pulang menghadap Ilahi. Mungkin ketika itu, rumah yang biasanya bingit, bertukar jadi sunyi.

Saya menatap suasana di sekitar saya. Kemasnya rumah ibu. Yalah, tak ada anak kecil yang rajin ‘mendekorasi’ rumah ibu dengan gaya mereka yang tersendiri.

Berbeza dengan rumah saya yang memerlukan ‘touch up‘ setiap kali selepas anak mengekspresikan kreativiti. Mungkin bila saya dah semakin berumur, inilah suasana rumah saya. Kemas namun, hening. Sunyi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suatu Hari Nanti Anak Akan Membesar dan Meninggalkan Kita

Ingat ibu-ibu, hari ini mungkin kita menjerit pada anak-anak yang sedang membesar. Mungkin kita rimas dengan aksi kejar-mengejar mereka, mungkin kita kecil hati dengan pasu bunga yang berharga ratusan ringgit pecah akibat kecuaian si anak.

Namun suatu hari nanti mereka akan membesar dan meninggalkan kita. Saya tatap wajah anak sulung yang sedang lena di atas katil. Wajah inilah yang akan meninggalkan saya suatu hari nanti. Meninggalkan saya untuk membina hidupnya sendiri.

Sejujurnya saya seorang ibu yang akan meminta anaknya untuk bangun sendiri sekiranya terjatuh. Because that’s what life will treat you. You will have to depend on your own.

Betapa Masa Mencemburui Kita!

Namun dalam hati saya tak pernah bersedia untuk memerhatikan dia pergi dari saya, takkan pernah. Saya mahu terus menggenggam tangannya hingga ke akhir umur saya. Saya mahu terus memeluknya hingga ke akhir nafas saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun itulah kehidupan. Sebagai ibu bapa, sejauh mana pun kita berharap untuk terus kekal menjaga dan menatang si anak, kehidupan akan membuat mereka untuk tetap pergi. Dan kita akan sunyi tanpa mereka suatu hari nanti.

Betapa masa mencemburui kita! Jadi hargai setiap detik yang ada. Kerana yang berlalu tak kan kembali lagi. Saya masih ingat, masih terasa kehangatan memeluk si anak yang hanya seberat 3.44kg pada 27-06-2017.

Kini setelah tiga tahun berlalu, saya tidak lagi merasai pelukan kecil itu, sebaliknya saya kini memeluk dia yang seberat 22.9kg. Dan percayalah, seiring dengan tahun, umur dan berat yang bertambah, saya akan semakin hilang peluang untuk mendakap tubuh kecil yang kian membesar itu. Lihatlah, betapa masa mencemburui kita!

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Atirah Hasli untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Atirah Hasli