Benarkah Sotong Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil? Ini Penjelasan Dari Doktor

undefined

Masak sotong dengan pelbagai resepi tentunya sedap sekali. Namun, anda perlu berhati-hati ketika menikmatinya ketika hamil. Benarkah?

Masak sotong dengan pelbagai resepi yang menarik tentunya menambah selera anda terutama ketika berbadan dua. Namun, persoalannya, ramai yang kata ibu hamil tak boleh makan sotong. Betul ke tak boleh?

Hal ini kerana, sotong dianggap makanan laut yang berbahaya bagi ibu hamil sebab ia mengandungi sejumlah bakteria yang dapat memberikan risiko buruk pada perkembangan dan pertumbuhan janin.

Selain daripada itu, sotong juga memiliki kadar kolesterol yang tinggi hingga memberi kesan buruk pada kondisi dan kesihatan ibu hamil.

Makan dan masak sotong semasa hamil 

makan sotong ketika hamil

Dr. Budiono, seorang pakar kehamilan berkongsi pandangannya dalam satu laman sesawang dengan mengatakan sotong sememangnya ada sejumlah bakteria.

Namun, ibu tak perlu bimbang kerana bakteria itu boleh hilang setelah ia dibersihkan dan perlu masak sotong dengan baik.

Beliau turut menambah, sotong merupakan salah satu protein yang memiliki kadar kolesterol tinggi dan ibu hamil yang ada kolesterol tinggi sebaik-baiknya berhati-hati mengambil makanan ini.

Apapun, sotong sebenarnya selamat dinikmati selama kehamilan anda.

Kelebihan makan sotong semasa mengandung

stres dan depresi

#1. Protein

Satu hidangan sotong mengandungi kira-kira 15 gram protein yang dapat penuhi keperluan ibu semasa mengandung. Protein ini sangat penting bagi perkembangan dan pertumbuhan janin yang sihat.

Selain itu, ia juga membantu perkembangan sel hingga dapat menambah berat bayi. 

#2. Zat besi

Sotong juga mempunyai sejumlah zat besi yang penting untuk ibu hamil kerana ia dapat meningkatkan kadar hemoglobin darah dan memastikan aliran darah mengalir baik pada dinding rahim.

#3. Vitamin C

Dalam satu hidangan sotong memiliki Vitamin C yang tinggi sekaligus dapat menjaga kekebalan tubuh dan membuatkan badan terhindar dari jangkitan.

#4. Vitamin B12

masak sotong

Kredit: Dr. Health Benefits

Vitamin B12 diperlukan bagi pertumbuhan janin terutama di bahagian sistem saraf.

#5. Vitamin A

Sotong juga mengandungi Vitamin A yang sangat baik untuk pertumbuhan kognitif janin.

#6. Zinc

Makanan laut seperti sotong ini terbukti kaya dengan insulin dan enzim yang penting bagi bayi yang belum lahir.

#7. Folat

Asam folat penting bagi pertumbuhan janin yang sihat dan nutrisi ini terdapat dalam sotong.

Justeru, ibu tak perlu takut untuk makan sotong. Asalkan ia dimasak sempurna dan tidak makan secara berlebihan.

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comudang-untuk-ibu-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!