Lelaki Tekad Nak Langgar Isteri Di Kawasan Parkir Kereta, Serabut Masalah Rumah Tangga!

Disebabkan terlalu geram dan tak mampu lagi menahan rasa sabar, lelaki ini sanggup nak langgar isterinya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah keluarga ini kadang-kadang boleh berpunca dengan pelbagai sebab seperti masalah kewangan, tiada persefahaman pendapat, campur tangan orang ketiga dan banyak lagi.

Apabila masalah ini berlanjutan pastinya ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan seterusnya membuatkan pasangan suami isteri itu bercerai berai lalu menganggu emosi anak-anak dan kaum keluarga yang lain.

Masalah keluarga, suami bertindak nak langgar isteri

Gara-gara mengalami masalah keluarga dan akibat tertekan, seorang suami tergamak ingin melanggar isterinya di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Tandop, Alor Setar.

Kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 12.04 malam tadi dan suspek telah bertindak nekad untuk melanggar isterinya sehingga mati.

Walaubagaimanapun, cubaannya itu gagal apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh anak mereka yang semasa itu berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 45 tahun itu dikatakan naik angin selepas berlakunya pergaduhan dengan isterinya di kawasan tempat letak kereta itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melakukan siasatan, pihak polis mendapati pergaduhan itu berpunca dari masalah keluarga namun secara terperinci tidak diketahui.

Cuba langgar dari arah depan

Menurut ACP Mohd Rozi, suspek yang memandu Perodua Myvi dipercayai cuba melanggar mangsa di arah hadapan namun tidak berjaya melakukannya.

Ini kerana mangsa yang juga isterinya itu sempat diselamatkan oleh anak mereka yang turut berada di kawasan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tidak diselamatkan lebih awal pada masa kejadian mungkin kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes masih disiasat bagi melihat sudut yang sesuai untuk suspek ditahan dan menerima hukuman.

Kini, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

3 isu yang selalu menjadi masalah dalam keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam membina keluarga bahagia, pasti ada sahaja konflik, masalah dan cabaran yang akan timbul dan perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik serta rasional.

Sebagai ketua keluarga, anda harus bersikap baik dan sentiasa dalam pemikiran yang positif kerana setiap masalah yang datang dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Berikut tiga masalah keluarga yang sering berlaku dan menyebabkan perpecahan dalam rumah tangga.

#1. Kemiskinan

Sekiranya sesebuah keluarga tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi bagi menampung keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan tentunya hal ini akan menjadi satu masalah dalam rumah
tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia akan memberi kesan terhadap pendidikan anak-anak, terpaksa tinggal di kawasan setinggan, kekurangan kemudahan asas, masalah emosi yang menjurus kepada gejala sosial, penyalah gunaan dadah, masalah kesihatan dan banyak lagi.

#2. Pengangguran

Situasi ini menunjukkan suami tidak bekerja atau dibuang kerja yang mungkin memberi beban kepada seisi keluarga.

Kalau dibuang kerja itu mungkin boleh mendapat pampasan tertentu dari majikan tapi kalau malas kerja ini boleh mendatangkan kemarahan isteri dan seluruh ahli keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekaligus ia memberi beban untuk menyempurnakan perbelanjaan keluarga sehingga terpaksa menyerahkan tugas itu kepada isteri dan anak-anak yang mungkin sudah besar.

Bila isteri yang terpaksa bekerja dan menyara keluarga maka pengurusan anak dan rumah tangga akan terabai.

Misalnya tidak mampu mengupah orang jaga anak dan membiarkan anak duduk di dalam rumah tanpa pantauan daripada orang dewasa dan tentu ini memberi risiko tinggi pada keselamatan mereka.

#3. Pengabaian

Pengabaian ini berlaku apabila anak-anak berada dalam keluarga yang miskin sehingga ibu bapa tidak lagi berdisiplin dalam menjaga anak dan hanya membiarkan mereka melakukan kesalahan iaitu gejala sosial.

Ini kerana ramai remaja yang mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan dan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Justeru, kesan daripada tiga perkara di atas akan menyebabkan berlakunya perpecahan dan pertelingkahan sehingga menimbulkan keadaan kucar kacir dalam rumah tangga.


Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Baitul Jannah 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

20 perkara yang saya mahu anak saya tahu tentang perkahwinan