Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Selepas PKPB, Undang Pelbagai Masalah Dan Semakin Membimbangkan

Tahukah anda di Malaysia, 1 dalam 4 kanak-kanak/remaja mengalami berlebihan berat badan dan Malaysia berada di tangga teratas dalam senarai negara-negara (di rantau ini) bagi obesiti kanak-kanak dengan 30% kanak-kanak direkod sebagai obes?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah obesiti di Malaysia masih berterusan. Kita bukan sahaja melebihi seantero Asia Tenggara, malahan kanak-kanak kita juga sama seperti mereka di mana setiap lima orang-yang-bersekolah akan mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.

Seriuskah masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia? 

Di peringkat global, lebih daripada 42 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah berlebihan berat badan/obes. Di Malaysia, 1 dalam 4 kanak-kanak/remaja mengalami berlebihan berat badan dan Malaysia berada di tangga teratas dalam senarai negara-negara (di rantau ini) bagi obesiti kanak-kanak dengan 30% kanak-kanak direkod sebagai obes.

Apakah punca atau faktor masalah obesiti di kalangan kanak-kanak  berlaku?

Kredit: REUTERS

Masalah obesiti (kegemukan) di kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan. Kegemukan dinilai berdasarkan BMI (Body Mass Index), dan cara pengiraannya adalah seperti berikut:  

  • BMI = Berat(kg) / Tinggi(m)² 
  • Berat badan berlebihan : BMI melebihi percentile 85% (rajah 1)
  • Obes : BMI melebihi percentile 95%
  • Obesiti serius : BMI melebihi percentile 99%

Masalah obesiti berpunca dari pengambilan kalori yang melebihi penggunaannya. Obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang melebihi penggunaannya. Secara umumnya ia berpunca dari factor gaya hidup seperti tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tahap aktiviti fizikal yang rendah.

Kes obesiti yang berpunca dari masalah perubatan seperti penyakit hormone atau sindrom adalah kurang dari 1%. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ibu bapa mengalami masalah kegemukan, anak mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami masalah yang sama. Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan biasanya akan menjadi obes atau gemuk ketika dewasa. 

Meskipun faktor genetik memainkan peranan, factor luaran seperti pengambilan kalori berlebihan dan kurangnya aktiviti fizikal memainkan peranan yang lebih besar. Jadi, memupuk tabiat pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif sejak kecil adalah sangat penting. 

Faktor budaya masyarakat Malaysia juga memainkan peranan dalam masalah kegemukan. Malaysia adalah negara pelbagai bangsa dan terkenal dengan variasi makanannya.  Makanan juga mudah didapati sepanjang waktu, dengan tersedianya restoran-restoran 24 jam di seluruh negara. 

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, pengambilan kalori masyarakat Malaysia telah bertambah. Budaya ‘fast food’ juga agak meluas di kalangan masyarakat kita.

Kesedaran mengenai budaya pemakanan yang sihat masih di tahap yang rendah. Selain faktor makanan, budaya senaman atau aktiviti luaran bersama keluarga di masyarakat kita masih rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komplikasi kepada kesihatan

Kredit: The Independent

Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan;

  • Diabetes Mellitus jenis 2 - Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun.
  • Tekanan darah tinggi – Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan membawa kerosakan kepada jantung.
  • Masalah hati – Masalah hati berlemak (‘Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or NASH‘) sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (‘liver failure, cirrhosis‘).
  • Kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (‘Obstructive sleep apnea‘) - Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.
  • Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.
  • Kerosakan sendi – Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.
  • Sindrom metabolik dan risiko penyakit jantung – Sindrom metabolik terjadi apabila pesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.
  • Penyakit Jantung – ‘Atherosclerosis’ (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialah masalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.
  • Masalah haid – kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (‘uterine fibroid’) and masalah kitaran haid apabila dewasa.
  • Membesar menjadi orang dewasa yang gemuk – Kanak-kanak obes lazimnya membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Setengah daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.
  • Kemurungan – Masalah obes sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kurang keyakinan diri. Ini boleh menyebabkan masalah susah tidur, kurang aktif, makan berlebihan dan seterusnya menambahkan lagi berat badan pesakit obes.

Apakah tindakan wajar ibubapa untuk menguruskan masalah ini?

Kredit: Quartz

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya 1 jam.

Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot.

Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang menyenorokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam.

Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot.

Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.

  • Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka.

Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.

  • Hadkan aktiviti sedentari.

Tidak boleh melebihi 2 jam sehari (video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer). Ini tidak termasuk ulangkaji dan kerja sekolah. Elakkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga.

  • Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari.

Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.

  • Makan mengikut masa

Ini merujuk kepada sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian.

  • Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga

Elakkan makan sambil menonton televisyen. Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengatasi masalah obesiti anak-anak

Kredit: New York Times

Sebagai contoh yang baik kepada anak-anak, ibu bapa yang obes perlu mengurangkan berat badan.

Bermula hari ini, pilihlah gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan seimbang dan senaman teratur setiap hari. Kanak-kanak akan lebih tertarik untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup mereka apabila ianya merangkumi seluruh isi keluarga.

Selain ibu bapa, pihak sekolah juga dapat memainkan peranan yang penting dalam memupuk gaya hidup sihat kepada kanak-kanak. Pengetahuan dan kesedaran adalah senjata penting dalam memerangi masalah obesiti ini. 

Seawal tahap pra-sekolah, kanak-kanak  perlu diajar mengenai jenis-jenis makanan yang sihat, kuantiti atau porsi makanan yang sihat, serta cara mengenali dan mengelakkan makanan-makanan berkalori tinggi dengan nutrisi yang rendah.

Mereka juga perlu diberi kesedaran mengenai penyakit-penyakt yang dikaitkan dengan obesiti.

Adakah terdapat rawatan spesifik untuk kanak-kanak?

Penggunaan ubat langsing badan terhadap kanak-kanak obes adalah sangat terhaddisebabkan oleh kesan sampingan ubat kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat kadang-kala boleh dipertimbangkan untuk jangka pendek bagi pesakit tertentu.

Bilakah kanak-kanak obes perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Endokrin?

Sebaiknya semua kanak-kanak obes perlu dipantau oleh pakar pediatrik. Sekiranya perlu, pakar pediatrik anda akan melakukan rujukan kepada kepakaran lain sesuai dengan masalah yang dialami oleh kanak-kanak ini. 

Kanak-kanak perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Endokrin apabila terdapat kemungkinan yang obesiti yang dialami adalah berkaitan dengan penyakit hormon, contohnya penyakit tiroid, sindrom Cushing atau kekurangan 'growth hormone' . 

Mereka juga perlu dirujuk apabila megalami komplikasi daripada obesiti sepert Penyakit Kencing Manis (Type 2).

Ada kalanya kanak-kanak obes ini memerlukan perhatian pakar psikiatri atau psikologi . Perlu diingat bahawa kemurungan atau menjadi mangsa buli adalah perkara yang sering dijumpai pada kanak-kanak dengan masalah obesiti.  

Sumber: Artikel ini ditulis oleh Dr. Senthil Kumaran, Pakar Pediatrik, Pantai Hospital Laguna Merbok

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Daripada Aktiviti Bersukan - Jom Ajak Anak Hidup Lebih Aktif!

Baca juga:  Ibu Bapa Harus Sokong Anak Untuk Aktif Dalam Sukan Demi 7 Kelebihan Ini!

Baca juga: Sel otak anak sedang berhubung kalau dia aktif melompat, memanjat -- ibu kena banyak sabar...