Masalah Penghadaman Punca Kesihatan Tubuh Merosot. Ini Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Atasinya

Kajian menunjukkan bahawa kesihatan yang baik bermula di perut atau usus kita. Jika anda sering dibelenggu masalah kesakitan atau ketidakselesaan pada perut, anda mungkin perlu menambah probiotik dalam diet harian anda, yang mampu membantu meningkatkan kesihatan usus anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda sering dibelenggu masalah penghadaman, refluks asid, sindrom usus besar (IBS), atau masalah imuniti lain seperti batuk dan selsema?

Jika jawapan anda ya, anda perlu berjaga-jaga kerana ini merupakan salah satu tanda amaran tentang kesihatan usus anda. 

Tahukah anda bahawa kesihatan usus memainkan peranan yang besar dalam kesihatan kita secara keseluruhan?

Usus kita, ataupun sistem gastrousus kita, terdiri daripada perut, usus kecil dan kolon. Tugas utamanya ialah mengawal selia dan mengekalkan keseluruhan fungsi badan kita. Kesihatan usus juga memainkan peranan penting pada kesihatan fizikal dan mental kita.1 Ketidakseimbangan dalam usus kita boleh menjejaskan mood, tidur, emosi, metabolisme dan kesihatan kita.2

Oleh itu, jika anda sering mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah kesihatan yang disebutkan di atas, anda boleh cuba meningkatkan kesihatan usus anda dengan menambah probiotik dalam diet harian anda.

Apakah Itu Probiotik?

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang terdapat di dalam usus secara semulajadi dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan pencernaan, meningkatkan sistem imun, dan juga memberi kesan kepada kesejahteraan mental kita.3

Probiotik merupakan sebahagian daripada mikrobiom kita. Mikrobiom manusia merujuk kepada koleksi besar mikroorganisma yang hidup di permukaan dan di dalam badan kita - serupa dengan komuniti organisma yang terdiri daripada mikrob yang wujud bersama dan berinteraksi antara satu sama lain. Dianggarkan, badan kita terdiri daripada 100 trilion mikrob, iaitu campuran bakteria, kulat (termasuk yis), virus dan protozoa.2, 3

Mikrob, atau “probiotik baik” biasanya berada di dalam usus, terutamanya usus besar. Walau bagaimanapun, ia juga boleh ditemui di lokasi lain di dalam dan di permukaan badan kita, seperti mulut, faraj, kulit, saluran kencing dan paru-paru.3

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat pelbagai jenis bakteria "baik", tetapi tidak semuanya memberikan manfaat kesihatan yang sama. Dua daripada bakteria biasa yang diketahui sebagai probiotik berfaedah termasuk lactobacillus dan bifidobakteria.2, 3

Bagaimanakah Probiotik Berfungsi?

Probiotik ialah bakteria "baik" yang melawan bakteria "buruk" berlebihan di dalam badan kita.3 Dalam erti kata lain, probiotik memulihkan keseimbangan di dalam badan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepelbagaian dan keseimbangan mikrobiom usus dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang lebih baik, manakala ketidakseimbangan atau gangguan dalam mikrobiom (dirujuk sebagai dysbiosis) boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan pencernaan, keadaan autoimun, alahan dan banyak lagi.2, 3

Probiotik mengisi usus dengan bakteria berfaedah, yang membantu mengekalkan keseimbangan dan kepelbagaian mikrobiota usus. Mikrobiota usus yang seimbang memainkan peranan penting dalam memecahkan komponen makanan tertentu yang tidak dicerna, mensintesis vitamin, melindungi kita daripada penyakit dengan mengawal penyebaran bakteria "jahat", dan menyerap ubat-ubatan, yang semuanya penting untuk kesihatan usus dan kesejahteraan tubuh kita secara keseluruhan.3, 4

Apakah Faedah Probiotik?

Terdapat banyak faedah meningkatkan jumlah probiotik di dalam badan kita, sama ada melalui makanan atau suplemen. Antaranya:

  • Penghadaman yang lebih baik dan mengurangkan kejadian senak dan refluks asid.3, 4
  • Meringankan simptom sindrom usus besar, termasuk kembung perut, gas, dan ketidakselesaan perut.3, 4
  • Pencegahan dan rawatan gejala gangguan usus seperti cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik dan cirit-birit berjangkit.5
  • Mengelakkan jangkitan saluran pernafasan atas.3, 4
  • Pencegahan alahan.5

Adakah Probiotik Terdapat di dalam Makanan?

Ya, sudah tentu! Sokong kesihatan mikrobiom anda dengan menambah makanan kaya probiotik berikut dalam diet harian anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

    • Yogurt (pastikan yogurt dilabel dengan "mengandungi kultur hidup dan aktif”)
    • Sourdough 
    • Kefir
    • Kimchi
    • Miso
    • Roti sourdough 
    • Tempe
    • Kombucha
    • Kubis  masam (sauerkraut)

Inginkan Cara yang Lebih Mudah Untuk Mengambil Probiotik Setiap Hari?

Memang bagus untuk memakan makanan kaya probiotik setiap hari, namun realitinya, tidak semudah itu untuk mengamalkannya setiap hari. Sesetengah orang pula mungkin hanya mempunyai pilihan terhad untuk mengambil makanan kaya probiotik disebabkan sekatan diet tertentu. Dalam kes sedemikian, suplemen probiotik boleh menjadi alternatif yang lebih mudah dan berkesan.

Dengan begitu banyak pilihan di pasaran, dengan pelbagai jenis yang ditawarkan, seperti kapsul, tablet, serbuk dan gula-gula getah, boleh jadi sukar untuk memilih jenama yang sesuai untuk anda.

Jangan risau, kami ada cadangan yang bagus untuk anda!

Cubalah Life-Space Probiotics

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Life-Space ialah Jenama Probiotik No.1 Australia* dengan 20 tahun kepakaran dalam probiotik, direka untuk setiap peringkat kehidupan.

Life-Space Probiotics dipercayai oleh berjuta-juta warga Australia dan begitu ramai keluarga di seluruh dunia. Fasiliti perkilangan buatan Australianya di BioCarna menggunakan teknologi dan peralatan termaju untuk menyediakan probiotik berkualiti tinggi dan diuji rapi untuk pelanggan global mereka.

Terdapat pelbagai jenis produk Life-Space, tetapi kami cadangkan anda cuba yang berikut sebagai permulaan:

1. Life-Space Probiotics Broad Spectrum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Life-Space Broad Spectrum Probiotics ialah suplemen probiotik 15-dalam-1. Setiap kapsul mengandungi 15 jenis bakteria berfaedah dengan 32 bilion bakteria hidup CFU. Ia dirumus untuk menyokong mikrobiom yang sihat untuk kesihatan dan kesejahteraan umum serta untuk menguatkan imuniti dan menyelesaikan masalah pencernaan.

2. Life-Space Pregnancy Probiotic 50 Capsules

Life-Space Pregnancy Probiotics ialah formula probiotik premium yang mengandungi 15 jenis bakteria berfaedah dan 25.5 bilion bakteria hidup CFU dalam setiap kapsul. Ia dirumus untuk menguatkan imuniti ibu dan bayi, mengurangkan risiko ekzema pada kanak-kanak kecil yang mempunyai sejarah keluarga (apabila diambil semasa mengandung, menyusu dan dalam dua tahun pertama kehidupan), meningkatkan penyerapan nutrisi dan mengekalkan keseimbangan flora faraj yang sihat.

3. Life-Space Probiotics Powder Children (3-12 years old)

Life-Space Powder Probiotics Children (3-12 years old) mengandungi 15 strain probiotik dan 10 bilion CFU bakteria hidup setiap kapsul. Ia menyokong kesihatan imun dan pencernaan kanak-kanak dengan menggalakkan kepelbagaian bakteria baik dalam mikrobiom. 

Mengapa Kami Mengesyorkan Life-Space Probiotics

Pasti ada sebab kukuh mengapa Life-Space Probiotics ialah Jenama Probiotik No.1 Australia*. Sudah tentu kami sukakan jenama ini kerana produknya yang sangat mudah diambil dan direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi semua kumpulan pengguna.

Sekarang, anda sudah pun mengetahui dan memahami lebih lanjut tentang probiotik dan kesan positifnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan tubuh anda, bukan? Jadi kami berharap anda akan mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda demi kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Cubalah amalkan pengambilan probiotik setiap hari dan mungkin, ada juga mampu mengucapkan selamat tinggal kepada masalah perut anda dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan usus.

Namun begitu, jangan lupa untuk berunding dengan pakar kesihatan sebelum membuat sebarang perubahan ketara pada diet atau rejimen suplemen anda, terutamanya jika anda sedang mengalami sebarang masalah kesihatan.

Dapatkan manfaat probiotik untuk diri sendiri dan anak-anak anda! Beli Life-Space Probiotics di Shopee hari ini!

 

RUJUKAN:

  1. https://www.vichealth.vic.gov.au/our-health/be-healthy-blog/how-improve-your-gut-health
  2. https://www.nebraskamed.com/gastrointestinal-care/how-your-gut-affects-your-whole-body
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/14598-probiotics
  4. https://www.livescience.com/what-are-probiotics-and-how-do-they-work
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4045285/

Penulis

chamlixian