Benarkah Wanita Muda & Tidak Berkahwin Mudah Terkena Barah Payudara? Ini Penjelasannya...

Benarkah wanita bujang dikatakan mudah terkena kanser payudara?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, kita dengar masalah wanita yang terkena kanser payudara ini adalah bagi golongan yang sudah berkahwin terutama jika ada keturunan yang pernah memiliki penyakit ini. Namun, pernah tak anda dengar wanita yang tidak mempunyai anak dan masih bujang turut boleh menghidap barah ini?

Masalah wanita bujang dengan kanser payudara

Kredit: Dr R Juhaidah

Terdapat satu kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti wanita yang berumur antara 25 hingga 64 tahun yang didiagnosis dengan kanser payudara  pada tahun 2004 dan 2009.

Keputusan dari kajian tersebut mendapati, wanita bujang adalah 1.18 kali mungkin didiangnosis dengan kanser payudara manakala wanita berkahwin pula sebanyak 1.15 dan 1.20.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam analisis yang diselaraskan, wanita yang belum berkahwin lebih cenderung untuk menderita kanser payudara berbanding wanita yang sudah berkahwin.

Walau bagaimanapun, wanita bujang dengan kanser payudara ini boleh mendapatkan kaunseling tambahan, sokongan psikososial dan pengurusan kes pada masa rawatan untuk memastikan ia dapat dikawal dengan baik.

Kanser payudara di kalangan wanita muda

Wanita yang berumur bawah 40 tahun mungkin merasakan mereka tidak berisiko untuk terkena kanser payudara namun 5% daripada semua kes ini berlaku dalam lingkungan umur bawah 40 tahun. Namun begitu, diagnosis boleh menjadi sukar kerana kepadatan tisu payudara dan rawatan boleh menjejaskan kesuburan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbezaan tentang kanser payudara di kalangan wanita muda

  • Diagnosis kanser payudara pada wanita lebih muda jauh lebih sukar kerana tisu payudara mereka masih padat dan pemeriksaan rutin tidak digalakkan.
  • Kanser payu dara pada wanita yang lebih muda mungkin lebih agresif dan kurang memberi respon kepada rawatan.
  • Wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara lebih cenderung mempunyai mutasi genetik yang menimbulkan predisposisi kepada payudara dan kanser yang lain.
  • Wanita muda selalunya mengabaikan tanda amaran seperti benjolan payudara hingga membuatkan kesihatan mereka terjejas dan bertambah buruk.
  • Kanser payudara menimbulkan cabaran tambahan untuk wanita bujang kerana ia boleh melibatkan isu berkaitan seksualiti, kesuburan dan kehamilan selepas rawatan kanser. 

Bolehkah kanser payudara dicegah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh semua wanita untuk mengurangkan risiko kanser termasuklah seperti:

  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Mengehadkan penggunaan alkohol
  • Dapatkan senaman yang kerap
  • Menyusu

Sekiranya dapati ada simpton kanser payudara, wanita digalakkan mendapat rawatan segera supaya dapat meningkatkan peluang anda untuk bertahan dalam hidup.

Ini kerana, lebih dari 90% wanita yang ada kanser payudara yang ditemui pada peringkat awal akan dapat bertahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, sila segera ke hospital sekiranya simpton kanser muncul pada peringkat awal supaya ia dapat dicegah dengan lebih baik seterusnya peluang anda untuk bertahan adalah lebih panjang. 

Semoga bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Sumber: Web MD, Clevelandclinic, The Breast 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanser-payudara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan