"Mat Despatch" akhirnya berjaya menjadi seorang juruterbang

Gagal 11 kali, tetap tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menjadi juruterbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kugan Tangiisuran: Seorang “Mat Despatch” yang akhirnya berjaya menjadi seorang juruterbang Airasia

Kisah seorang pemuda India ini amat menarik. Kisahnya boleh dijadikan satu inspirasi kepada sesiapa yang hampir berputus asa dan jangan mengalah terhadap impian anda.

Dari kecil lagi, pemuda berusia 31 tahun ini bercita-cita untuk menjadi Juruterbang. Namun, dia terpaksa melupakan hasratnya sebentar kerana kursus itu memerlukan belanja yang amat besar, sedangkan keluarganya tidaklah kaya tetapi tidaklah terlalu miskin. Keadaan ekonomi keluarga menghalang dia mencapai impiannya.

Mat Despatch: Kini Pilot

Rakan Kugan yang tahu akan impiannya menawarkan dia untuk bekerja di AirAsia sebagai Mat Despatch di sana, kerana peluangnya untuk bertukar “department” amat cerah di sana. Dan dia juga berpeluang untuk menceburkan diri dalam industri penerbangan secara tidak langsung.

Kugan yang berkelulusan Diploma Hospitaliti mengambil peluang untuk berkhidmat di Airasia, kerana dia mengetahui peluang untuk memajukan diri di Airasia sangat tinggi.

Namun demikian, polisi syarikat yang menghendaki pekerja berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum ditawarkan untuk bertukar “department”. Dengan sikapnya yang sabar, dia terus bekerja sebagai “Mat Despatch” di AirAsia sehingga genap 2 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video dari Free Malaysia Today

 

Pada tahun 2006, setelah 11 kali percubaan selama 9 tahun, dia lulus peperiksaan yang melayakkan dia untuk menjadi seorang juruterbang selepas 11 kali gagal semasa mengisi kekosongan untuk menjadi juruterbang dan setelah 4 kali gagal dalam peperiksaan kelayakan untuk menjadi pelatih di Asia Pacific Flight Training (APFT).

Pada tahun 2013, dia lulus dalam kesemua peperiksaan kelayakan serta diterima masuk untuk menjadi pelatih Asia Pacific Flight Training (APFT). Dia baru sahaja tamat latihan untuk menjadi pembantu juruterbang pada bulan Jun 2015.

Bulan Ogos 2015, dia mengawal penerbangan biasa untuk pertama kalinya, menjadi pembantu juruterbang di dalam penerbangan ke Miri. Ini adalah pencapaian hebatnya dalam masa 2 bulan sahaja bergelar juruterbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasaan semasa mengendalikan penerbangan, bercampur baur, gembira, teruja dan juga gugup. Kerana nyawa semua penumpang di tangannya. Dia gugup namun tidak takut kerana keyakinan dirinya sudah lama dipupuk dan dibentuk semasa dalam latihan lagi.

Keazaman beliau ditambah pula dengan sikap ‘ tidak pernah berputus asa ‘ begitu berinspirasi sehingga mengharukan Tony Fernandes yang tidak membenarkan Kugan berputus asa berkata, “Saya tidak mahu orang yang senang berputus asa. Saya mahu orang yang percaya dengan kebolehan mereka dan beraspirasi untuk menjadi terbaik.”

Artikel dipetik dari Says

Gambar dipetik dari Harian Metro

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh