Langkah Waspada, MATA Menjadi Laluan Penting COVID-19 Tersebar Ke Dalam Badan- Pakar

Menurut perkongsian daripada Pakar, mata manusia merupakan laluan penting untuk covid-19 merebak seterusnya menjangkiti orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan oleh kerajaan, adalah bertujuan meredakan gelombang tersebut dari terus menjangkiti lebih ramai orang di seluruh negara, terutamanya bila ada pakar yang mengatakan laluan utama virus ini tersebar adalah melalui mata manusia.

Menurut Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, covid-19 ini tidak akan berakhir dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Namun orang ramai tidak perlu panik tapi sentiasa mematuhi langkah- langkah yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung wabak coronavirus ini.

Atas sebab itulah jika berlaku ancaman di sesetengah tempat, langkah untuk memperketatkan PKP akan segera dilaksanakan.

Beliau turut menambah, langkah tersebut adalah penting untuk memastikan pematuhan dan kerjasama antara dua pihak iaitu kerajaan dan individu serta komuniti atau syarikat.

Benarkah mata manusia adalah laluan utama corona virus tersebar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh University of Hong Kong (HKU), mata manusia merupakan laluan penting bagi wabak covid-19 untuk masuk ke dalam tubuh seseorang.

Malah kajian tersebut turut mendapati bahawa penyebaran covid-19 melalui cara itu adalah 100 kali lebih tinggi berbanding Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung (H5N1) di dalam lubang mulut yang diuji.

Selain daripada itu, melalui ujian makmal juga turut mendedahkan bahawa tahap virus Sars-Cov-2-coronavirus yang menyebabkan penyakit Covid-19 adalah jauh lebih tinggi dari SARS. Ia meliputi saluran pernafasan atas dan konjuktiva, sel yang melapisi permukaan mata.

Menjangkiti manusia melalui dua titik masuk

Kajian tersebut yang diketuai oleh Dr Michael Chan Chi-Wai dari sekolah kesihatan awam HKU menjadi antara penyelidik pertama yang memberikan bukti bahawa covid-19 dapat menjangkiti manusia melalui dua titik masuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata sedemikian semasa menerbitkan penemuannya dalam edisi terbaru The Lancet Respiratory Medicine.

Dr Michael turut menambah, pihaknya telah mengambil tisu dari saluran pernafasan dan mata manusia untuk menggunakannya bagi mempelajari SARS-Cov-2 lalu membandingkannya dengan SARS dan H5N1.

“Selepas melakukan ujian di makmal, pihak kami mendapati SARS-Cov-2 lebih mudah menjangkiti konjungtiva manusia dan saluran udara pernafasan berbanding SARS.

“Malah tahap virusnya juga tinggi sekitar 80 hingga 100 kali, ini bermaksud kebolehjangkitan Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding SARS. Kajian juga menyerlahkan faktara bahawa mata mungkin menjadi laluan penting untuk virus ini tersebar,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang ramai diminta tidak sentuh mata terlalu kerap

Sebagai langkah waspada, kajian itu turut menguatkan agar orang ramai tidak selalu menyentuh bahagian mata dan mencuci tangan secara lebih kerap bagi mengelakkan jangkitan tersebar.

Walaupun Malaysia berada di paras terkawal namun keadaan lain di seluruh dunia masih membimbangkan seperti negara Russia dan Eropah. Jadi langkah berjaga-jaga harus sentiasa ada dan kita tidak boleh terlampau selesa dengan keadaan di sini.

Cara coronavirus tersebar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut data yang dikeluarkan KKM, penularan coronavirus tersebar adalah melalui titisan dari hidung dan mulut yang merebak apabila ada individu dengan Covid-19 batuk atau bersin.

Kemudiannya, titisan ini akan merentasi objek dan permukaan yang ada di sekelilingnya.

Bagi orang lain pula, mereka akan mendapat jangkitan Covid-19 dengan menyentuh objek atau permukaan tersebut lalu mereka memegang mata, hidung dan mulut.

Walaubagaimanapun, seseorang itu juga boleh dijangkiti dengan wabak ini jika ada berdekatan dengan pesakit yang telah dijangkiti terutama apabila mereka terbatuk atau bersin.

Sebab itulah, KKM sentiasa mengingatkan orang ramai agar melakukan penjarakan sosial lebih dari 1 meter atau 3 kaki dari orang yang sakit atau orang yang berada berdekatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengekang wabak ini, KKM akan sentiasa mengawasi perkembangan jangkitan dan mengemaskini maklumat penyakit dalam laman web KKM dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan terkini.

Apa yang membimbangkan orang ramai adalah covid-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian terutama dalam kalangan orang yang berusia serta mempunyai masalah kesihatan tertentu atau sistem imun badan mereka yang rendah.

Apapun, ciri terperinci virus belum dikenalpasti dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Antara golongan yang berisiko tinggi

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti corona virus. Jadi orang ramai dinasihatkan agar mengehadkan lawatan ke hospital terutama bagi urusan tidak penting.

  • Kanak-kanak
  • Orang tua yang berumur 65 tahun ke atas
  • Pesakit yang memiliki penyakit kronik
  • Pesakit yang ada daya ketahanan badan yang rendah
  • Wanita hamil

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Berita Harian, Info Sihat 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsistem-imunisasi-badan