Kanak-kanak 2 tahun maut dihempap cermin dalam sebuah kedai kasut

Seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun mati dihempap cermin ketika dalam kedai kasut. Ibu bapa tahu bagaimana cara nak bawa anak ke pasaraya?

Hari yang sepatutnya menjadi salah satu hari keluarga bertukar menjadi tragedi ngeri yang tidak dapat dilupakan. Itulah yang berlaku kepada mangsa yang mati dihempap cermin ini.

Seorang anak gadis kecil yang baru berusia 2 tahun didapati maut selepas sebuah cermin dilaporkan telah terjatuh ke atasnya di kedai kasut Payless di USA.

Kanak-kanak yang mati dihempap cermin itu dilaporkan datang ke kedai kasut terbabit bersama keluarganya. Ifrah Siddique baru saja masuk ke dalam kedai itu sebelum tiba-tiba satu jeritan kuat kedengaran.

Kanak-kanak 2 tahun mati dihempap cermin, polis masih mencari punca

Walaupun laporan masih tidak jelas bagaimana cermin yang digantung di dinding itu boleh terjatuh dan menghempap mangsa, namun polis tidak menafikan mereka menerima laporan tepat pukul 8 malam.

Ketika itu, salah seorang penduduk tempatan mendengar tentang kecelakaan terbabit dan pantas datang ke kedai kasut terbabit untuk memeriksanya.

Latisha Culpatrick kemudiannya memberitahu Fox 5 – “Semua dapat mendengar dengan jelas bunyi jeritan ibu mangsa. Kemudian, makin ramai mengerumuni pintu kedai. Ia satu kejadian yang tragik,”

Sebaik saja polis tiba di tempat kejadian, Irfah pantas digegaskan ke Pusat Perubatan Wilayah Selatan, namun beliau disahkan maut.

Polis masih mencari punca kanak-kanak mati dihempap cermin

Kedua-dua ibu bapa mangsa masih trauma dan dalam kejutan. Bapa mangsa dilaporkan mengatakan

Saya rasa separuh daripada nyawa saya sudah melayang. Saya tiada apa-apa lagi. Anak perempuan saya….”

Pihak kedai kasut terbabit sudah mengeluarkan kenyataan kepada TIME dengan mengatakan:

Kami amat bersimpati kepada keluarga Ifrah Siddique dan ucapan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu menyelesaikan siasatan ke atas kejadian. Kerana ingin menghormati keluarga mangsa, tiada sebarang maklumat lain yang akan diberi buat masa ini,”

Hingga sekarang, kes ini masih disiasat. Walau apapun punca dan bagaimana mangsa boleh mati dihempap cermin, kita sebagai ibu bapa dapat melihat betapa pentingnya menjaga anak kita di tempat yang tidak mesra kanak-kanak.

5 pengajaran dari kes mati dihempap cermin

Jika anda salah seorang ibu bapa yang kerap membawa anak-anak keluar shopping sama ada pada hari minggu atau hari-hari lain, sila amalkan 5 perkara ini untuk keselamatan dan keselesaan anak.

1. Buat senarai siap-siap

Lebih bagus anda senaraikan siap-siap apa yang anda mahu beli. Dapatkan semua benda itu mengikut masa anda dan bagaimana mood anaka-anak. 

Anda juga patut mengajar anak peraturan asas di shopping mall seperti anak kena duduk diam dalam stroller, ataupun anak kena berada berdekatan dan jangan berlari-lari.

2. Keluar selepas anak sudah makan dan berehat

Jangan keluar pergi shopping ketika anak kelaparan kalau anda tidak mahu kendali mega tantrum yang akan mereka buat.

Pilih masa ketika mereka sudah makan ataupun berehat. Jika mustahil nak berbuat demikian, nampaknya anda kena ambil baby sitter kejap.

3. Benarkan anak ikut serta dalam aktiviti shopping

Untuk memastikan anak sentiasa dekat dengan anda, cuba minta atau benarkan mereka ikut serta dalam aktiviti memilih barang. 

Jadi, mereka tidak akan bosan dan berjalan-jalan atau berlari dalam pasaraya yang luas. 

4. Sentiasa perhati anak

Kalau anda tak mahu anak berlari-lari seakan amok dalam pasaraya, jangan terlepas memerhati mereka. Sentiasa pegang tangan mereka, walaupun ketika anda sibuk memeriksa sesuatu.

5. Cuba tanya pengalaman anak

Selepas kalian selesai membeli-belah, cuba ambil sedikit masa untuk bertanya anak tentang pengalamannya. Anda boleh menggalakkan anak membantu anda nanti.

Apa yang paling penting, sebelum anda ke mana-mana, atau ketika anda tengah melakukan sesuatu, jika anak lapar dan dahaga, layan mereka dulu!

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: ACJYahooFox 5

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

Penulis

Ayu Idris