Selepas 6 Jam Berada Dalam Peti Sejuk Mayat, Bayi Pramatang Menangis & Hidup Semula!

Kelahiran pramatang bukanlah sesuatu yang diingini oleh setiap ibu ayah. Namun siapa sangka bayi mati 6 jam lalu kini telah hidup semula?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah manusia yang telah mati hidup semula sering mencetuskan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Manakan tidak, setelah segala persiapan pengebumian telah dilakukan dan secara tiba-tiba si mati bernafas kembali.

Walau bagaimanapun, siapalah kita untuk mempersoalkan takdir dan rahsia tersirat daripada sang pencipta. Mungkin ada hikmahnya di setiap kejadian aneh berlaku, mungkin sebagai petunjuk atau pengajaran kepada para manusia yang masih lalai dalam kehidupan seharian mereka.

Kisah bayi pramatang mati hidup semula 

credit to sources

Kisah mati hidup semula ini dikatakan telah berlaku di sebuah hospital La Margarita, Mexico semalam telah mendatangkan kejutan besar kepada orang ramai termasuklah ibu ayah bayi berkenaan.

Ia seolah-olah sebuah mimpi. Bayi pramatang berusia 23 minggu dengan jantina lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia selama 6 jam, namun dia mula menangis semula. Difahamkan, dia disahkan mati kira-kira jam 4 pagi oleh doktor di bandar Peubla. 

Namun sekitar jam 10 pagi ketika pihak yang bertugas ingin mengambil ‘mayat’ berkenaan bagi urusan pengebumian, dia tiba-tiba bergerak perlahan dan menangis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, pekerja berkenaan segera memanggil bapa bayi untuk melihat sendiri keajaiban tersebut. 

”Bayi pramatang tersebut telah dilahirkan sekitar jam 4 pagi dan dijumpai hidup pada pukul 10 pagi. Ini bermakna dia telah berada dalam peti sejuk mayat selama lebih kurang 6 jam,”

”Kami telah memanggil ayah kepada bayi lelaki itu dan dia juga mendengar anaknya menangis. Jadi kami segera memanggil doktor yang mengesahkan kematian bayi ini bagi pemeriksaan lanjut,” jelas pekerja pengurusan mayat, Miguel Angel Flores.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah bayi mati hidup semula ini telah mendatangkan banyak tanda tanya. Bayangkan sahaja dirinya dilahirkan pramatang dan diletakkan selama 6 jam dalam peti sejuk itu. Ini semuanya bagaikan satu kisah ajaib!

”Saya masih belum faham bagaimana dia boleh bertahan. Peti berkenaan digunakan untuk menjaga anggota badan yang diamputasi. Saya tidak pernah melalui pengalaman pelik sebegini,” jelasnya.

Ketika semua orang sedang berasa keliru dan bingung tentang apa yang melanda, bapa bayi tidak bernama itu dilihat memberikan semangat untuk anak lelakinya bertahan.

Ayah di sini anakku, teruskan bertahan. Dia menangis, masih menangis. Dia hidup. Kesian kamu, teruskan bertahan sayangku. Tuhan tolonglah jaga anak ini! Dia masih hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian tersebut menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Mereka telah menyarankan kedua ibu ayah bayi malang ini mengeluarkan saman terhadap pihak hospital.

Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan bagi mengetahui punca sebenar bayi ditempatkan dalam peti sejuk mayat.

Risiko kelahiran pramatang

Menurut Baby Center, dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi dilahirkan pada minggu ke-36 kebiasaannya tidak mengalami masalah meskipun saiznya kecil dan mengalami masalah pernafasan.

Walaupun begitu, bagi kes bayi dilahirkan lebih awal dari 36 minggu ini memerlukan rawatan rapi kerana organ dalamannya masih belum matang. Dia mungkin lemah, sukar menghisap atau bernafas.

Bayi yang dilahirkan seawal minggu ke-22 hingga 25 memiliki peluang untuk hidup, tetapi separuh daripadanya akan berdepan masalah ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyebab bayi lahir awal

credit to sources

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kehadiran bakteria tertentu dalam air kencing meningkatkan risiko kelahiran pramatang biarpun ibu tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Antara faktor-faktor lain ia terjadi ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • pengalaman keguguran 
  • hamil bayi kembar 
  • merokok
  • berlaku keadaan tidak normal pada uterus
  • pernah mengalami kelahiran pramatang
  • jangkitan bakteria pada vagina
  • hidup kemiskinan
  • menjadi keganasan rumah tangga
  • bertukar pasangan di antara dua bayi pertama anda

Menurut Organisasi Kebajikan Bayi Pramatang UK, Tommy’s, sekiranya ibu pernah mengalami kelahiran pramatang sebelum ini, anda berisiko tinggi untuk mendapat bayi pramatang sekali lagi.

”Sebanyak 15 peratus ibu cenderung untuk melalui kelahiran pramatang berulang. Buat masa ini para doktor tidak tahu bagaimana cara untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku,” jelasnya.

Sumber: Lobak Merah, Baby Center

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-syurga-2