Jika suami seakan mati pucuk, adakah ia sebab dia tak tertarik dengan saya?

lead image

Jika suami ada masalah mati pucuk atau ereksi tidak tahan lama, mungkinkah ia sebab salah isteri? Kenapa suami tak tergoda bila dirangsang oleh isteri?

Kadang-kadang, para isteri pasti pernah rasa kurang yakin untuk memuaskan suami, kan? Lebih-lebih lagi jika suami mengalami masalah mati pucuk atau lebih dikenali sebagai “ereksi tidak tahan lama”.

Kenapa suami tak terangsang pun apabila digoda? Kenapa suami tak boleh mengekalkan ereksi? Adakah sebab anda makin tidak cantik selepas bersalin?

Mati pucuk tanda suami tak sayang isteri?

Hubungan intim dalam perkahwinan adalah satu bentuk intimasi yang melibatkan emosi. Sebab itu jika ada sesuatu yang “tidak kena” dalam hubungan seks, pasti isteri akan mula menyalahkan dirinya.

Tapi wahai isteri, jangan berasa kurang yakin!

Suami dengan masalah mati pucuk atau ereksi tidak tahan lama bukan salah anda. Mungkin ada kes suami kurang berkeyakinan sehingga penisnya “susah nak mengeras”.

erection feat Jika suami seakan mati pucuk, adakah ia sebab dia tak tertarik dengan saya?

Namun, ada juga sebab-sebab lain! Jangan risau, mati pucuk bukan sebab suami sudah tak sayang isteri. 

Percayalah, suami anda pun sebenarnya amat stres sebab dia tak boleh tahan lama. Apabila dia terlebih stres, semakin sukar untuk ereksinya bertahan lebih lama. 

Satu lagi, keinginan suami untuk memuaskan isteri akan membuatkan dia ragu-ragu dengan diri sendiri.

Apabila dia kerap sangat berfikir yang “isteri tidak puas” kerana dia mengalami masalah mati pucuk, lebih susah suami nak beraksi di ranjang!

Jadi wahai isteri, jangan kecewa jika suami tak tergoda bila anda merangsangnya. Ia bukan kesalahan anda. Tapi anda boleh bersabar dan terus menunjukkan kasih sayang padanya!

6 sebab fizikal kenapa ereksi tidak tahan lama

Seperti yang telah dinyatakan tadi, ada beberapa sebab kenapa suami menghadapi masalah mati pucuk atau ereksi tidak tahan lama.

landscape 1445722508 g impotence 471814261 Jika suami seakan mati pucuk, adakah ia sebab dia tak tertarik dengan saya?

Antara sebab-sebabnya ialah:

  1. Ada masalah kesihatan seperti kencing manis atau sakit jantung
  2. Mengambil ubat-ubatan tertentu yang menyukarkan ereksi
  3. Minum arak, merokok dan mengambil dadah
  4. Menggunakan kondom yang tidak bersesuaian
  5. Pernah ada sejaran penderaan
  6. Rasa sakit semasa ereksi seperti masalah kulit terlalu tegang

Bagaimana nak melayan suami dengan masalah mati pucuk?

Oleh sebab topik ereksi tidak tahan lama merupakan topik yang agak sensitif buat kaum lelaki, anda janganlah bersikap terburu-buru hingga mencalar keegoaan lelaki. 

Bincang hal ini dengan pasangan secara bijak dan berhati-hati. Apa yang anda patut buat ialah:

  • Buat senaman minda dengan pasangan. Cuba senaman pernafasan atau meditasi. Ini mengurangkan kebimbangan suami. Apabila suami mula relaks, bolehlah dia dirangsang dengan mudah.
  • Beri dia orgasme cara lain. Contohnya seperti beri dia seks oral perlahan-lahan dan dengan tenang.
  • Cuba aksi baru. Cuba aksi yang kalian tak pernah cuba. Mungkin teknik dan aksi lama tidak mampu merangsang suami dengan masalah ereksi tidak tahan lama.
  • Jangan makan ubat sembarangan. Elak mengambil ubat-ubatan sembarang yang menjanjikan “janji palsu”. Semua ubatan ini mampu beri kesan yang lebih buruk!

Jika anda atau pasangan masih bimbang dengan masalah ereksi tidak tahan lama itu, dapatkan pandangan doktor atau pakar terapi seks untuk mengetahui punca sebenar permasalahan.

Jangan kerana malu ingin mendapatkan bantuan, kalian sanggup mendiamkan diri dan terpaksa berkorban.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda!

 

 

 

Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Sumber rujukan: The Huffington PostWebMDHealthlinePsychology Today

Kredit gambar: livescience.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 Cara Para Isteri Boleh Atasi Masalah Ejakulasi Pramatang Suami