May, ibu seorang wira Singapura

Sejak itu, ibu bapanya, Colin, 69, tinggi dan rapi, dan May, 62 keibuan dan ramah, menjadi ibu bapa Singapura yang paling popular.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Joseph Schooling merupakan anak muda kelahiran Singapura yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Seawal usia 13 tahun beliau sudah berupaya menetapkan sasaran untuk menyertai Olimpik. Ianya kedengaran mustahil bagi seorang anak muda biasa.

Namun hari ini, Joseph Schooling bukan nama yang asing di mata dunia. Beliau telah berjaya merangkul pingat emas di kejohanan Olimpik 2016 melalui acara renang kuak kupu-kupu. Masa kemenangan beliau iaitu 50.39saat itu merupakan rekod baru Nasional, Asian dan Olimpik.

Beliau kini sedang belajar di Universiti Texas, Austin di mana beliau merupakan ahli pasukan renang Texas Longhorns. Menurut ibunya, May Schooling, Joseph menyasarkan dirinya untuk menyertai sekurang-kurang dua lagi kejohanan Olimpik.

Sejak itu, ibu bapanya, Colin, 69, tinggi dan rapi, dan May, 62 keibuan dan ramah, menjadi ibu bapa Singapura yang paling popular. Mereka dikenali ke mana sahaja mereka pergi.

Kerana Joseph tidak bersama mereka, mereka juga menerima anugerah bagi pihaknya, termasuklah Atlet Tahunan The Straits Times.

Keluarga itu juga memenangi anugerah Warga Singapura Tahunan The Straits Times (The Straits Times Singaporean of the Year award) bulan lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Latar belakang ibu

Mari kita lihat tulang belakang utama kejayaan Joseph iaitu ibunya May Schooling yang turut sama semakin dikenali di Singapura.

May Schooling merupakan warganegara Malaysia yang membesar di Ipoh di mana beliau telah terlibat dengan lakonan teater dan debat semasa bersekolah di Sekolah Perempuan Methodist.

Beliau dikenali dengan perwatakkan yang sedikit kelelakian dan gemar bersukan serta bagus di dalam sukan. Beliau pernah mewakili Perak untuk tenis, bola jaring dan sukan lain – serta bermain softball pada peringkat negeri dan negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, berenang adalah sukan yang beliau tidak main. Beliau hanya belajar berenang selepas Joseph dilahirkan dan hanyalah perenang kebiasaan. “Saya dari keluarga yang miskin. Kami tidak pernah berfikir tentang berenang.” kata May.

Arwah ayahnya merupakan kerani am yang kemudiannya menjadi bendahari negeri Perak. Ibunya pula bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 89 tahun ini dan masih menetap di Ipoh.

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik, empat perempuan dan seorang lelaki. Walaupun dari keluarga yang tidak kaya, ibunya memastikan beliau dan adik-beradiknya mendapat pelajaran di dalam tarian dan piano. Ibunya terpaksa berjimat-cermat bagi melaksanakan hal ini, dan hasilnya, dua beradik May menjadi guru piano.

Beliau juga bermain piano dan layak untuk mengajar. Tetapi beliau merasakan yang beliau tidak mempunyai kesabaran untuk mengajar dan piano adalah sebagai tempat melepaskan tekanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang beliau lebih minat ialah sukan. Jadi untuk membayar alatan sukannya, beliau mengajar tuisyen dan bermain piano di kelas-kelas ballet.

“Awak boleh mendapat beberapa ratus dolar sebulan dan begitulah bagaimana saya membayar untuk permainan saya.” Melalui sukanlah bagaimana beliau berjumpa dengan Colin.

Mereka berjumpa semasa beliau berusia 13 tahun dan Colin 20, di pertandingan softball di Pesta Sukan Penang. Beliau merupakan sebahagian dari pasukan Perak dan Colin bermain untuk Singapura untuk pasukan Pirates.

Dia menyedarikan Colin dahulu, kemudian pasukan mereka ditemukan pada tahun berikutnya dan beliau dapat mengenali Colin dan keluarganya.

Selepas menyambung diploma akaun di Ipoh dan Kuala Lumpur, beliau datang ke Singapura dan menyertai firma akaun, kemudian menyambung pelajaran untuk kelayakan Association of Chartered Certified Accountants.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana masih menggilai sukan, beliau menyertai Kelab Rekreasi Singapura untuk bermain softball. Dan di sana, Colin muncul lagi. “Semasa dia muda, dia seperti versi Putera Charles yang lebih baik,” tambahnya.

Mereka berkahwin pada tahun 1983. Beliau telah mengalami tiga kali keguguran sebelum Joseph dilahirkan pada tahun 1995, iaitu 12 tahun selepas berkahwin dan ketika beliau berusia 40 dan suaminya 47.

Cabaran

“Kehidupan telah berubah dari sudut yang baik. Saya sangat gembira yang Singapura meraikan apa yang Joseph telah lakukan dan saya sungguh gembira dia telah membanggakan Singapura. Namun perhatian tidak semuanya positif. Terdapat komen-komen teruk di atas talian terutamanya sebelum dia memenangi Olimpik.” ujar May.

Walaupun di momok dengan pelbagai komen negatif, May sering mengingatkan Joseph yang mereka itu hanya segelintir manusia yang gemar membuat masalah dan mereka tidak perlu kisahkan mereka.

Tetapi sebenarnya, beliau kisah, kerana seterusnya beliau menyatakan yang harapan untuk melawan semua pahlawan papan kekunci ini dan jatuhkan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya sangat melindungi,” katanya. “Tetapi ianya ok. Kami terima mereka juga, Kami berharap dapat mengubah mereka. Sebab itu saya memberitahu Joseph, ‘Asalkan awak terus buat yang terbaik, mereka boleh cakap apa yang mereka mahu’.”

 

Di usia muda, Joseph tahu yang beliau mahu menjadi juara Olimpik dan ibu bapanya menghantarnya ke Amerika Syarikat semasa usianya 14 tahun untuk belajar berenang. Mereka bergilir-gilir ke sana untuk bersamanya.

Beliau berasa geram apabila orang mengatakan ianya kejam untuk menghantar Joseph pada usia yang muda. “Saya yang berkata, ‘Jangan pergi, tunggu sekurang-kurangnya hingga tingkatan 4. Tetapi dia kata, ‘Tidak, ibu. Saya mesti pergi sekarang’, kerana dia menyasarkan untuk menyertai Olimpik – bukan saya.”

Dikatakan mereka telah berbelanja 1 juta S$ (RM 3.26 juta) untuk mencapai impian Olimpik Joseph. Beliau memberitahu yang yuran sekolah dan berenang, rumah, tiket kapal terbang untuk keluarga pergi dan kembali adalah lebih kurang US$100,000 (RM443,750) setahun. Ia sudah lapan tahun.

“Saya tidak pernah betul-betul kira. Yang saya tahu, saya sentiasa mencari duit. Tetapi Joseph bernasib baik bagaimana perkara berada ditempatnya. Apabila kami memerlukan duit, duit muncul. Itu sebabnya saya berkata Tuhan bersamanya sepanjang jalan.”

Beliau juga telah ditanya mengapa pengajian dan latihan Joseph tidak dibiayai oleh kerajaan.

“Saya diberitahu, ‘Kenapa bodoh sangat? Jika Singapura mahu anak awak berenang untuk mereka, mereka patut bayar.’ Saya menjawab, ‘Tan ku ku’ (frasa Hokkien yang bermaksud, “ia tidak akan terjadi”).

“Itulah sebabnya saya sering memberitahu semua orang, jika awak rasa anak awak mempunyai potensi, terpulang pada anda untuk menyokongnya. Jika anda mahu menunggu, jangan lakukannya, okay?”

Beliau masih bersyukur dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Joseph dan mahu lakukan bahagiannya.

May yang juga merupakan penduduk tetap, berhasrat untuk membuka akademi sukan untuk membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk mengambil kira sukan sebagai tahap bersaing.

“Kami mahu memberitahu semua anak-anak muda, yang tidak kira apa sukan yang anda lakukan, jika anda berlatih keras untuknya, anda akan mencapai apa sahaja tahap yang anda sasarkan. Ia mungkin Olimpik, tetapi sekurang-kurangnya, cuba memasuki pasukan negara.”

“Saya rasa semua orang boleh dilatih. Serius. Satu-satunya yang anak-anak ini perlu ialah keberanian… bakat hanyalah 10% dari persamaan ini.”

Kerja keras, bagaimanapun, akan mengubah segalanya.

Beliau percaya, jumlah pingat emas yang bakal diperolehi oleh Jospeh bergantung pada “berapa yang dia mahukan”.

Walaupun jarak yang memisahkan jauh, mereka akan bercakap sekurang-kurangnya dua kali sehari walaupun sekadar ‘selamat pagi dan selamat malam sayang’.

Pengajaran

Begitu besar peranan ibu bapa di dalam membentuk masa depan anak-anak. Sekiranya minat mereka itu bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Bantu mereka untuk lakukan yang terbaik dan mereka pasti akan dapat mencapai yang terbaik.

Melalui kisah May dan Joseph, kita dapat lihat yang untuk berjaya, usaha berseorangan tidak akan berjaya. Kita memerlukan sokongan keluarga. Sebab itu, penting kita sebagai ibu bapa untuk melihat potensi anak-anak dan bantu mengembangkan potensi mereka.

Melalui kisah mereka juga, kita dapat yang untuk berjaya, kita tidak harus mendengar komen-komen negatif orang luar. Mereka masih di takuk yang lama dan jika kita terlalu memikirkan mereka, kita juga tidak akan dapat maju mencapai sasaran kita.

Selain itu, apa yang dapat dilihat ialah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Seperti May yang sentiasa mencari duit bagi membiayai pembelajaran dan latihan Joseph di Amerika Syarikat. Namun ketika memerlukan duit, duit tiba-tiba apa.

Mari kita berpegang dengan apa yang diperkatakan oleh May, kerja keras yang akan mengubah segalanya. Kita akan dapat apa yang kita usahakan. Jika kita bersungguh-sungguh, maka hasilnya juga akan memberansangkan.

Semoga kisah keluarga Schooling ini dapat memberi inspirasi kepada kita.

Sumber: The Star, The Straits Times/Asia News Network
Sumber foto: Mediacorp

Penulis

Aqma