Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah - Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!

Mayat bayi di tempat pelupusan sampah ditemui di Kota Kinabalu. Ramai yang masih belum sedar tentang kewujudan Baby Hatch yang telah disediakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tragedi mayat bayi di tempat pelupusan sampah

Sebak hati membaca berita mayat bayi di tempat pelupusan sampah yang ditemui di Kota Kinabalu ini.

Ketua polis negeri M Chandra berkata, orang yang lalu di kawasan itu menjumpai mayat bayi perempuan tersebut di bawah papan lapis yang ditahan ke atas menggunakan kayu.

Paramedik tidak dapat mengesahkan berapa lama bayi yang dianggar berusia sembilan bulan ini meninggal.

Mayat bayi di tempat pelupusan sampah dijumpai di bawah papan lapis

Apa yang menyedihkan, di zaman yang telah disediakan pelbagai kemudahan dan tempat perlindungan untuk kes pembuangan bayi ini, masih ada lagi kes pembuangan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan lepas, seorang bayi diletakkan di surau kawasan perumahan di Klang dan mati selepas diseret oleh anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu.

Pihak theAsianparent Malaysia enggan menyalahkan mana-mana pihak dalam kes pembuangan bayi ini. Sebaliknya, kami cuba untuk menangani masalah ini dengan menawarkan jalan penyelesaian.

Mayat bayi di tempat pelupusan sampah: Bagaimana untuk menangani kes pembuangan bayi?

Pendidikan seks yang seakan tabu di dalam masyarakat Malaysia menyebabkan gejala pembuangan bayi semakin berleluasa.

Oleh sebab itu, OrphanCare telah ditubuhkan untuk menyelamatkan bayi-bayi ini dari dibuang di merata tempat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

OrphanCare telah menyediakan tempat pelindungan bayi atau ia dipanggil sebagai (Baby Hatch) yang dikhaskan untuk mana-mana pasangan terdesak yang ingin meninggalkan bayi dalam keadaan selamat.

Ini ialah senarai Baby Hatch yang ada di seluruh Malaysia:

Cara baby hatch berfungsi:

  • Pintu Baby Hatch direka khas di hadapan setiap pusat OrphanCARE supaya ia senang dilihat. Jalan masuk ke semua pusat mereka juga sentiasa terbuka untuk membolehkan ibu bapa menggunakan kemudahan Baby Hatch pada bila-bila masa.
  • Ruang di dalam Baby Hatch tersebut dilengkapi dengan sebuah katil bayi sementara yang cukup besar untuk menampung seorang bayi dengan selesa. Katil ini dialas tilam yang lembut yang mempunyai sensor khas dan beberapa bantal.

  • Sensor ini, apabila dicetus oleh berat bayi, akan menghidupkan penghawa dingin dalam bilik. Penggera akan berbunyi untuk memaklumkan penjaga bertugas.
  • Kemudahan interkom juga disediakan bersebelahan dengan Baby Hatch tersebut bagi ibu bapa yang ingin berkomunikasi dengan penjaga bertugas. Borang juga disediakan untuk ibu bapa yang ingin mengisi apa-apa maklumat contohnya, bangsa atau agama.
  • Sebaik sahaja pintu Baby Hatch ditutup, ia hanya boleh dibuka oleh penjaga bertugas. Ini dilakukan untuk memastikan keselamatan bayi tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kebanyakan bayi yang ditinggalkan dalam Baby Hatch adalah bayi baru lahir yang masih bertali pusat. Kesihatan bayi itu akan dinilai terlebih dahulu untuk memastikan bayi tersebut tidak memerlukan rawatan segera, sebelum dia dihantar ke hospital.

Kami di theAsianparent berharap maklumat tentang Baby Hatch ini akan terus disebarkan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang ditinggal atau dibuang di tempat-tempat yang tidak selamat.

Sama-samalah kita menyebarkan informasi ini agar kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa dapat dibanteras. Kasihanilah bayi yang tak bersalah itu….

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber dari: Free Malaysia Today

Baca juga:

Bapa selamba campak bayi dalam tong sampah kerana ingat bayi sudah mati

Penulis

Nadia Ghafar