Mead Johnson Malaysia Lancar Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda

Mead Johnson Malaysia telah menjalankan kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda dengan perkenalkan susu orang dewasa iaitu PROVITAL Immuna Plus. Apakah kelebihan susu ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan penjagaan kesihatan amat dititikberatkan seiring dengan peningkatan usia. Hal ini adalah untuk mengelakkan diri anda daripada serangan pelbagai penyakit. Justeru Mead Johnson Malaysia telah mengambil pendekatan dalam menguatkan sistem imun badan melalui program yang diadakan.

Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda adalah untuk mendidik seluruh rakyat Malaysia mengamalkan tabiat hidup yang lebih sihat.

Mead Johnson Malaysia lancar kempen untuk tingkatkan imuniti masyarakat

Melalui kempen yang dilancarkan, buat pertama kalinya Mead Johnson telah memperkenalkan susu berkhasiat untuk orang dewasa iaitu PROVITAL Immuna Plus.

Susu ini memiliki kelebihan unik dengan Tiga Perlindungan Imuniti daripada yis beta-glukan, selenium dan vitamin C dalam membantu memperkuatkan fungsi imun badan.

Bukan itu sahaja, PROVITAL Immuna Plus telah menjalinkan kerjasama dengan Watsons Malaysia yang menjemput Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Dr Kent Woo Chee Keen, untuk berkongsi mengenai kepentingan imuniti kepada masyarakat.

”Kami amat berbangga dapat memperkenalkan produk yang mampu membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat. Penghasilan susu dewasa yang pertama dan berkhasiat ini, PROVITAL Immuna Plus bertujuan membekalkan sumber nutrisi dan mengukuhkan benteng pertahanan semula jadi badan mereka.”

”Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran keseluruhan dan mendidik tentang kepentingan nutrisi dalam menjaga kesihatan, terutamanya meningkatkan sistem ketahanan tubuh apabila usia semakin lanjut,” jelas Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura & Vietnam, Gonzalo Balcazar.

Menjaga kesihatan diri adalah aspek paling penting, lebih-lebih dalam mengharungi kehidupan norma baharu. Memahami cabaran yang dihadapi, Watsons telah memulakan program Health 45+.

Ia adalah program nilai tambah bagi mereka yang berusia 45 tahun ke atas dengan matlamat meringankan ahli-ahli Watson ketika mendapatkan produk kesihatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mead Johnson Malaysia menghasilkan susu penuh nutrisi untuk golongan dewasa

PROVITAL Immuna Plus memiliki ciri-ciri unik dan menjadi satu produk bermanfaat bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan yang lebih dewasa. Melalui kerjasama ini, para pengguna boleh mendaftarkan diri serta menikmati diskaun tambahan apabila membeli PROVITAL Immuna Plus.

Selain itu, Mead Johnson turut menjalankan tinjau selidik yang melibatkan 3,000 orang responden bagi mengetahui persepsi dan sikap rakyat Malaysia terhadap pemakanan dan imuniti.

Hasil tinjau selidik mendapati:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: freepik

  • Terdapat perubahan positif dari segi tahap kesedaran mengenai kesihatan imuniti dalam kalangan 60 peratus rakyat Malaysia sejak pandemik
  • 67.5 peratus responden telah mengamalkan banyak produk nutrisi bagi meningkatkan kesihatan mereka
  • 44.5 peratus responden percaya bahawa pemakanan menjadi faktor utama dalam menguatkan imuniti
  • 91.5 peratus responden telah memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur dalam diet
  • 78.7 peratus responden yang berusia 40 tahun dan ke atas berpendapat bahawa tahap imuniti mereka semakin lemah apabila peningkatan usia

Tambah Gonzalo, pada waktu ini orang ramai mula mengambi berat mengenai kesihatan imun dan PROVITAL Immuna Plus telah dirumus khas bagi memenuhi keperluan pengguna.

Ia merupakan susu tepung tinggi kandungan kalsium dan protein, boleh dimasukkan ke dalam diet harian bagi meningkatkan tahap imunii serta daya pergerakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara ramuan utamanya ialah yis beta-glukan, berfungsi menyokong sistem imun dan membina daya tahan terhadap selesema. Untuk mendapatkan kesan yang optimum, anda disaran mengambil sebanyak dua gelas susu PROVITAL Immuna Plus setiap hari.

Pencalonan Wira Tempatan yang memberi sumbangan kepada masyarakat

PROVITAL Immuna Plus turut ingin meraikan usaha wira-wira tempatan yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada kempen sempena Hari Malaysia.

Dikenali sebagai ”Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat,” program ini bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan rakyat Malaysia dalam melakukan sesuatu yang luar biasa demi manfaat kepada orang lain.

Kami menyeru orang ramai turut serta menunjukkan penghargaan yang menjadi sumber inspirasi dalam usaha mereka berbakti kepada masyarakat telah mencalonkan mereka untuk menjadi Wira Tempatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh mencalonkan sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang layak dan telah melakukan aktiviti, berkhidmat atau memenuhi keperluan komuniti.

Pencalonan boleh dikemukakan menerusi pautan di sini, bermula 19 Julai 2021 sehingga tengah malam 8 Ogos 2021. Setiap Wira Tempatan bakal menerima bekalan satu tahun susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus dan kisah mereka akan dipaparkan di platform digital PROVITAL Immuna Plus. 

Untuk maklumat lanjut tentang PROVITAL Immuna Plus, sila layari laman web (www.provital.com.my) atau laman Facebook (Provital Malaysia).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan