Siri kartun baharu hebat penuh dengan aksi dan komedi, Mechamato akan ditayangkan secara ekslusif di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD).
Mechamato boleh ditonton secara eksklusif di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD). Episod pertama dan kedua akan mula bersiaran pukul 3 petang pada hari Sabtu dan Ahad masing-masing pada 4 dan 5 Disember ini.
Selain itu, setiap episod baharu selepas ini akan bersiaran setiap hujung minggu pada waktu sama.
Mechamato ditayang secara ekslusif di Saluran Astro 615 HD
Bintang utama siri ini merupakan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato yang bertukar menjadi ‘master’ atau pengawal robot pemusnah Mechabot yang berkemampuan memekanikkan objek-objek.
Mereka bersama-sama mengesan robot-robot lain yang berjaya melarikan diri dari penjara kapal angkasa yang terhempas di planet Bumi.
Cerita persahabatan, imaginasi & inovasi
“Selain aksi dan komedi, Mechamato merupakan satu cerita tentang persahabatan, imaginasi dan inovasi, golongan kanak-kanak akan menyukai siri ini,” kata Ketua Asia Pasifik Cartoon Network, Leslie Lee.
Siri ini merupakan idea asal Monsta yang berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia. Ketua Pegawai Kandungan Monsta dan pencipta Mechamato, Anas Abdul Aziz, berkata Mechamato mengisahkan tentang persahabatan Amato, remaja yang mempunyai banyak idea kreatif, dan MechaBot, robot yang mempunyai kuasa untuk menukarkan semua idea tersebut menjadi sesuatu yang canggih.
“Siri animasi ini penuh dengan aksi dan lawak jenaka, berserta dengan barisan karakter dan robot yang menarik. Kami berharap Mechamato dapat merangsang daya kreativiti dan inovasi di kalangan kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.
Rangsang daya kreativiti kanak-kanak yang menonton
Mechamato mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki baik hati dan kreatif bernama Amato, yang menjumpai penjara di angkasa lepas mengandungi robot-robot yang akhirnya mendarat di Bumi.
Salah satu robot bernama MechaBot dalam penjara itu memiliki kemampuan atau kuasa untuk menukar objek-objek harian kepada peranti-peranti berteknologi tinggi.
Amato berjaya mengendalikan atau mengawal MechaBot dan sekaligus menjadi pengawal MechaBot. MechaBot dan Amato bekerjasama untuk mengesan dan membawa pulang robot-robot yang melepaskan diri dari penjara angkasa lepas.
Nantikan lebih banyak aksi Mechamato di skrin televisyen dan pertandingan ‘fan-art’ pada 2022.
Saksikan preview Mechamato:
3 manfaat anak menonton filem fantasi
Mungkin ada yang rasa merepak untuk biarkan anak menonton filem fantasi. Namun, tahukah anda ada kesan yang sangat baik jika anak menonton filem genre begini.
#1. Meningkatkan imanginasi & kreativiti
Menerusi pendedahan kepada filem genre ini, anak-anak akan lebih terbuka dalam berimaginasi sekaligus membentuk kreativiti mereka.
#2. Tidak malu untuk zahirkan imaginasi
Ia memberi dorongan kepada anak untuk menzahirkan imaginasi mereka ke dalam bentuk nyata seperti lukisan dan sebagainya.
#3. Kemampuan menyelesaikan masalah
Cerita berkaitan imaginasi biasanya akan berkait banyak dengan penyelesaian masalah. Jadi ini secara tidak langsung akan mengajar anak cara menyelesaikan masalah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Filem Menarik Terbitan Disney Untuk Tontonan Anak Anda, Penuh Nilai Murni & Pengajaran
Baca juga: Meriahnya Cuti Sekolah & Hari Krismas, Ini Senarai Movie Kanak-Kanak Yang Mesti Ditonton!
Baca juga: 7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali