Cara Mudah Untuk Ibu-Ibu Tampil Cantik Setiap Hari, Suami Pun Sayang!

Bila dah jadi ibu ni, asal pakai baju dan sauk tudung dah boleh jalan. Bukan kata mekap simple, penjagaan kulit pun terlupa nak pakai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dulu waktu anda single ‘mingle‘ bukan main lagi bersolek sampai berpuluh-puluh step. Dengan bedak asas berlapis-lapis, mata pula tak cukup dengan bulu mata asli, ditambah pula bulu mata palsu, alamat mekap simple tu a bigNO NO’. 

Tapi bila dah jadi ibu ni, asal pakai baju dan sauk tudung dah boleh jalan. Bukan kata mekap simple, penjagaan kulit pun terlupa nak pakai!

Wahai ibu-ibu mungkin sekarang anda rasa ia remeh, tapi percayalah wajah kita ni perlulah dirias sedikit agar sedap mata suami memandang. Kita pun suka kan tengok suami handsome dan sado. Samalah dengan suami kita, tenang hati tengok isteri bersiap comel. 

Ini antara step asas untuk anda lakukan mekap simple tapi tetap cantik dan menyerlah! Ada juga tip eksklusif daripada ‘Momfluencer’ / Jurusolek Profesional Ummi Nasir! Jom baca.

5 cara mekap simple ibu ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pakai bedak asas jenis kusyen dengan SPF (cushion foundation)

Kata Ummi Nasir ini paling mudah sekali tak perlu nak pakai berus untuk sapu bedak asas pada wajah. Guna saja bedak asas jenis kusyen ini, untuk emak-emak yang tak tahu, bedak asas kusyen ini hadir dalam bentuk kompak. Macam Compact Powder yang biasa-biasa anda guna itu. Tapi yang ini hadir cecair bedak asas itu diserap dalam span. Dan ia hadir dengan span istimewa untuk aplikasi sempurna. Selalunya ia juga lengkap dengan SPF! Jadi jimatlah masa, dalam memakai bedak asas sudah siap pakai SPF sekali. 

#2. Pakai penggaris mata (eyeliner!)

Percaya tak dengan memakai penggaris mata saja sudah dapat menyerlahkan aura wajah anda. Tak percaya, cuba pakai sekarang. Tapi anda perlu tahulah cara pemakaian yang betul ya, elakkan pakai comot-comot. Jika ibu-ibu yang masih mencuba, gunakan penggaris mata pensel. Ia dapat melatih anda membuat garisan yang mudah. Dah expert nanti bolehlah cuba penggaris mata cecair pula!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pewarna bibir serbaguna

Pernah tak pakai lip tint? Yang pewarna bibir juga boleh juga dicalit pada pipi jadi blusher. Itu adalah penyelamat bagi kaum ibu-ibu bagi tak mahu wajah tampak pucat. Pakai calit je dah nampak cantik seperti ‘I woke up like this’! Kalau boleh cari yang jenis cecair, lebih mudah digunakan. Kalau ikut petua orang dulu-dulu nak bibir merah semula jadi gosok bibir dengan hirisan halia, nanti efek pakai pewarna bibir ni samalah macam tu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Pensel kening jangan dilupakan

Tahu tak kening ni ibarat ‘frame’ muka. Jadi kalau untuk gambar apa-apa pun kalau ‘frame’ cantik mesti gambar tampak mahal. Samalah seperti wajah kita. Mudah sebenarnya lukis kening ini, seperti ‘mengisi tempat kosong’. Anda warnakan saja menggunakan pensel kening ikut warna apa yang serasi dengan wajah anda ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Mesti pakai maskara!

Maskara ni ramai ibu-ibu malas nak pakai sebab susah untuk dibawa solat. Tapi itu jika anda pakai yang kalis air! Cuba pakai maskara yang mudah dicuci, usai solat boleh palit semula maskara yang hilang tadi mudah saja! Dan untuk efek lebih lebat jangan lupa lentikkan dulu bulu mata dengan pelentik bulu mata. Mudah dan cepat! Ini dalam masa kurang 10 minit pun boleh siap. Tapi hasilnya cukup menawan!

Sumber: Glamour

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Cantik tanpa solekan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan