[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan

Jauhi kesilapan-kesilapan ini bagi memastikan masa hadapan anak anda terjamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebanyak mana kita ingin anak-anak kita kekal sebagai bayi, mereka tetap akan membesar – dan mereka membesar dengan pantas. Pejam celik pejam celik, hakikatnya anda perlu mula menghantar mereka ke sekolah.

Ramai ibu bapa menekankan kepentingan pendidikan, namun mungkin ada ibu bapa terlupa untuk menyediakan yuran sekolah dan sebagainya kerana telah berbelanja besar setiap bulan untuk keperluan anak seperti lampin, susu atau pakaian.

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka, namun memastikan mereka mendapat segala-galanya memerlukan banyak usaha, dan salah satu cara terbaik untuk membayar kos pendidikan adalah dengan menabung dan melabur – jika anda telahpun melakukannya, syabas!

Dan jika anda masih belum, ia belum terlewat namun sebelum itu, ini antara kesilapan ibu bapa sering lakukan semasa merancang kos pendidikan anak mereka.

Pendidikan anak di Malaysia

Kredit: iStock

Sebelum kita membicarakan tentang kesilapan umum tersebut, anda harus faham tentang landskap pendidikan dan kosnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pra sekolah (usia 4 hingga 6)

Terdapat pelbagai jenis prasekolah yang menawarkan kurikulum berbeza termasuk kurikulum Malaysia, kurikulum Inggeris, pendidikan Montessori dan pendidikan agama. Terdapat juga jenis-jenis prasekolah berbeza yang hadir dengan kurikulum unik seperti kurikulum Waldrof/Steinder yang menggunakan pendekatan lebih imaginatif.

Secara purata kos tahunan untuk prasekolah swasta, seharian adalah sekitar RM7,000. Prasekolah awam lebih berpatutan, bermula dari harga serendah RM30 hingga RM1,7000 setahun.

  • Sekolah rendah & sekolah menengah (usia 7 hingga 17):

Terdapat pelbagai jenis sekolah kerajaan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah vernakular dan sekolah agama yang percuma – sekiranya ada bayaran, kebiasaannya ia untuk membeli barang-barang yang diedar oleh sekolah seperti baju seragam dan buku teks. Walau bagaimanapun, ada juga sekolah swasta dan antarabangsa yang memakan kos antara RM100,000 dan sehingga RM200,000 untuk Tingkatan 1 hingga 5. Manakala sekolah antarabangsa pula menelan kos sehingga RM400,000 untuk semua peringkat sehingga Tahun 12.

  • Pendidikan Tinggi (usia 17 dan ke atas):

Ini merujuk kepada pendidikan tinggi Tingkatan 5 atau Tahun 11 yang merangkumi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pengajian asas universiti, diploma, ijazah dan sebagainya. Pelajar dapat memilih dari pelbagai kolej atau universiti dalam negara, sama ada dengan institusi kerajaan atau swasta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yuran bergantung kepada kursus pilihan pelajar tersebut. Kursus penuh universiti menelan kos antara RM40,000 dan RM87,000, manakala institusi swasta pula boleh mengenakan bayaran bermula RM26,000 hingga RM87,000 untuk kursus ijazah bukan perubatan. Kursus perubatan pula, lebih mahal yang mana ia bermula daripada RM600,000 di universiti awam dan RM520,000 di universiti swasta untuk sepanjang pengajian.

Jumlah yang besar ini amat menggerunkan oleh sebab itu, menabung untuk pendidikan anak amat penting. Namun, ada tiga kesilapan umum ibu bapa sering lakukan semasa menabung untuk dana pendidikan tersebut.

Kesilapan #1: Tidak faktor kos inflasi

Angka yang kami senaraikan berikut berdasarkan angka semasa, tanpa inflasi. Ramai ibu bapa terlupa akan kos inflasi dan menetapkan matlamat berdasarkan kos semasa. Walau bagaimanapun, tidak seperti negara lain, Malaysia mempunyai kadar inflasi sendiri yang berbeza setiap tahun. Dalam dekad lepas sehingga 2021, kadar inflasi tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2017 ialah 3.80 peratus.

Dengan anggaran kadar inflasi setahun ialah 4 peratus, ini bermakna prasekolah awam akan menelan belanja RM1,912 (berdasarkan kos purata maksimum RM1,700) dalam masa tiga tahun. Manakala yuran sekolah swasta pula akan meningkat sehingga RM148,024 untuk semua peringkat berbanding kadar semasa serendah RM100,000. Ditambah pula dengan kos pendidikan tinggi yang dijangka sebanyak RM56,969 dalam masa 20 tahun, berdasarkan RM26,000 mengikut penurunan harga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan itu, sebelum anda mula menyimpan wang dalam akaun simpanan atau melakukan pelaburan, anda perlu menetapkan matlamat dengan betul dan sentiasa ingat faktorkan inflasi!

Kesilapan #2: Merancang untuk mengeluarkan wang daripada dana persaraan

Kredit: iStock

Ada ibu bapa yang bergantung kepada dana persaraan mereka untuk menampung kos pendidikan anak, terutamanya untuk pengajian tinggi. Namun begitu, memandangkan kos tinggi, serta inflasi, ini boleh memakan sejumlah besar daripada dana persaraan anda – ini bermakna wang akan berkurang untuk menampung gaya hidup anda.

Peraturannya ialah dana persaraan harus kekal sebagai dana persaraan sahaja. Ingat, duit ini adalah untuk keselesaan kewangan anda sendiri kerana anda tidak akan mempunyai aliran wang biasa sebaik sahaja anda bersara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengeluarkan dana persaraan anda, seperti KWSP, hanya untuk senario paling teruk sahaja seperti anda tidak mempunyai dana cukup untuk menampung kos selepas inflasi, atau tidak mempunyai simpanan yang kami tekankan dari awal tadi.

Kesilapan #3: Menabung atau melabur lambat

Ramai ibu bapa menangguh menabung untuk pendidikan anak mereka awal kerana kos membesarkan anak juga meningkat. Namun, walaupun anda mempunyai wang lebih setiap bulan, menabung lambat akan membebankan anda di masa hadapan kerana berdasarkan angka di atas, anda perlu menyimpan jumlah besar dalam masa singkat.

Menabung tidak bermakna memperuntukkan ribuan ringgit setiap bulan. Oleh sebab itu, amat digalakkan untuk mula menabung lebih awal agar anda dapat menyimpan jumlah kecil, hanya kerana anda mempunyai lebih masa sebelum anda menggunakan wang tersebut untuk pendidikan anak. Namun menyimpan beberapa ratus ringgit setiap bulan dalam akaun bank juga proses perlahan untuk capai matlamat anda, jadi bagi memastikan anda mendapat keuntungan, anda harus melihat kepada pilihan melabur seperti unit amanat, ekuiti dan sebagainya.

Kami tidak berkata menyimpan dalam akaun bank salah, bahkan akaun bank juga mempunyai kadar faedah dan membenarkan anda mengeluarkan wang bila-bila masa. Namun, melabur juga adalah pilihan bijak yang anda boleh lakukan bagi memastikan anda mencapai matlamat dana pendidikan anak.

Melabur pastinya bukan mudah kerana hadir beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk jenis pelaburan yang anda harus ambil, kadar risiko, bagaimana anda boleh pelbagaikan portfolio dan banyak lagi. Kebanyakan daripada kita tidak dilatih sebagai pelabur profesional, oleh itu ada beberapa produk yang mungkin bersesuaian dengan anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya melabur sejumlah wang setiap bulan, menjejak pelaburan anda kerana mereka akan melaburkan bagi pihak anda agar anda berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang maksimum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu daripada pelaburan tersebut, yang juga sesuai untuk anak-anak ialah Eastspring Investments Regular Investment Choice (RICh) Fund. 

Apa Itu RICh & bagaimana anda menggunakannya untuk dana pendidikan anak?

Eastspring Investments Regular Investment Choice (“RICh”) Fund (“Fund”) ialah dana unit amanah yang membenarkan anda melabur serendah RM100 secara berkala. Dana ini bertujuan untuk membekalkan pelabur (anda) dengan modal jangka panjang. Berbanding melabur terus kepada saham, dana ini akan melabur kepada pelbagai portfolio dana unit amanah (atau dikenali sebagai Collective Investment Schemes).

Berikut adalah video yang menerangkan bagaimana dana berfungsi:

Ini mungkin kedengaran seperti terlalu banyak istilah pelaburan, namun usah risau, yang menariknya adalah semua ini akan dikendalikan untuk anda oleh pengurus dana pada kos pengurusan rendah.

Anda mungkin ragu-ragu bagaimana jumlah minimum RM100 setiap bulan berpotensi meraih ganjaran, namun apabila pasaran tidak menentu, melabur jumlah yang kecil tidak memberi risiko kerugian besar pada anda. Malah, jika anda bermula awal, anda mungkin dapat meraih ganjaran lebih banyak setiap tahun. Namun dengan Eastspring Investments Regular Investment Choice (“RICh”) Fund (“Fund”), anda tidak perlu risau akan masa pasaran kerana pengurus dana akan mengimbangkan portfolio anda berdasarkan pergerakan pasaran.

Bagaimana anda membuka akaun RICh untuk anak?

Eastspring juga membenarkan anak-anak bawah usia 18 tahun untuk melabur dengan RICh Kids. Anda hanya perlu membuka akaun pelaburan bersama dengan anak anda dan melabur jumlah minimum RM100 sebulan (dan nikmati caj jualan 0%*) – anda juga dapat menjejak pelaburan akaun anak anda menggunakan MyEastspring – MyEastspring adalah aplikasi pelaburan unit dalam talian Eastspring Investment Berhad yang membenarkan anda mengawasi pelaburan anda.

Jika anda tidak gemar melabur secara berkala, anda juga boleh tetapkan debit langsung daripada akaun anda agar ia dapat memotong pelaburan pilihan anda secara automatik setiap bulan.

Jika anda berminat untuk mengambil langkah pertama dalam melabur pendidikan anak, layari laman web Eastspring Regular Investment Choice (RICh) untuk maklumat lanjut.

*Caj jualan 0% tertakluk kepada terma dan syarat.

Disclaimer

This advertisement is prepared for information purposes only and may not be published, circulated, reproduced or distributed in whole or part, whether directly or indirectly, to any other person without the prior written consent of Eastspring Investments Berhad (“Eastspring”).

Investors are advised to read and understand the contents of the Eastspring Investments Regular Investment Choice Fund (“Fund”) Prospectus dated 9 September 2020 and the Fund’s Product Highlights Sheet (“PHS”) before investing. The Prospectus and PHS are available at offices of Eastspring Investments Berhad or its authorised distributors and investors have the right to request for a copy of the Prospectus and PHS.

This advertisement has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SC”). The Prospectus has been registered with the SC who takes no responsibility for its contents. The registration of the Prospectus with the SC does not amount to nor indicate that the SC has recommended or endorsed the product. Units will only be issued upon receipt of the application form accompanying the Prospectus. Past performance of the Fund/Eastspring is not an indication of the Fund’s/Eastspring’s future performance. Unit prices and distributions payable, if any, may go down as well as up.

Investments in the Fund are exposed to collective investment scheme risk, income distribution risk and related party transaction risk. Investors are advised to consider these risks and other risks as elaborated in the Prospectus, as well as the fees, charges and expenses involved before investing. Investors may also wish to seek advice from a professional advisor before making a commitment to invest in units of any of our funds.

Eastspring Investments companies (excluding JV companies) are ultimately wholly-owned/indirect subsidiaries/associate of Prudential plc of the United Kingdom. Eastspring Investments companies (including JV companies) and Prudential plc are not affiliated in any manner with Prudential Financial , Inc., a company whose principal place of business is in the United States of America or with the Prudential Assurance Company, a subsidiary of M&G plc (a company incorporated in the United Kingdom).

Rujukan:

  1. (n.d.). Numbeo – Cost Of Living in Malaysia. Retrieved February 25, 2021, from https://www.numbeo.com/cost-of-living/country_result.jsp?country=Malaysia

  2.  (2019, December 12). Senarai Yuran Taska/Tadika bagi sesi 2019/2020 | Nana Hassan. Retrieved February 26, 2021, from https://nanahassan.com/senarai-yuran-taska-tadika-bagi-sesi-2019-2020/

  3. (n.d.). MyGOV | Mendaftar Persekolahan – Government of Malaysia. Retrieved February 25, 2021, from https://www.malaysia.gov.my/portal/content/29447?language=my

  4.  (n.d.). List Of Selected Private Schools With Tuition Fees At Various …. Retrieved February 25, 2021, from https://www.schoolmalaysia.com/resources/private_school_fees.php

  5. (n.d.). Malaysia School Fees by Grade (2021 Tuition) – Edarabia. Retrieved February 25, 2021, from https://www.edarabia.com/malaysia-school-fees/

  6.  “Fees and Costs | Education Malaysia Global Services.” https://educationmalaysia.gov.my/fees-and-costs/. Accessed 26 Feb. 2021.

  7. (n.d.). Fees and Costs | Education Malaysia Global Services. Retrieved February 25, 2021, from https://educationmalaysia.gov.my/fees-and-costs/

  8. (2020, December 15). • Malaysia inflation rate 2010-2024 | Statista. Retrieved February 26, 2021, from https://www.statista.com/statistics/319033/inflation-rate-in-malaysia/

  9.  (2019, December 9). Are parents saving enough for their children’s education? | The …. Retrieved February 26, 2021, from https://www.theedgemarkets.com/content/advertise/are-parents-saving-enough-their-childrens-education

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang